Share

mengajar anak dengan tali pinggang dan masakan

tadi facebook dengan kakak, ada berita tidak best di malaysia sana. abang masuk ward dan kak moh akan menjalani pembedahan. afiq ismail (anak sdare) pun tidak sihat. ketiga tiga masalah sama. iaitu mata


abang aku dah kali ketiga masuk ward sebab mata. aku pun tak tahu cerita sebenar. walaupun dia seorang doktor, kalau penyakit nak datang, kene jugak. esok call nak tahu berita sebetulnya. kak moh pula dah lama matanya tak berapa nak nampak. maklumlah, dah makin meningkat usia. afiq? ishh budak tu, nak sakit jugak ke? manja betol!


~~~~~


rotan

gambar dari pakcik google



banyak ayah yang sekarang ini jarang menggunakan rotan untuk mengajar anaknya. ayah millenium katakan. tak perlu rotan, anak perlu disayangi, kalau rotan tanda kita benci akan anak kita. sudah kebiasaan, rotan di setiap rumah pun dah tiada sekarang ni di mana mana rumah


signifikan rotan


dulu, kami sekeluarga kalau berlaku silap, ayah jeling je rotan yang tergantung, mesti semua jadi anak patung. senyap. itu hanya jeling, belum ambil dan libas badan dengan rotan lagi. sekali libas, lusanya baru sakitnya itu hilang. haaa, ayah tak sayangkan kami ke?


hormat


mungkin ada yang tidak bersetuju dengan teknik rotan ini mampu mendisiplinkan anak. buatkan anak takut, bukannya hormat. ha? bagi aku, sampai sekarang aku hormat akan ayah aku. walaupun sudah menjadi arwah, rotan yang pernah kena libas itu sentiasa akan dikenang. tahu dia nak ajar diri ini supaya menjadi manusia, bukan menjadi binatang



~~~~


ikan singgang

juga ihsan pakcik google


ambil halia, tumis dengan bawang putih sedikit. taruk air separuh periuk dan masukkan ikan selepas air mendidih. jangan lupa asam gelugor dan juga garam secukup rasa. tunggu 10 minit, ikan singgang telah siap. mudah!


masakan ibu


iman nawawi adalah periwayat hadith. 6 perawi yang terkenal. diceritakan yang iman nawawi ketika zaman kecilnya, tidak pernah makan makanan lain selain masakan ibunya. sedap sangatkah? magiskah? yang aku pasti, dalam masakan ibu, ada keberkatan.


kalau aku balik ke kelantan dari kuala lumpur, tidak akan berhenti makan (kadang kadang) di perjalanan sebab mahu makan di rumah. mahu berjimat, jawapan nak makan masakan mak lebih tepat jawapannya. walaupun ikan singgang, disitu ada keberkatan


setelah dirotan


mak akan pujuk dengan kata kata yang manis. seolah berlaku agen baik setelah dikerjakan oleh agen tak baik. ada pengubat setelah hati berduka. badan tercedera, hati juga tercedera. dengan pujukan mak, semua menjadi tenang. luka hati seolah di'bandage' dengan kain yang disapu iodin



~~~~


sedarlah bahawasanya mendidik itu perlu dengan lisan
juga dengan perwatakan untuk yang dididik mengikut
dan merupakan satu proses yang lama
bukan dalam semalaman sudah dapat melahirkan sehebat saidina uthman



pss : dunia blog akan menjadi lebih menarik jika orang berblog pasal kita. nak orang berblog pasal kita, jangan kedekut memblog pasal orang lain dulu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

26 comments:

madrasatuna said...

semoga semuanya sihat..

joegrimjow said...

aminnn

Iman said...

harap semuanya sihat juga... :)

didikan anak2 sgt penting. disitulah penentu yg dilahirkan itu manusia atau sebaliknya.

kata Rasulullah: Akhlak itu dakwah yg paling berkesan.

fikaryna said...

doakan depaakan beransur pulih..

kami ada 4 beradik, 3 yg kat atas masa kecik wat salah mmg kena punya..kalau x kena bedal..cubit punya..tapi adik mira..baru mama angkat hanger..x pukul pun..da nangis macam kena dera..haha..

budak skang..ibu bapa dah makin tua makin slow..nasib la adik mira x berapa degil..kalau x..kaklong ar ambik alih..hik2..

joegrimjow said...

Thank u ;)

kalau kak long kerjakan, mgkin lg terok?

Hazzy Ishak said...

aku tak penah kena rotan
abang penah gak la kena libas ngn tali pinggang sekali masa kecik
lepas tu abah dah pukul dah
entah nape...
tapi aku tetap takut & hormat dia

.::WaNiE::. said...

betull, dulu2 jeling rotan ke, tali pinggang ke, hanger pun takutttttt

sekarang :D tak taulah caner aku pun belum ado anak melainkan anak kucing :D

weh singgang tu pakai bawang putih jek ek?? patut ar laki aku kata aku masak singgang xsama ngn mak dia hahaha

Nur Su'aidah said...

psnan yg bawah menarik! ;D

Athirah Ibrahim said...

ouhh bapa saya tak guna rotan. guna tangan cukup. bahaha. kalau tak pun guna suara. ohoh. tapi bapa saya tak garang. dia baikk. nyehehehehe.

Chik chuMeLL said...

terima kasih kpd rotan..kalu tak,xjd manusia yg berguna chik dan adk2..

cuma zaman skrg ni..silap2 kena jel sbb mendera..huhuu

+akufobia+ said...

kedekut.itu.jangan.kan?

Mak Su said...

sy amalkan kegarangan ngan anak2 masa depa kecik, skrg yg besar2 tu dah remaja - saya cuba jadik good fren.

sayangnya ramai yg tak suka ngan cara saya dan katakan yang saya kolot, finally selepas lihat sendiri cara saya after a few years, dorang stujus dan mula nak prektikkan garang kepada anak masa kecik. kita bila dah jadik parents, we should know how to rotan anak, esp mak. bukan nak bunuh anak, tapi nak pastikan tanggungjawab yang lahir bersekali dng lahirnya anak tu, dicarry sepenuhnya, tanggungjawab itu bkn main2, ia dipertanggungjawabkan oleh Allah swt

:)

AyanaAsham said...

dah lame x mkn ikan singgang fresh....
aku yg skrg sbb pnh kena rotan.ngehehehe

Fida Aishah said...

joe...budak brisbane bg salam lagi..
singgang kelantan bukan pakai halia...pakai lengkuas. Semua singgang pakai halia...hu...hu

NURA said...

salam sobat
waooo ikan singgang,,bikin ngiler nih,,,dimasak sop ya?
benar ,,mendidik itu perlu dengan lisan.

mIsH IeRA cIK irAh said...

teringat 1 slot dlm nur kasih. ayah adam kata mungkin salam die sebab amik rotan sebagai langkah pertama bukannya langkah terakhir.Nak didik anak bukan nye senang. Mummy i kata bergantung dengan jenis anak2 tuh.ada anak yang tak lut makan rotan. macam I la.rotan sampai mati di rejam skalipon jangan harap la nek bergerak baca buku pegi kesekolahsengsara bla2.... ade plak adek i x makan psikologi. die kene main rotan je. So dari kecik kene tgk la anak tun patern cam mana. lagi skali.x senang nak didik anak :|

joegrimjow said...

Wanie, jngb letak banyak, nanti tak Sedap

joegrimjow said...

Fobia, kedekut yg mana ni ek?

joegrimjow said...

Mak su, stuju2! Garang masa kecik ni lah boleh bentukkan anak, bukan garang 24 jam, tapi garang sayang

joegrimjow said...

Fida, kim salam balik la kat dieorg :)

Vee Violet ~vLockheart~ said...

lebih baik mendidik anak dgn tegas sewaktu masih boleh dibentuk daripada manjakan anak2 sampai merosakkan diri anak2...
=)

*waahh... mcm dah ada anak pulak*

ila-ali said...

sy memang rotan anak klu buat salah, lupa smbhyg (10 taun ke atas), ingkar arahan. Masih pcaya rotan boleh disiplinkan anak :)

YanTzYanTtiE said...

anak-anak zamn dulu lebih terajar sebab rotan lah..
tapi merotan tu untuk mengajar...bukan mendera ;)

syue said...

get well soon, abang, kak moh && afiq :)

mcm org cakap, melentur buluh biar lah daripada rebungnya. betul tak? :) kalau daripada kecik tk diajar setiap kali dorang buat salah dengan rotan, nanti besar rebel jela, sebab parents tk pena nak tegur kan. rotan is the best way to teach kids actually *klu tk misuse lah. klu tk sebab rotan tu kan, mst sekarang sy naik kepala je rasanya :D

joegrimjow said...

skrg ni dah xnaik kepala la ye?
hehe
bagus2

aduka said...

tertarik tang ikan singgang tu..
pergh.. cam sodap..
=P

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW