Share

Cara terbaru mengatasi sindiket minta derma

Semalam telah menaiki bas ke Putrajaya. Dah selamat sampai. Sekang berada di kedai mamak presint 9 (port biasa). Entry pagi ni berkenaan dengan satu skill yang mungkin boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja jika mengalami perkara sama seperti aku ni. Best dan sangat praktikal!


Minta derma


Sedang aku menikmati panorama malam menunggu bas untuk bergerak, datang seorang budak yang memberi sehelai kertas yang terkandung ayat qursi. Lepas tu dia berlalu dan terus ke belakang dan lakukan perkara yang sama. Hish, ni nak derma la ni!


Terdengar perbualan di belakang antara seorang lelaki dengan budak tu


lelaki : ape ni?
Budak : Mintak derma bang

lelaki : takde duit kecik
budak : singgit je

lelaki : xde xde
budak : singgit je

lelaki : nanti duit ni bagi kat sape nanti?
Budak : saye la, takde duit nak makan

lelaki : Tipu, baik cakap betul2
budak : Betul la, saya nak beli makanan

lelaki : Ni ayat qursi ni, kertas ni sape bagi? (suara agak keras)
budak : Kedekut!

Lelaki : Budak ni!



Memang kurang ajar budak ni. Kalau aku yang dikata kedekut dengan suara yang agak tinggi, memang boleh timbulkan kemarahan. Nasib baik brader tu tak naik angin. Dia terus bergerak ke depan dan menuju ke tempat duduk aku.


Budak : Nak duit bang, derma


Malas nak cakap banyak, nak bagi, malas nak keluar dompet. Nak cakap takde duit macam brader belakang tu, nanti di cakap kedekut. Jatuhlah saham aku kan? Timbul satu idea nakal. Sebab tangan aku tengah pegang iphone sebab main game, aku terus acukan iphone aku kepada dia


Aku : Meh nak amek gambar bagi kat polis


tak sempat apa-apa, budak tu terus berlari keluar. Haha, kesian pulak tengok. Jadi, gunalah skill ini kat budak-budak yang nak mintak derma, kalau dieorng tak lari tu, mesti betul la perlukan duit, kalau lari, selamatlah duit anda.


Pantas budak tu berlari


pss : enjoy betul-betul hari ni, esok ke BALI!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

36 comments:

CgMas said...

Naughty! Naughty! Nak itot gi Bali...

Masy said...

budak ke tu? mcm dah besau je.. hmmmmmmm

joegrimjow said...

@Masy belasan tahun kot

joegrimjow said...

@CgMas

jom ke bali
=)

FaizalSulaiman said...

ha la
da mintak sedekah naik bas.ni betol2 aku geram.

bagus idea ko ni bro:P

Hazzy Ishak said...

sampai dalam bas minta derma, memang melampau. entah budak myammar, bukan boleh percaya sgt

joegrimjow said...

@FaizalSulaiman

idea terlintas tetibe

Ariff Shah said...

oo... camtu eh. nice2

joegrimjow said...

@Hazzy Ishak

mmg melampau, kena berhati2

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

wah.. idea best nie joe.. nanti leh praktikkan... kalau betul tak lari.. bagi je duit.. kalau lari tuh sah sah sindekit... emmmm

// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

rhapsody LiN said...

kdg2 ssh nk beza antara yg btl2 memerlukan n yg amek ksempatan.

joegrimjow said...

@miMiE aZiMaSK ^V^

klu ada slr lagi elok. hehe

Adeqq said...

wah! best idea ni. selalu x tau nk wat mcm mane kalau budak2 ni dtg.

tanks 4 d idea! ^___^

Farid MOFASAD said...

hahahaaha....



idea bagus!

SweetyMui2 said...

hmmm..makin mnjadi2 plak sindiket mengemis skrg ni.nmpk sgt budak tu pengemis dr sindiket..huuu

joegrimjow said...

@Adeqq

sama2
huhu

joegrimjow said...

@SweetyMui2

dah berani naik bas

kak ina kl said...

mereka selalunya bukan rakyat malaysia dan di hantar oleh sindikit..elok gak cara kamu tu..nak tirulah

cik panadol said...

kalau betol2 tak mampu takpe la tp skrg ni bnyk sanagt sindekit peminta sedekah cmni...jrg bg duit kt org2 cmni...bukan kedekut tp agak susah nak percaya ngn mereka....

fiza said...

Good idea, bley tiru taktik nih, lagipon lately byk sgt peminta sedekah.

Selamat bercuti ke Bali ☺☺☺

alinac lover said...

hahaha..siot ek..bgus2..tu budak..klo org tua nk buat cemana?

Mohd Sukur Ibrahim said...

macam tu ke?kalau dia tiba2 posing baik ala2 model cmne jo??

lea said...

aik?
dlm bas pun ade budak mintak sedekah?

NyNaA said...

pengemis ni selalu ade kt dpn2 mall pastu tmpt org makan...hurm..kdg2 jaja atas nama agama..

tp memmg ada dgr cerita yg pihak sekolah sna mmg 'paksa budak2 ni jual..
siap sape jualan dia terbyk..dpt hadiah istimewa..
kerana itu budak2 ni lebih suke menjual dr pentingkan pelajaran

eelobor said...

sedih apabila kanak2 di pergunakan oleh sindiket tertentu untuk mencari wang dengan cara yang mudah. kalu setakat budak tu yg lapar betul, kita mmg tak sayangkan duit untuk belanja budak tu makan sekali walau habis RM10. Tapi RM1 amat bernilai jika keringat budak di kerah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

atty's said...

selalu ade depan bank..
ikut mood..kadang kasi .kdg idak..

ko nak gi bali ye joe..
..selamat pegi dan kembali ye

starz said...

kat area shah alam ramai gila budak2 mcm ni....sume mintak derma ckp lapa xde duit nk mkn....mule2 hulur jugak...dah lama2 fedup weh...last2 kalau dorg ckp xde duit nk mkn saya suruh je dia order nk mkn ape...saya byrkan...tp slalu dorg blah camtu je lepas saya ckp camtu....nampak sangat tipuuu!!!...

syahirul said...

semat ar cara ko.. gyahhahahahaha

Admiral Hafiz said...

tangkap gmbr dye
upload kat FB je senang
haha

Clara Emily Cancer said...

bagus taktik nie.
mmg berguna.
kdg2 terlampau rimas.
siap bawa geng lg..
ish ish

;-)
claraemilycancer.blogspot.com

aZLiNa aZiZ said...

Selalu sangat guna ayat2 suci al-Quran time mintak derma. Pastu hati ni mudah sangat tersentuh. Senang sangat memberi. Cuma sekarang ni, sebab dah lali, buat selamba je kalau budak2 macam tu mintak sedekah. Dah kering idea dah. Ok, skang dah tau skill lain dah, boleh praktik lepas ni. :p

MrNamie said...

joe, kali ni pon entry kita lebey kurang jugak dengan entry yang aku tulois sebelom nih.. keke

♥CIK SHA♥ said...

ahahaha..nakal gile..

pernah kena jugak macam brader tu..x pasal2 kena cop kedekut..kui3..

fanadz said...

mase aku sekolah2 dulu, selalu ngadap pemintak derma macam ni. dalam bas jugak masa tu. aku sekolah asrama, nak balik ke kampung time cuti sekolah akan naik bas ramai2 dengan kawan2.

sebelum bas jalan, budak pemintak derma ni akan naik n edarkan kertas2 ayat kursi or seribu dinar, dari depan terus ke belakang. pastu dia gerak dari belakang ke depan untuk kutip duit.

ape yang aku buat? aku buat2 tido.so, dia tak mintak la duit kat aku.hehe.

idAti mALek said...

bagus idea ni.

tapi aku penah kena pau duit ngan org gila yg mintak sedekah...rm13...(T.T)...

agak2 buat cara ni bkesan tak?

silap2 ngan fon aku dye rembat..wakaka

MissCherry_Chewiee said...

noly xkisah klu btl ye tipu ke x...nly slalu niat nk sdkh je...bia la klu ye pn ye lg kaya dr kte. :(

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW