Share

Robin Hood - Kesan tiada internet!

Baru balik dari shopping sikit2 barang untuk dibawa balik. Dah angkut baju untuk 2 anak sedara yang baru dan juga buah tangan untuk abang2. versi kakak dan kakak2 ipar belum lagi. esok atau lusa sebab tadi tiba-tiba penat. Maklumlah, otak terkejut sebab tak study (??? :p)


Wayang


Tadi sempat juga pergi tengok wayang. Nak tengok dance 3D tu tapi sebab start pukul 6 dan kena tunggu sejam lebih kalau nak tengok jugak pun, terpaksa tengok cerita yang dah nak start. Robin Hood. selaku penggemar cerita, aku bagi 4.2 bintang untuk cerita ni. Jalan cerita yang best dan pelakon yang memang semua hebat!




Ingat lagi dalam satu babak cite ni, masa king England kena bunuh. England yang ketika itu menyerang kota France telah terkorban kingnya. Jadi askar yang berada di France ketika itu mahu bawa pulang Mahkota milik King untuk dipersembahkan kepada pembesar di England. Lebih kurang nak bgtau berita sedih la ni.


Sampai ditengah jalan, kena serang dengan orang jahat. Habis semua kena bunuh. Kebetulan robin hood dan kawan2 dia lalu di tempat kejadian dan terjumpa kuda king yang lari, menyerang balik orang jahat yang membunuh askar tadi. Maka robin hood dan kawan2 dia menyamar jadi askar dan mempersembahkan mahkota kepada pembesar di England


Tamat babak


Motif pendek aku nak cite sekarang ni mengenai teknologi. Ya lah dulu, dari France ke England memang kena harungi laut. Berita kematian King sendiri pun susah mahu disampaikan sebab tiada teknologi. Hanya kena guna 'orang' sebagai medium mendapatkan berita. Cuba ada twitter zaman tu, twit je yang King dah mati, semua orang boleh tahu. hehehe


Internet


Memang aku dulu agak pelik macam mana sistem internet ini dibuat. Yalah, apa yang aku tulis sini, korang boleh baca. Sama juga dengan apa yang korang tulis di blog, aku boleh baca. Ini baru blog, tak campur facebook, Ym yang boleh berchatting lagi. Selaku student yang baru tamat 3rd year dalam electrical engineering, aku memang pelik! Dan pelik ini sebenarnya membawa aku untuk kaji dengan lebih mendalam


Ada satu subjek yang aku belajar berkaitan dengan 'transmission' Si lecturer yang mengajar ada cerita serba sedikit pasal bagaimana dulu orang sambung wayar kabel di dasar laut untuk kemudahan internet ni. Memang dengar dia cakap sekali dengan gambar, tersangatlah kagum. Ya lah dengan teknologi yang tak seberapa dulu, boleh gali dasar laut untuk sambungkan wayar kabel internet


Nanti aku cerita panjang lebar pasal internet


Point yang aku ingin sampaikan adalah perkembangan teknologi ni begitu pesat sekarang. Ada orang kata graph teknologi ni bentuk exponent. dan ada yang kata dah nak tepu dah teknologi sekarang, Bagi aku, begitu banyak lagi teknologi yang ada dan belum diterokai dan kalau graph exponent, baru di peringkat permulaan. Masalahnya, sampai bila kita mahu jadi si penerima teknologi ni, dan bila masanya kita yang mahu discover teknologi ni. Urmmm, tugas besar bagi seorang engineer!


Apa apa pun, dah menamatkan 3rd year, semakin besar tanggngjawab walaupun cita-cita untuk jadi engineer tak pernah ada. Belajar engineering tak semesti jadi engineer, kan? ;-)


pss : tengah baca buku pasal wordpress

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

18 comments:

[z@ck] said...

jadi ustaz engineer pun boleh kan.
take care!

BEN ASHAARI said...

salam ...

bowling ? ramai ke nak join ?

iman said...

kalau nak tahu pasal history of internet, its more interesting.

One Prof in our Department pernah cite memang internet di develop utk Military and Defense for US. After dorang dah kaji dan godek2 baru dia release utk kita guna. Memang USA Military hebat, most of the research di UK dan USA and Israel akan di channel kan kesana dlu sbb dorang bli tech ni dgn harga yg mahal.

Kie-yu said...

gile canggih zmn dolu2 kalo pkai twitter
abeh semua tak berperang la jwbnye dok melayan burung tu
hehe~

joegrimjow said...

;)

LORD ZARA 札拉 said...

he he he~
kalau ada internet, mudah kan Joe?

kalau balik Malaysia, aku tak tau, tak dapat berita dari kamu, awas~

ha ha ha~

joegrimjow said...

zara
mesti dapat punye
jgn runsing

Hazzy Ishak said...

wah joe dah nak balik
ole-ole satu!

joegrimjow said...

NSK TEMPAH BARANG?

HEMY said...

betul..boleh jadi PTD juga...ahahaha. Joe..nak kirim mug yg ada tulis Sheffield ke..buleh?

♥ Vee Violet ♥ said...

joe, vee letak link joe dekat blog vee tau...
:)

Hizami Rahim said...

haha.
tu la.
nak fikir lepas ni apa pulak bentuk teknologi nak keluar.
;)

*∽ IZAN ∽* said...

tu lah kalau dulu-dulu dah ada twitter & facebook, blog bagai rasa diaorang tak yah bertarung.. main game ke mafia war online dah le.. tak de la orang terkorbann..

Dik..
nko belajar engineering tak jadi engineer agak-agakk nak jadi apa tu..? jeng jeng jeng. Apa pun good luck lahh.. dunia & masa depan takde sempadann.. all the bestt! hu hu hu

+akufobia+ said...

jadi ultraman.wee.

joegrimjow said...

jadi bisnesman
hehe

joegrimjow said...

ultraman agak2nya kena ada cv tak?
;)

WZulhilmi said...

laa cerita sikit je tentang robin hood. Punya lah khusyuk baca. Last2 tamat. Hahaha

Betul2!! belajar engineer bukan tentu jadi egineer pun. Man tau boleh jadi doktor!!. Hah?? T T

joegrimjow said...

doktor kesihatan

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW