Share

Hari untuk belia dan platform promosi blog untuk blogger

salam 1blogger!



Kali ini mahu menceritakan budaya baru atau mungkin lebih tepat 'fenomena' baru yang telah mewarnai dunia informasi di Malaysia. Tak lain dan tak bukan adalah blog! Entry ini sesuai dibaca tak kira anda berblog untuk 'suka-suka' atau 'cari duit lebih' ataupun berblog untuk 'kepuasan diri sendiri' diharapkan entry ini bakal mengubah persepsi negatif pasal blog.




Hari Belia Negara - Hari untuk belia!


sumber : website KBS



Bertempat di presint 4 putrajaya, bakal berlangsung Hari Belia Negara pada 14 sehingga 16 mei ini. Banyak aktiviti menarik sempena Hari Belia Negara ini yang bakal menarik orang ramai untuk datang. Antara aktiviti yang bakal disajikan adalah

-pertandingan sukan lasak
-konvensyen belia kebangsaan
-clash of the band
-pertandingan tomOi (apakah???)
-alkuliyyah dan aktiviti keagamaan lain (tahlil, solat hajat, solat jumaat)


Tahniah kepada YB Menteri belia dan sukan kerana bakal mengadakan hari yang penulis rasakan sangat bermakna ini. Bukan sahaja untuk pembangunan sosial golongan muda yang dapat ditonjolkan, tetapi juga aktiviti seumpama ini bakal mengumpul golongan belia untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Golongan belia = generasi pemimpin akan datang





Tema : Belia kreatif pemacu pembangunan negara

Tema yang begitu mantap telah dipilih untuk Hari belia ini. Sememangnya belia adalah golongan yang akan menjadi pemimpin negara kelak. Walhal ada golongan belia sekarang yang sudahpun mampu untuk membina kekuatan negara tidak kira dari segi ekonomi ataupun pendidikan. Kosa kata 'Kreatif' perlu difahami oleh golongan belia agar pelbagai lagi idea idea dapat di salurkan agar negara dapat terus kekal maju



Platform promosi blog untuk blogger

Mungkin tertanya tanya, apa kaitan Hari Belia ini dengan blogger? Sempena hari belia ini, Information Technology Youth Movement (ITYM) juga mengadakan satu pertandingan yang dinamakan 50 Creative Youth Blog. Pertandingan ini adalah untuk mengumpul 50 blog yang kreatif dan akan diserahkan senarai 50 blog ini kepada Perdana Menteri kita. Ini adalah usaha untuk menunjukkan penglibatan blogger ke arah memacu pembangunan negara





Ini merupakan satu peluang keemasan kepada blogger diluar sana, tidak kira kenapa anda berblog, semua boleh untuk masuk ke peraduan ini. Hanya perlu memenuhi beberapa syarat dan anda layak untuk berpeluang menjadi salah satu dari 50 blog yang PM kita sendiri membacanya. Bukankah ini salah satu promosi terbaik untuk blog anda? jadi, sertainya sekarang! antara syarat adalah

  • Tuliskan sebuah entry mengenai hari belia negara atau mengenai ITYM
  • tampilkan logo ITYM dibawah didalam entry tersebut..
  • Sertai kami sebagai ahli.. dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda..
  • e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikut itym2007@yahoo.com
  • pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 13 mei 2010
sumber : ITYM blog
(pakai domain sendiri lagi mantap kot)



Macam mana kalau orang no 1 kerajaan baca blog anda!

di edit menggunakan comic lite



Mana tak bangga kalau PM yang baca blog kita? Mesti bangga kan! Ini merupakan peluang keemasan yang dari dulu lagi penulis nantikan. Oleh itu manfaatkan contest ini dengan menulis entry sebaik mungkin. harap entry ini terpilih dan boleh mengubah sedikit sebanyak dunia blog di Malaysia. Walaupun penulis sekarang berada di sheffield, UK, dan untuk mengahdiri perhimpunan ini sesuatu yang mustahil, tetapi dengan entry ini, diharap 'harapan' kepada kerajaan dan juga kepada belia sampai.





Harapan kepada kerajaan

Budaya berblog yang menimbulkan fenomena baru di negara ini merupakan satu platform alternatif kepada rakyat untuk mendapatkan berita berita semasa. Timbulnya pelbagai blog yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara sepatutnya diawasi dengan lebih ketat. Selagi mana tiada penyelewengan fakta, selagi itulah blog ini mampu menyumbang kepada pembangunan rakyat.

Justeru itu, diharapkan kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dapat memainkan peranan yang lebih mapan kearah pembangunan budaya baru ini. Maksud pembangunan adalah menyediakan pelbagai platform baru untuk meneruskan budaya murni ini agar dikemudian hari, setiap orang ada blognya sendiri.


antara cadangan kepada kerajaan adalah

1) Banyakkan pertandingan blog (contest for blogger)
2) Adakan perhimpunan atau aktiviti yang menyeluruh antara blogger (blogger gathering)
3) Sediakan platform kepada blogger malaysia yang berada di luar negara
4) Adakan kolobrasi dengan syarikat-syarikat swasta


Antara platform yang boleh disediakan adalah dengan mengadakan lebih banyak contest berunsur blog diperingkat kebangsaan dengan menawarkan hadiah yang boleh menarik setiap blogger untuk sertainya. Juga adakan lebih banyak 'gathering blogger' agar blogger blogger yang menulis entry di alam maya boleh berinteraksi dengan tulus secara 'faca-to-face'. Jangan ketinggalan kepada blogger yang berada di luar negara sama ada belajar atau bekerja agar disediakan satu platfom bagi mereka untuk memberi buah fikiran kepada kerajaan. Mungkin banyak benda yang terlepas pandang yang mana golongan blogger-blogger ini nampak. Terakir adalah mengadakan kolobrasi dengan syarikat-syarikat yang sememangnya mempunyai kepakaran dan menjurus kepada dunia blog ini seperti nuffnang, innity ataupun advertlets. walaupun syarikat ini kebanyakannya adalah dalam bidang pengiklanan, tak salah untuk mengambil idea mereka


Majulah dunia blog untuk negara!



Ada apa pada blog joegrimjow?



Sekarang ni, untuk memikat hati pembaca agar sentiasa membaca, entry yang dihasilkan adalah pelbagai. Ada cerita pasal pak belalang, ada cerita yang bersiri, ada cerita isu semasa, ada review gadjet yang baru dan macam macam lagi lah. Juga diperkenalkan 3 'tab' baru di atas ini untuk menjadikan blog joegrimjow dapat diterima ramai


1) Joegrimjowtube - memaparkan video video yang dibuat. Ada juga video yang memaparkan beberapa tips berguna kepada pembaca dan penonton

2) Wonder joe-grim-jow - ini merupakan entry komik yang dihasilkan pengaruh dari rancangan wonderpet. Penulis mendapati cara ini adalah antara cara terbaik untuk menarik lebih ramai pembaca supaya sentiasa datang ke blog ini secara tetap

3) Top blogger - sekarang ini dalam proses untuk mengumpul blogger-blogger diseluruh Malaysia berdasarkan ranking alexa dan juga Page Rank mereka. sebulan sekali page ini akan diupdate


Diharapkan blog ini kekal maju dan terus berjaya ;-)


Antara rujukan dan link berguna adalah facebook ITYM, blog ITYM dan juga laman web HBN (Hari belia negara)


pss : ranking alexa blog PM kita adalah 1522 di malaysia dan blog joegrimjow 1572. 50 lagi nak potong ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 ulasan:

iman berkata...

cool sangat..

50 rank lagi Joe!

Kaizen Shinobi.com berkata...

ngehahhaa... bleh masuk woo....

hehehe.....

kalau ade voting roger2... ngeahahah

Kamsiah yusoff berkata...

jo...gud luck 4 you....:)
blog jo mmg mcm2 ada...:)

Milimilo berkata...

my blog my diary,xnak join,xnak pm bace,maluuu.haha

joegrimjow berkata...

lol
diary pon layan je milo
bleh pm tau camne kehiduapan seorg gadis sukakan milo
hehe

Hazzy Ishak berkata...

bestnye

With Love,
HazzySuperb

joegrimjow berkata...

thx u
;)

attyfir berkata...

join..mesti ade terpilih antara 50 blogger nie..

Masy berkata...

tu diaaa.... siap dgn poster lg hehehehhhe

Sesopie berkata...

Nak setanding ngan PM dah! Poseter cantik..Cam pilihanraya lak..hehe

wHoSeNa berkata...

ak sokong ko jerlah joe...
mls nk join contest2 nih..
ak kan low profile..lalala~~~

Cikgu Dahlia berkata...

yeahhh join gak :)
akak bukan org ITYM, tapi saje semangat, tolong listkan peserta..hahah... :)

anyway, ranking PM banyak tu? hehehe...daku berjaya merempit nampaknya...

p/s: TQ again for the post ALEXA RANK hari tu... skrg dah less 200k...alhamdulillah :)

Adziim berkata...

Power, nak potong pm plak .

Hasrol Nizam berkata...

semoga berjaya la dapat 50 blogger kreatif tu..mmg kreatif pun ni..siap ada gambar pm berdialog lagi..hehe

lumut berkata...

blog kamu mmg hebat..
all the best joe...=)

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

all the best...

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Berbangga melihat kemajuan blog skarang.. Ku bangga juge jadi seorang blogger.. Walau belum mampu kejar top2 tapi merangkak sampai gak nanti kan? Heehee.. :)

Nur -al- Ain berkata...

sikit lagi tu .. tahniah joe ;)

Aduka berkata...

submit!
submit!
=)

Matjoe berkata...

aku dh xde feel belia lagi dah....

joegrimjow berkata...

dahlia, thx u thx u
mahal tu link tu ;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

pergh!

gambar last tak boleh blah Joe~

kalah wakil rakyat!

hehehe~

joegrimjow berkata...

mat joe, ape xde feel beli?dah tua dah ke?hehe

Unknown berkata...

wow.menarik.tertarik.kena tarik rambut.adoii.sakit la.

- zuriey - berkata...

gudluck to u bro.. segan lak nak suh PM baca blog. kantoi lak nanti blogging masa kerja

Mak Su berkata...

selamat berjaya joe :)

hari belia? kalau dah 40 tahun,boleh join lagi tak?

joegrimjow berkata...

mak su
boleh je
jom join
huhu

muhammadthoriq berkata...

blog ni dah mcm rumah(dunia maya) ko joe...:)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW