Share

Sistem pendidikan yang terlalu lama

Sambungan dari entry sebelum ini : UPSR dan PMR akan dimansuhkan (POLL DI TEPI)


Sekolah Kebangsaan Peringat : sekolah ambil UPSR

Ok, terima kasih yang sudi menjawab poll disediakan. Sangat menghargainya. Bukan apa, menjadi tanggungjawab kepada aku yang memiliki 10 orang anak sdare (bakal tambah lagi 1 3 bulan lagi) untuk memberi sistem pendidikan yang terbaik untuk mereka. Pendidikan ini sangat penting yang mana dengan sistem pendidikan yang terunggul boleh melahirkan masyarakat yang terunggul.


Dalam islam sendiri wahyu pertama yang diturun pun menyuruh kita membaca. Setakat ini, 28 yg menjawab dan 82 % yang tidak bersetuju :p



Antara komen yang menarik

eica : kerajaan kena bagitau pros and cons kepada rakyat dalam satu medium yang boleh dibaca oleh setiap lapisan masyarakat. erkk, kit ada ke medium tu?

ain fathihah : kajian terperinci. yup, takut jadi kes macam ppsmi, buat, lepas tu mansuh balik. student ni bukan bahan uji kaji, kena wujudkan sistem pengkaji yang sangat effisyen. yang boleh nampak 10 tahun akan datang rupa malaysia. ramai kan golongan cendiakawan kat malaysia ni, mintak la pendapat dieorang



UPSR dan PMR bakal dimansuhkan

terbaru dari kerajaan, sistem ini diperingkat awal lagi. masih cadangan. perkara yang akan diperbaharui pada mulanya adalah untuk kemasukan ke SPB yang mana untuk lepasan darjah 6, bukan sahaja dilihat 5A, tapi akan dilaksanakan sistem penilaian lain yang tidak berorientasikan exam. Apa sistem itu, tunggulah update dari pihak kerajaan


Pengubahsuaian sistem pendidikan


Aku menyokong penuh usaha kerajaan (walaupun agak lambat dilaksanakan) untuk mengubah sistem pendidikan kepada lebih baik. Jangan duk takut sangat dengan tekanan rakyat sebab mahu lakukan perubahan ni, memang banyak yang tak puas hati, itu adalah normal. Bagi aku sendiri, UPSR dan PMR dah tidak releven lagi. Walhal kalau nak cakap sistem SPM sendiri, aku tak puas hati. tapi nak cakap lebih2, biarlah dihantar melalui bentuk surat kepada pihak kerajaan, bukan di post dalam blog.


Sistem pendidikan yang terlalu lama


Mahu share skit pengalaman belajar di UK (bukan berniat untuk bawa dasar ke UK ke Malaysia, tapi sekadar perkongsian) Sebab aku agak aktif dalam aktiviti luar, berkawan dengan ramai student international lain, rata2 yang buat 1st year adalah berumur sekitar 18 ke 19 tahun. Muda sangat ke?


Pendapat peribadi aku, memang terlalu lama sistem pendidikan yang kita ada untuk dapatkan diploma, ijazah, masters atau phd. Kenapa lambat, sebab sistem sekolah yang terlalu panjang. Ada orang kata ada ‘advantage’ dengan usia tua ni masuk u sebab kematangan akan jadi lebih. Ingat, kematangan bukan di cipta dengan masa, tapi melalui pengalaman dan pendedahan di dunia luar. Kalau umur 25 tahun tapi duk mengadap video game 24 jam, boleh matang ke agak2nya?


Sebab itu kalau usaha kerajaan untuk menggubah sistem pendidikan yang sedia ada ini (termasuk mansuhkan UPSR dan juga PMR) aku sangat bersetuju. Tapi dengan syarat, ada sistem yang jauh lebih berkesan disediakan. EXAM ORIENTED ni sudah menular dan jadi darah daging kita dah. huh, aku tak terkecuali, lepas je habis paper last masa 3rd year hari tu, terus update status facebook ‘MERDEKA’ dah bebas sebab exam dah habis. nampak sangat ni pengaruh dengan setiap keputusan, hebat atau tidak kita diuji dengan exam. kan?


Pendidikan tidak berorientasikan ujian


Memang tak dinafikan untuk lakukan benda ni sangat sangat sukar. ye lah, mahu terus tukar memang susah dengan pelbagai tekanan dari pelbagai pihak, tapi kalau tidak dimulakan langkah pertama, bila agaknya mahu capai misi itu? Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu paham akan situasi ini, kena support usaha kerajaan untuk hapuskan exam oriented ni. yang elok kita sokonglah, yang tak elok jangan di sokong pula


Ok, itu sahaja dulu. Harap-harapnya sistem pendidikan di negara kita akan bertambah elok dari semasa ke semasa. Jangan lambat sangat lakukan perkara yang baik, sebab yang menang sentiasa pertama dalam melakukan sesuatu!


pss : jom menang iPad. tak sampai 2 minggu lagi tarikh tutupnya!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 comments:

Mr K said...

Tapi joe, permansuhan ni tak memendekkan masa pembelajaran. Belajar kat skolah sebelum spm still 11 tahun, so kalau mansuh pun, still ambil dip/a lvl slps spm.

dan aku agak tak setuju, 11 tahun belajar, 1 peperiksaan awam je ada. sedangkan ada 3 exam awam pun sblm ni student belajar lebih kurang, apatah lagi kalau ada 1 je which is spm.

Mr K said...

Dan taraf SPM memang dah tak relaven macam dulu.

tengkorakemas said...

Memang kebanyakan pelajar hanya belajar untuk exam, bila habis exam bagi mereka ilmu tu dah tak penting, sebab tu ilmu tidak diamalkan dan mudah lupa.

Jadi betul kate abg joe, kerajaan patut menyediakan sistem yh lebih berkesan

rhapsody LiN said...

pernah tgk perbincangan kt tv pasal sistem pddikan kt mlaysia ni.. doc tu kata sistem pelajaran kt mlysia ni cpt sgt smpai ramai student silap buat pilihan sbb diorg terlalu muda untuk buat pilihan bnde ape diorg nk buat in future. usually diorg kne buat oilihan masa baru berumur 17~18 tahun..

contohnye medic.. ramai student kantoi sparuh jalan sbb dh study baru diorg x tau yg diorg sebenarnye x minat dgn bnde tu. last2 kerajaan gak yg rugi sbb dh invest a lot of money on them..

lin x stuju malaysia asyik tuka sistem hanya berpandukan hasil yang baru setahun jagung. contohnye mcm ppsmi tu. it takes time utk student biasakan diri dengan sistem baru. bukannya tgk dah low sikit nk tuka yang laen pulak..ksian kt tudent n cikgu. plus bazir duat kerajaan buat buku teks baru

Edy Ramanov said...

rasanya janganlah dimansuhkan peperiksaan tu,. baik bagi esam tu free. sebab tanpa peperiksaan, macam mana nak uji apa yg diorg belajar.
Aiz Batu Campur - Tips Nak Tahu Anda Seorang Paranormal

Hazzy Ishak said...

kerajaan cadang nak masukkan matapelajaran bahasa mandarin & tamil dalam sekolah kebangsaan. tapi keputusan belum tahu lagi.

With Love,
HazzySuperb

Mr K said...

@Hazzy - memang masukkan, tapi tak wajib ambil.

@Lin - kalau kat negara luar, umur 22 dah habis degree. Tapi kat malaysia, umur 22 baru habis diploma. Agak jauh ketinggalan malaysia. sbb tu aku prefer kalau pembelajaran di malaysia di compactkan.

♥ Vee Violet ♥ said...

kesemuanya ada baik buruknya...
* vee berkelulusan spm aje, mula2 taknak komen tp terasa nak komen jugak - tak salahkan? :)*

bagi vee sendiri mungkin ada baiknya jika peperiksaan itu tak dimansuhkan sebab ada sikap segelintir pelajar yang ambil sikap ambil lewa. hanya belajar ketika exam hampir.
selagi tak exam, acuh tak acuh belajar... so sekurang2nya kalau ada exam, they all tak putus 'study hard'... :)
ini pandangan vee aje ye.

Bab kematangan, *copy cat (miaow miaow) sikit* ... kalau nak compare penduduk malaysia dengan 'mat saleh' yang berumur dalam lingkungan 17 - 20 tahun, tahap kematangan sangat berbeza...
so tahap kematangan itu bukan satu isu. Pemikiran setiap pelajar adalah berlandaskan kepada diri individu...

p/s : anak buah vee 11 orang... so nanti samalah kite... :)

joegrimjow said...

masing2 pandangan kena raikan semuanya

c's said...

maaf pendatang baru.. kebetulan klik link pada sidebar abang effy saiful.

Sorry, i kind of disagree

Feel free to view these..

[DAP stand] http://www.youtube.com/watch?v=RxjZsuYuQiA
[Independent MPs] http://www.youtube.com/watch?v=EVfRUMx7r5I

1. it wont be positive for the education growth in holistic way. It's not fair particularly for the rural area. To cam pare with UK n any well developed country, we are far different. The education stability are not yet well distributed. In fact, if there is no standard reinforcement n evaluation, how we would measure what going on the particular area/school?

From the standard evaluation itself, eg City A n Town B, we could compare and analyze, then Town B got less.. the authority could give extra care for those.


2. Shock.

Malaysians already get used of the systems. I think psycho works better. Stay the name of PMR and UPSR, or whatsoever which is similarly named.. then, change the system gradually to feed the needs of the future. + The problems of education system is the technical thing. How they work on and in the system. What are have been done so far they lessen the syllabus, making more spoils by being lenient in grading in order to give students with great As are improved in number.


3. Long run decision and working as it is a process

My hope if it is implemented [after thorough research etc2], don't be flip flop. It seems soon after replacing the former minister, we get new system. Indeed, it's retarding the process of Malaysia developmental growth and waste money, human resources as well. Changes are good only when it placed in a right manner. Improve steps is better than shifting directions unless we really aware and sure of those to reach the destination/goal


It's slippery slope. I wish they really consider everything.


mere of me..
Thank you

.alie. said...

sangat bersetuju dengan pemansuhan pmr tapi tidak pada upsr.

lain orang lain buah fikirannya.hatta kami dikalangan guru pelatih pun ada perbezaan pandangan.

apaa-apa pun apa yang paling penting adalah proses pembentukan perubahan sistem peperiksaan di negara ( maksudnya tak boleh buat nak cepat saja,tapi perlu diperhalusi satu persatu dan ia biasanya memakan masa,kalau tak akan jadi lah seperti projek mega ETeMs yang akhirnya separuh jalan saja ) kemudian barulah boleh diperkasakan dengan pelaksaan.

dalam proses pelaksaan pula,adalah penting antara kementerian dan guru saling berkerjasama.kementerian sebagai mengeluar dasar dan guru sebagai pengerak kerja.

proses ni sangat lama,dan dalam meniti perubahan kita harus berfikiran positif dan tidak mencari buruknya saja.

perubahan dari kebiasaan memerlukan daya kerja dan mentaliti yang tinggi dan semua orang perlu faham dalam mendapatkan impak yang cemerlang tiada cara yang mudah.

apabila perubahan ini dibuat,semua orang harus berubah,samada dari pihak tertinggi mahupun sehingga pelajar.

dan inilah proses hijrah.


~harus diakui sistem peperiksaan di negara beorientasi hafalan semata-mata.


ini sekadar buah fikiran alie =)

kalau nak list sangat banyak...

tutttutt said...

er. pada aku yang baru 16 tahun, tah camne aku tak setuju dengan pemansuhan PMR dan UPSR ni. memanglah sekarang budak makin pandai, IQ tinggi. tapi surprisingly, or not, tak sume camtu. kalau PMR pun masih ting tong, camne dorang nak teruskan ke SPM? nak pendekkan tempoh belajar?

11 tahun memang lama gila, aku pun boring. tapi ada orang perlukan waktu yang lama tu utk improve. kte takleh expect smorg punye kepandaian sama, nak rush je tup tup dah masuk U. sebab ada orang yang ambik masa untuk sedar dan berubah.

kalau tak diberi peluang, alamatnya mereka tak berkesempatanlah nak maju, kan? sort of tak adil.

ade yang masa sekolah rendah main2, tapi bila PMR wow gempak. ada yang masa PMR fail, tapi ada masa SPM masuk paper lagi. memang, sekarang rasenye banyak gila yang taktau baca, walaupun sekolah menengah. terutama kat ceruk2 kampung. aku tak rasa dorg patut dibiarkan, terkapai2 nak ikut sistem pendidikan yang laju. macam berat sebelah, yang pandai memanglah dapat kelebihan, tapi yang tak? terus ke institut kemahiran? kasi peluang dulu.

kalau dah 11 tahun camtu gak, nasib badanlah. hoho.

tutttutt said...

http://keretapitutttutt.blogspot.com/2010/06/aku-benci-sekolah-tapi-aku-suka-upsr.html

eheh, promote pandangan :D

joegrimjow said...

thx for sharing

;)

c's said...

another link to be shared

polemik tadika ~

http://drmuna.wordpress.com/2010/06/17/no-more-tadika-itu/#comment-1947

:)

n sorry to say, malaysia perlu ukur baju di badan sendiri sebelum ikut orang.. alrite, we take aussie as an eg.. they r having good systems from the basic of society constitution which an eg a mom would rather prefer to take of their children [because of tax thing.. and etc2] n be a full time housewife during their early marriage.. then, their system is well coordinated, from to beginning of ur birth at the hosp until ur snr citizen age.. considering the whole process of human being.

msia, n again.. not everybody is in professional hierarchy.. for the lower mid class [eh betul ke?] they need to struggle for OT etc to feed their children, n abandoned them without any guide.the parents themselves dont get proper education [means here: how to manage IQ, EQ n as well as SQ]so, what they expect from their children if they r being mat rempit etc.. any changes of any system in msia supposedly well-coordinated dgn sistem2 lain di msia.

nih pasai rasa macam nak tukar kos je.. keje dgn gov amik bahagian perancangan ke apa2..

i would like to ask for an apology from tuan rumah, since being some sort of emo n why do i comment here. my glance said this got professional-to-be readers, n i would hope those back to msia esp from overseas are really aware about the reality in msia n will put holistic consideration when we get to work/serve the country later.

sorry banyak sgt komen.. :P

terima kasih atas ruang

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW