Share

fakta blog : jenis2 komen dalam dunia blog




komen adalah salah satu medium yang mempunyai pelbagai definisi kepada seorang blogger. ada yang menyukat best atau tidak sesuatu entry itu melalui komen, tidak lupa juga yang mengatakan graph komen dengan popular seorang blogger itu adalah berkadar terus dan pelbagai lagi definisi lain. bagi yang suka meninggalkan komen, juga banyak sebab kenapa. ada yang mahu tinggalkan jejak, ada yang komen sebab tertarik dengan entry yang ditulis, tidak lupa juga ada yang jenis kalau baca tak komen tak boleh



what ever it is



yang penting aku suka akan komen. kali ini mahu share beberapa jenis komen. ini adalah versi suka suka. bagi pendapat peribadi, aku komen sebab aku memang suka mengomen. boleh? boleh la kan. hehe



~~~~


1) komen comey satu huruf




kebiasaannya komen ini sangat senang. hanya type je satu huruf dan tekan banyak2 supaya nampak. cute. biasanya perempuan buat gaya macam ini. kalau laki, haishh, jangan bro, tak macho





2) komen menyapa kenalan lama





ada yang menjadikan komen untuk menegur. biasanya komen macam ini adalah dari orang yang dah lama tak menjenguk blog kita dan mengharapkan balasan balik ke blog mereka. juga mungkin pengomen itu kenal akan diri kita secara betul. ku suka komen macam ni. boleh eratkan silaturrahim antara blogger





3) komen panjang sangat




sangat menghargai jenis komen seperti ini. sebab ada masa untuk menulis panjang panjang untuk kita, jadi kena hargainya. biasanya komen jenis ini dikomen panjang untuk menjelaskan sesuatu perkara yang berkait rapat dengan si pengomen. atau mungkin mahu share pendapat dengan kita? mungkin






4) komen sharing sharing



tidak panjang sangat tidak pendek sangat. komen ini untuk menyatakan pendapat diri sendiri dengan isu yang dikeluarkan dalam sesuatu entry. komen jenis ini elok jika kita membalasnya, at least membalas dengan say thank u. hargai mereka ;)





5) komen tajuk sahaja


erkk, ada jugak? hehe. mesti ada. dunia blog ni macam macam. macam mana tahu komen tajuk je? mestilah tahu sebab lain semacam je die komen. takde contoh sebab untuk menjaga hati pengomen2ku. hehe. takpe, komen tajuk pun jadilah. asalkan tinggal jejak. ye tak?





6) komen english




komen berbahasa selain dari melayu ni memang menarik. mungkin penulis komen suka sangat tulis dalam BI, jadi mereka pun gunakan platform komen untuk menulis dalam BI. hehe. komen jenis ini sangat2 ku hargai sebab walaupun entry dalam BM, ada yang komen dalam BI. memang terharu ;)






7) komen menjelaskan keadaan


jika ada entry yang dituju kepada sesuatu organisasi, mungkin akan ada kunjungan balas dari mereka. untuk membuat mereka lebih 'takut' bagi link blog anda ni kepada mereka. contoh macam kat atas, ku ada bagi 'nasihat' kepada UKEC dan ada dari mereka yang menjawab. bagus la tu





8) komen pendek




kebanyakan entry aku dapat komen jenis ini. hehe, takpe, apa apa pun, ku tetap menghargainya. komen pendek ini sudah pasti mahu tinggalkan jejak. ataupun tidak ada idea tapi still mahu komen. usahanya untuk menulis dan membanyakkan komen, aku tetap suka



9) komen 1st 2nd ..... 10th


komen ini menjadi rebutan kepada pengomen. haha. ku pun suka jugak mengomen entry org dengan 1st 2nd ni. maklumlah, blog aku ni jenis yang auto publish punya comment, memang akan keluar terus 1st 2nd ni. so, cepat cepat la mengomen entry yang baru dipublish ni untuk mendapat tempat. heeee




10) komen dari insan tersayang


senyum senyum senyum



hakhak, korang mesti jarang dapat komen macam ni kan? hehe. cuma yang mengalaminya sahaja dapat merasai kenikmatannya. layan je lah orang tengah angau ni. haha. suka suka. awak komen la lagi ek. ;-)




psss : final UEFA - bayern lawan barca. haha, kesian man u, takpe, cuba lagi tahun mendatang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

58 ulasan:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Okey okey.. Ku bace sambil tersenyum.. Ouch.. Your tanah.. Such a sweet romantic pasangan.. Heehee.. :)

Ye ye.. Ku tahu hang skang tengah senyum dan terus senyum malah makin lebar dan lebar hingga ku rasakan ade potensi untuk koyak bibir.. Haha.. ;p

Muaz Nabil berkata...

aih, xdak la meminta komen balas, cuma bila dah lama x jumpa tu, ttba rasa teringat plak nk jenguk sekali dua. Kebetulan Fb selalu pulak naik update dari tuan punya blog kn. haha

joegrimjow berkata...

farhana, haha, senyum senyum

muaz, kan ada juga kat situ cakap kenalan lama. hehe

chah~ berkata...

haha.. no komen.. =)

Zulhijrah™ berkata...

Komen yg biasa jadi rebutan para pengomen cam kat atas tu "1st" kdang2 "2nd" pon nak jugak..itu kategori ape tu bro?? haha..mungkin bole cukup kan no.10 utk komen camtu..huhu

Ibu Ammar berkata...

joe saja je bikin jeles nih, mentang2 la takde 'awak' yang komen blog aku. sob.sob

plez reveal the 'awak' as soon as possible,

joegrimjow berkata...

eg, haah, lupe plak nak buat kategori tu, ok, tambah jap

sarah, hehehe

Hazzy Ishak berkata...

ya kadang-kadang ku tak ada idea mau komen apa yang sesuai utk sesuatu entry

heheheeee

mama affan berkata...

menumpang jugak..sll komen pendek2..sbb suka cakap sket2 tapi banyak kali..( eh..mcm makan plak..huhu..)

.::WaNiE::. berkata...

jelesss

encik labu url blog aku pun dia xtau

dia hanya tau ' awak boleh tak jangan sengih sorg2 depan laptop'

'awak buat ape ni blog2 ni ha'

'tido lah'

haihhh

hahahahah

iman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dayah berkata...

sapakah awak' tu jo.
angau la kamu...mesti tgh taip2 entry bab komen ni sengih2 dgn hati penuh bbunga kan :P

Lia Hasty berkata...

wah suma jenis komen dia tau.
tahniah.

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

Wakakaka !


j0e ni kan grrrrr.

BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB

hahahahha !

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

comments dari aku yang tidak di kenali ..aku singgah nak rehat jap

penjenayah merah jambu berkata...

komen last sekali tu,
haha,comel kan bila dapat.lepastu depan-depan,2,2 buat macam takde pape.

kadang2,benda macamni boleh bantu kita faham each other sebab tak semua kita boleh cakap.kalau tulis memang terer lah.haha

p/s: tanah & pokok,sangat sweet. :P

Queen berkata...

no.4

:p

shandye. berkata...

oih...
nombor enam tu macam kenal je.
wakakakaka...

A wisher berkata...

hahaha!joe the best blogger!x semua org kot dapat xprience macam nie! congrats!

green berkata...

tak nak komen..






lalala~

Munsyi berkata...

I just want to clear things up...

tetibe je. ak komen bernas2 xde ke?hehe

uih..xprasan komen no 10 tu.xlama dh joe ni. pepon thank sbb sudi tinggalkn komen kt blog ak. ko mmg best.

:)

Tanpa Nama berkata...

tq bg info
:)

cik helena berkata...

komen yang keberapa nih?hahaha

Ariff Shah berkata...

hi awak..

hahahahaha~ susah orang tengah angau nih..
berjangkit-jangkit masuk blog

nice post btw.

Unknown berkata...

saya harap awak senyum dapat komen ini, dah lama tak makan nasi dagang gedegang. :D


xX ur tanah Xx

Unknown berkata...

la.. ingat nak guna anon tadi. terguna id pulak.

Tanpa Nama berkata...

maCy hujan.. bkn tanah..ki3

Unknown berkata...

ohhohh.madrasatuna tu macam kenal.kankan?ha.ha.err.sob MANU.

ardinihumaira berkata...

hehe.. senyum2 sambil baca jenis2 komen. pandai encik joe buat entry... naseb baik komen dni tak terpampang.. kalo tak.. nak nyorok bawah periuk.. eh.. macam muat lak wakakaka ;p

Jard The Great berkata...

hehe.. (Nak buat komen ala2 gelak je.. bole?)

=p

yanamib berkata...

saya kategori yg bila nmpk je ayt ni
"ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen."

otomatik rasa nk komen..huhuhu~ ^_^

joegrimjow berkata...

fikaryna, komen je, ku baca. hehe

wanie, bleh check camne anon tu ;)

joegrimjow berkata...

iman, hehe

dayah, ada laaa, hehe

lolly, wakaka, padan muka, hehe

joegrimjow berkata...

banyak plak hehe

joegrimjow berkata...

merah jambu, sweet kan, cam tau tau plak ;)

syazana, thx u, sama2 la kite mengomen2

munsyi, nak komen dalam english tu buat sakit, huhu

joegrimjow berkata...

ariff, haha, jangan dilayan

cik epal, memang disengajakan kan? kekeke

yana, nampaknya berkesanlah kata2 tu huhu

ketamnekmoto berkata...

kehkehkeh!! bgus la weii.. ni memang mampu membuka minda2 pembaca tegar kat blog2 mahupun mukabuku.. aku nk tingkatkan kajian la pasni.. :P

Sharif John berkata...

Lelaki komen mcm ni lah... baru macho


Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u
Kill u


Hahaha

Kujie berkata...

dok ngadap pc ni lama sgt
dok fikir nak komen gaya mcm mana
kuak lentang, gaya kupu-kupu

akhirnya......


gaya bebas

joegrimjow berkata...

john, kill u tu brutal sangat
hehe

HEMY berkata...

byk dapat komen buleh la bg kriteria..aku nye blog kumen skit je

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

nice one joe...
tak pernah terfikir pasal jenis2 komen nie...
=)

joegrimjow berkata...

hemy, hehe, suke dengan komen2 ni

vee, thx u

shafie, 40 pon banyak gak termasuk yg ku komen jugak. huhu

ckLah @xiiinam berkata...

Errr...
Errr...
Err....


Seganlah pulak nak tulis komen kali ni....



:)

IntanBerlian berkata...

huhu, pelbagai komen.. tapi tak kisah yang penting ikhlas.huhu

butangbiru berkata...

komen atau tak, dua-dua aku appreciate. (betul ke aku eja ni?)

butangbiru berkata...

komen atau tak, dua-dua aku appreciate. (betul ke aku eja ni?)

butangbiru berkata...

komen atau tak, dua-dua aku appreciate. (betul ke aku eja ni?)

geeds berkata...

:)






and i guess that comment will be put under the smiley group or or the wordless comment. hehe.

sjaa64 berkata...

hai mr joe.....wah2 bnysaknyer jenis komen ek....

huh,kesian mu..hehhehehehe...like the last words,psss...;p

Unknown berkata...

hehe, pnat bace, tp terunggu2 gak pe jenis komen yg ader.

penat2 pun, ttp tersenyum yg last tu, haha=p, nice..

cm berkata...

terasa nak bagi komen....
tapi tak tahu nak tulis apa!

Unknown berkata...

yayay... paling suka komen dr abg joe.. ahaksss.. :P (sakit ke aku?)

hahahaha... komen yang aku paling suka, is komen dr orang yg kita kenali... ehehehe..

Feel cam disayangi la plak.. ekekek.

neway, nice one! I laike!

Aduka berkata...

komen aku x pnh dpt yg pjg2..
haha..

ISZA berkata...

hrmmm..
tafsiran yang bagus..
pandai menganalisis..
keep it up!
:D

joegrimjow berkata...

Butang biru, dah btol dah tu :-)

syami, suke jugak yg last tu

joegrimjow berkata...

Ann, erk, apsal abg jo plak ni, heee

aduka, nanti2 dapat la kot

Cg isza, analisis suka2 je :)

WanitaMustanir berkata...

iya, memang saya nak komen..

61st..

ngeh3x

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW