Share

nak capai impian top blogger pun kena ada caranya




kedengaran seorang anak yang menyanyi-nyanyi dengan riang

'dimana dia, abah saya sorang, abah saya sorang tengah tidur atas katil'


ada sambungan lagu itu dari 2 suara yang lain


'can mali can hop hio, can mali can hop hoi'


dan mereka bertiga menyanyi serentak


'ketipungggg payung'

pak belalang terpaksa mengalah. digagahkan badannya untuk bangun dan melayan kerenah anaknya yang cukup manja itu


'halimah... hartini... haiqal.... kenapa kacau abah ni? nak tido pun tak boleh....'

'abah ni, dari semalam lagi penat. dah dah la tido tu. jom main masak masak dengan kami'



'abah penat la halimah. main dengan hartini dan haiqal je la ek'

'halimah nak main dengan abah....'

'kami berdua puuuunn'



melihat reaksi muka anak2nya yang seolah merajuk, pak belalang bingkas bangun dan membetulkan kain pelikatnya. dia duduk kembali di penjuru katil, mengusap kepala ketiga anak2nya dengan bergilir-gilir



'ok, nak main ape rini'

'kami nak dengar ceritaaaa'



'tak bohsan ke nak dengar cerita ni?'

'takkkkkkk'



'ok ok, hari ni abah cerita pasal pentingnya kita tahu kaedah atau cara yang betul'

'erk... macam boring je cerita abah ni'



'hehe, sebelum kata boring, abah tunjuk dulu gambar. tengok ni'




'nape dengan gambar ni bah? gemok skit makcik ni'

'ni gambar dulu, nah ni gambar sekarang'










ketiga anak anaknya melopong. senyap tak berkata


'haa, nak abah sambung tak cite ni?'

'sambung2!'



'ok, perempuan ni cite2 dia, dia nak jadi penari ballet. tapi sebab berat badan dia terlebih, macam gambar atas tu, dia terpaka kena kuruskan badan dia. perempuan ni pun cubalah sedaya upaya untuk kuruskan badan dia'

'dia berjayalah kan?'



'yup, berjaya. tapi dengan cara salah. dia tak makan apa apa pun selama beberapa bulan. hanya minum air. dia paksa diri dia untuk tidak makan apa2 untuk kurus. last2, jadilah dia begini'

'kurus sangat ni bah....'



'yup, dari 72 kg kepada 32 kg. masalahnya, badan dia sekarang sudah tidak berfungsi dengan normal. kebanyakan organ dalam badan dia tidak dapat berfungsi. tiada nutrisi. jadilah dia sekarang yang terpaksa ambil makanan pun dengan bantuan wayar'

'kesian kat die....'



'haa, itulah abah nak cite ni, hidup kita ni, untuk buat sesuatu, kita kena tahu kaedah yang betul. baru berjaya'

'contohnya bah?



'ok, kalau nak dapat no1 dalam exam kena buat ape?'

'belajar'



'bagus, betul. bukan meniru ok. kalau nak jadi kaya kena buat macam mana?

'kerja rajin2'



'bagus, betul. bukan dengan mencuri. kalau nak dapat ramai kawan buat macam mana?'

'baik dengan semua org'



'bagus, betul. bukan tipu orang ok. kalau nak jadi top blogger macam mana?

*senyap*



'belajarlah dengan blogger2 yang hebat!'

abah... xde kaitan dengan kami lah....'



'hahaha. abah terexcited skit ni. hehe. ok ok. point abah, semua impian yang kita mahukan tu, pasti boleh tercapai. syaratnya, pastikan kita guna saluran dan kaedah yang betul. dapat?'

'dapat bah.....'



'nape monyok je ni?'

'tetibe mengantuk....'



'aik, tadi kata abah cepat mengantuk. baru pukul 3 ptg ni. takpe2, jom kita tido sama2'

'ibu??'



'ibu tengah masak nasi ayam, masuk asar kita bangun haiqal kat tepi ni, halimah dengan hartini kat tepi ni'

'jooooommmmm'



pak belalang dengan 3 orang anaknya sambung kembali tidur. walaupn anak anaknya sudah menutup mata, pak belalang masih terfikir, macam mana dia mahu jadi top blogger ni.... jeng jeng jeng

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

52 ulasan:

ღKekunangpelangiღ berkata...

cerita dongeng,
tapi moden sikit.bhaha! ^^"

Ibu Ammar berkata...

gila kuruss!

eii, sy taknak jadi TOP blogger, humble. eceh

joegrimjow berkata...

hehe
cerita di modenkan
;)

Amir berkata...

nice story! terasa aku mcm abah lak. kahwin x lagi. haha.

joegrimjow berkata...

hehe
berangan jadi abah apa salahnye
erkk?

Nothing Personal berkata...

lol menarik~

Joe dan cita2 Top Bloggernya - Good Luck!

joegrimjow berkata...

erk
cite2 pak blalang tu
;)

Adziim berkata...

ada pun crita pak belalang.
lma x bca crita ni.

Tanpa Nama berkata...

npa menakutkan tu..adoiiii
xsggup i
erm apasal ada bah??

luvly mya berkata...

gile scary la kurus macam tu.
anyway cite best!! ;)

nughul berkata...

alamak tkt laa tgk p0mpuan 2..nk tmbh berat bdn pun susah..kurus pn myeksaka..
tapi pape pn pnd br0 olah citer pak belalang 2

Hazzy Ishak berkata...

pak belalang siap bagi tips lagi tuh
he he he

Hazzy Ishak berkata...

pak belalang siap bagi tips lagi tuh
he he he

With Love,
HazzySuperb

zahra. berkata...

"suffocating" herself.

ouh :(

.::WaNiE::. berkata...

pak belalalng nak jadi top sile hantar audition utk guest blogger project alpha :D kekekekek

MOFASAD berkata...

ENTRI TERBARU : JOM JOIN GATHERING BLOGGER KACAK DAN CANTIK kononnya DI P.D, MAHU INFO LEBIH LANJUT? (KLIK mofasad)

Hizami Li berkata...

wakakaka.
mahu jadi top?
sila duduk kat atas.
hohO.
nice entry.
;)

aNoZ berkata...

haha.. aku x nk la jd top blogger. mls2 dah. ahhaa

Mak Su berkata...

kejujuran dalam berblog adalah salah satu kepentingan, tetapi utk menjadi top, mungkin opennes to glemer adalah salah-satu kepentingan juga

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

pak belalang kena cuba formula baru or cuba dapatkan unsur baru macam iron man dapatkan unsur baru.
baru boleh jadi lebih mantap dan hebat (related ke?
hihihi

Queen berkata...

bukan senang nak jadi top blogger...banyak yang perlu dikorbankan dan diebri komitmen....
usaha tangga kejayaan..

itu pun ada gak anon yang mempertikaikan blog saya tak ada org jengah..tahukah dia bahawa nak dapatkan 10 orang permanent readers pun mengah den perah idea..ahhahahha

ZR berkata...

saya lagi suka kalu N3 saya dihargai...w/p bukan top blogger tak pe...

Ann berkata...

xkish lah jd top blogger ke tak, yg ptg ade ade follower yg setia sudi baca...tp nk dptkn follower yg setia bkn senang..huhu

Q berkata...

hahaha. best. 2 in 1. kisah pak belalang dan juga top blogger.

devoted lily♥ berkata...

weyh kurus gle..
btol ke die mnom air je..
aku nak kurus ni..
adehhhh..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe~

^^

kamu dan pak belalang~

memang trademark~

attyfir berkata...

ooit kalo jadi lagu tu kurus nya ..tak lawa lah pulok..

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Baik baik.. Ku takkan kurus dengan cara tak betul.. Erk.. Herbalife kan ade? Ngeee..

Yang penting jangan bertapak di satu tempat saje, kene bangkit dan terus berjalan ke depan.. Dan bukan ke belakang..

MR Bang Miji berkata...

jalan cite yg menarik..i like

Unknown berkata...

errr kurus gila diaaa. lagi lawa masa dia gemuk tu. huhu


betul betul, apa apa yang kita buat , mesti kena dengan kaedah yang betul.


nice entry :)

HANNA PLEASURE berkata...

wakkakakakak pandainya buat lawak..
^.^

~Cinta Cukulet~ berkata...

pak belalang memang dah top dah :)

Husna Zainal berkata...

kuruih gilak...!!

Unknown berkata...

senang je nak jadi top blogger.mulamula..(sila sambung sendiri.)

nora berkata...

mak belalang = miss tanah


=)

eNaSaN berkata...

owhhh pak belalaNg....







kamOO slH seoRg yg jD top Blogger..huhuhu...

Aduka berkata...

kurusnya!
kwn ko ke joe?

Bro Framestone berkata...

jika nak jd blogger yang terhebat..

sila hormati blogger2 lain...

BroFramestone Blog

SyaNa_SaN berkata...

dasyat jugak tengok ruper makcik tuhh.. rela sungguh dia erk!! Alahai manusia

al-lavendari berkata...

satu entri yang sarat dengan maksud tersurat dan tersirat.

salam ziarah kali pertama.

joegrimjow berkata...

mekasih yg komen
really appreciate

ada org bg gambar kat email
ku oleh cerita sendiri
harap bermanfaat

top blogger ni bukan senang nak dapat
cume kena ada kaedah yg betol ;)

kella berkata...

joe! kamu betul unik dan kreatif! sangat suka dengan entry ini, untuk jadi top blogger, entry pon kena best n kreatif! macam entry ini!
oh ya lupa.. joe tergolong top lah joe.. :)

tahniah!

chika berkata...

Moral tambahan :
Tak semua orang gemok jadi cantik bila kurus.

Moral tambahan lagi :
Kurus tak semestinya cantik.

Ok dah

Sesopie berkata...

Kurus nye.. Cian giler.. Nice story.. Ingat nak pandai g belajar!(olay,dialog untuk diri sendiri).

Kem slm pd mak belalang

RWS Photo Blog berkata...

kurus belalang

Ummi Aini berkata...

nice story..:-)

Dearie Pearls berkata...

citer awek tu 'ngeri' jek..
adeh..

*nak makan..
nak makan..

tetiba..

Syima Syaz berkata...

kesiaannye wanita tersebut....1st time dlm hdp terasa mcm nak share lemak padahal lemak ckup2 makan je...

bagus kamu adaptasikan cerita tu dengan belajar n blogger...=)

myQza berkata...

abg joe, terima kasih degan cerita yg penuh pengajaran ni,

tiba-tiba abang!!

he he he

Aus MeLankoLik berkata...

kau dah prepare nk cerite kat anak2..hahaha

mama affan berkata...

pak belalang..pntg ker jd top blogger..cite la lagi..huhu..

mokteh berkata...

erk...aku lost...adakah isi pentingnya satu je?
belajar dengan blogger hebat?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW