Share

Video Stop Motion hebat!

Sebenarnya perancangan awal untuk menulis entry ni, aku mahu siapkan satu contoh stop motion video versi aku punya. Tapi disebabkan tiba-tiba semangat mahu study (walhal malam ni plan nak rehat) jadi aku sertakan sedikit penerangan awal mengenai stop motion video ni. Bagus mood study ni datang, nanti die pergi, susah nak ambik


Stop Motion Video


Di negara kita rasanya video jenis ini agak tidak dikenali. kalau ku tanya sekarang, tau apa itu stop motion video? mesti ramai yang tak tahu sangat. Tapi kalau di negara yang 'terlebih' maju dengan video video ni, stop motion video ni adalah benda yang sudah lama. Apa yang membuatkan stop motion video ini power adalah disebabkan 'amatur' pun boleh buat jenis video yang tersangat mantap. Apakah keperluan paling utama untuk buat video ni?


1 - Idea

Stop motion video yang hebat hasil dari idea yang hebat. Idea yang belum lagi di buat orang, pasti akan menarik minat ramai untuk melihatnya jika sesuatu baru diperkanalkan. sebab itulah hasil seni stop motion video ini dilihat dari segi idea. Idea mantap, pasti akan hasilkan video yang mantap



2 - Usaha

Sememangnya untuk membuat stop motion video ini perlukan usaha yang 'luar biasa' kenapa luar biasa, sebab banyak gambar yang perlu ditangkap. untuk hasilkan video yang baik, 10 keping gambar dalam masa satu saat adalah di cadangkan. bayangkan kalau 10 saat? seminit? ada beribu keping kena ambil! Sebab itu usaha ni sangat penting dalam penghasilan stop motion video



3 - Digital camera + software movie yang sesuai


Untuk buat stop motion video ini, sudah pasti tidak perlukan camera canggih2. cukup digital camera yang biasa memadai. Kualiti gambar juga boleh setkan yang paling rendah. Video seminit, perlukan 600 keping gambar, kalau setiap keping gambar cecah 1 MB saiznya, hang lah komputer tu. Software pula banyak di internet untuk di download. software dicadangkan adalah iMovie atau iStopMotion untuk Apple, JPGVideo untuk Window. Banyak lagi, jadi boleh cari sendiri, yang penting ada applikasi untuk ubah frame work



Top Stop Motion Video


Sini aku akan senaraikan 5 Stop Motion Video yang sangat best. Kagum dengan pembuatnya sebab masa yang sudah pasti lama di ambil. Idea yang mantap ditonjolkan juga sungguh buat kita akan terpaku mahu menontonnya sampai habis. Mashable juga ada senaraikan top 10, aku ada versi aku sendiri. Enjooy watching


5 - Deadline
(yang mahu exam + hantar assignment, sesuai tengok ni)





4 - coldplay strawbery swing
(klik sebab tak boleh nak embedded kat sini)



3 - Muto at wall painted
(penggemar grafiti, mesti kagum dengan hasil video ni





2 - T-Shirt WAR
(banyak gila baju yg digunakan, top notch!)




Dan yang pertama
dengan hasil kerja terbaik + kemas + romantic + lagu best



1 - Hey morning Elegance
(sweet gila video ni!)




Camne?
enjoy?

Aku punya?
nanti kalau dah buat
ku post kat joegrimjowtube
sebelum tu, layan dulu video dalam tu
terutama tips khusyuk dalam solat. hehe


selamat berhujung minggu


pss : entry Weight Lose Challenge dah baca?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 ulasan:

iman berkata...

nice
1st video remind me of my 2nd year project

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

pergh!!

syoklah~

tunggu kamu punya~

=)

joegrimjow berkata...

ku nye xtau bile mau post
;)

rhapsody LiN berkata...

wahhh!!!
teruja!!
0_o


nanti dh buat yg joegrimjow punja inform lah kt blog okey!
:)

Hizami Li berkata...

yep.
stop motion video.
nampak sgt menarik.
suka.
well.
tak sabar tunggu giliran joe pulak.
haha.
;0

tidak dikehendaki berkata...

gila smart lah.. hoho..

Masturah Idrus berkata...

selepas link video no 4 di tekan..

video is not available in your country...

sedey...

Dyna Yvonne berkata...

wah besh~
mcm mau try juak~
ngee~

et berkata...

uuuu.wahhh.bez2.tak sabar2 nak tengok mr joe punyer pulak.^^

ザ-sylver- S berkata...

ade yang terlepas pandang ni beb, usha ni profil YT brader ni:
PatrickBoivin

dia wat tutorial skalik, hahaha, muntah darah pun tkkan boleh buat sebagus cm die buat..cek la ok..

joegrimjow berkata...

thx for the link
;)

Cheese Monster berkata...

yeah..mano vblog kamu de?haha

joegrimjow berkata...

ade kat menu tu
hehe

Tanpa Nama berkata...

actually bleh wat kartun komik tu using this methodology

stoberycoklat berkata...

nice!
tip kusyuk lam solat TERbaik..ehheheh

joegrimjow berkata...

susah kot nak buat
;)

Oh Malaysia berkata...

nice video... hebat dorang ni..video last tu smart

joegrimjow berkata...

yg last memang smart!

shah mohamad berkata...

xde mase nk wat semua nie..keje banyak..aduii
layan orang punye bley la..

Cipina berkata...

yang last dah tgk so save masa hehe..terbaik. tunggu joe nye hasil karya plak :P

joegrimjow berkata...

ku nye entah bile mau siap
;)

sfatimahzj berkata...

somenya smart2..best2 ++ teruja~
pnjam cte ni ea..kongsi kt blog..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW