Share

Sambutan maulidurrasul : kelantan vs sheffield

sejak dua menjak ni suka sangat buat perbandingan. apakah ini tandanya ku dah rindukan sangat kampung halaman? ooh, walaupun macam macam benda buruk orang cakap kat kelantan, tapi selaku anak jati kelantan, ku tetap berbangga dengan negeri tercinta itu. ok, kali ini kita buat perbandingan sambutan maulidur rasul di uk dan juga malaysia. kenapa tajuk nak kene kelantan? haha, layan je la



sambutan di kelantan


kalau dulu dulu zaman sekolah, erkk, sebab kali terakhir ku sekolah di kelantan adalah semasa tingkatan 3 di SMKA Melor, jadi pengalaman di sekolah je lah boleh ku kongsikan. sebab bersekolah di SMKA, pasti sambutan ini cukup meriah. tambahan pula di kelantan, kemeriahannya pasti terserlah (bunyi kenegerian btol!)


macam macam aktiviti dijalankan, syarahan, pertandingan azan, iqamah, nasyid, kuiz, dan macam macam lagilah. teringat dulu ada seorang teman yang memasuki pertandingan azan, sebab setiap kelas wajib menghantar wakil untuk bertanding, teman ni kecut perut agaknya berdiri di depan orang ramai, di pertengahan semasa dia azan tu dia cakap


nak azan subuh ke azan biasa?


terburai ketawa audience. haha. takpelah, pasti pengalaman sekolah macam tu cukup manis untuk dikenang. kalau akulah yang masuk dan cakap macam tu, wah, sudah pasti besar kemaluanku. hoho. ok, ada satu lagi upacara yang mesti iaitu perarakan





waktu pagi, semua akan berkumpul di dataran untuk bergerak berarak dengan melaungkan selawat. waktu usia mentah macam tu, lebih melihat kepada upacara seperti ini adalah satu upacara yang best. meriah. ramai orang. ya, memang sangat suka dengan berarak ramai ramai dan melaungkan selawat ke atas junjungan besar kita



isu perarakan dipolitikkan


dulu rasanya dah baca benda ni, dah lama sebenarnya tapi baru sekarang nak komen. ok, sekarang ni kerajaan negeri kelantan mahu tidak menaja lagi perarakan perarakan seumpama ini di negeri kelantan. kenapa? mungkin ada rasional sendiri. bagi kita yang ada pemikiran yang waras, patut melihat benda ini dari segi 'perkara bukan selain politik' tak best la kan asyik asyik politik saja. ok, kita lihat rasional berarak


pendapat peribadi


sebenarnya berarak ni adalah untuk menunjukkan semangat kecintaan kita kepada baginda rasulullah saw sahaja. ok, key point dia adalah semngat kecintaan. kalau kerajaan negeri kelantan mahu tidak membuat perarakan lagi, adakah semangat kecintaan ini terus dibuang? tidak, sebabnya banyak lagi aktiviti lain yang dijalankan. contohnya syarahan di stadium sultan muhammad ke4 dan sambutan diperingkat sekolah sekolah lain lagi. haa, benda gini kan juga dapat melahirkan semangat kecintaan kepada baginda


malulah kat baginda


jika hal remeh ini kita mahu bergaduh, benda apa lagi kita mahu bersama? kalau kelantan dah tak nak buat, negeri lain buat, follow je la. dah memang pentadbiran kata macam tu, sokong je la kan. KECUALI benda benda yang libatkan perkara asas, contoh kerajaan kelantan mahu merobohkan sebahagian masjid besar di kelantan untuk dijadikan casino. haa, yang ni kita pakat sama sama demo. kalau setakat remeh remeh ni, kita sama sama pakat setuju je lah. susah ke?


hukum perarakan?


aku takdelah pakar dalam hukum hukum ni. kalau nak bicara gauss law, raman spectroscopy law, boleh lah ku share sebab belajar benda ni, tapi kalau bab agama, ku share setakat yang mampu dari segi pembacaan. zaman baginda dah tak berarak bagai dah, statement ni pun sebenarnya dah cukup untuk kita tidak berarak. apa yang baginda cakap, kalau kita pegang dengan alquran dan assunnah, kita takkan sesat. haa, assunnah ada banyak, kenapa perkara sebegini mahu kita pertikaikan? sebab ada agenda politik


haishh, sebab tu la ramai orang tak suka politik, sebab macam macam 'kekotoran' ada. jom sama sama kita membersihkannya ;-)







sambutan di sheffield


baru je balik dari sambutan maulidurrasul peringkat sheffield. alhamdulillah, semua berjalan lancar. ok, ini satu benda yang baik ku rasakan baginda akan berbangga dengan ummatnya, untuk penganjuran kali ini, kesemua society bergabung untuk menjayakannya. SMSA (kebanyakkannya undegrad) mencari tempat untuk program, PMPMS (kebanyakan postgrad) mencari ahli panel dan KUSheff (kelab UMNO) sponsor makanan. haa, kan ini namanya muafakat


unity through maulidurrasul


memang jarang boleh bergabung. bukan tak gabung tu sebab bergadoh, haha, tapi takde peluang. jadi acara seumpama ini menunjukkan betapa hebatnya baginda kita yang dapat menghimpunkan orang untuk membuat satu aktiviti dibawah lembayung untuk mendapat keredhaan dari Allah swt.


tujuan majlis


kita mahukan semangat kecintaan ini terus subur dalam setiap kalangan ahli. mahu mengingatkan yang terlupa akan kehebatan baginda dan mahu memesan yang lalai akan kasih sayang baginda tonjolkan. haa, begitu murni kan tuujuannya, dan kami tidak jalankan pun perarakan, sebab??? sejuk kat luar. hehehe


suhu 1-2 darjah celcius, bekulah kalau berarak


kepelbagaian aktiviti yang dibuat, contoh ada forum yang begitu mantap sekali tadi jelas kurasakan semangat untuk melestarikan kecintaan pada baginda ini akan terus mekar. ustaz hasri dari sheffield sebagai moderator dan panelnya adalah ustaz mazlee malik dan juga ustaz jailani yang dua duanya dari durham. ok lah, kita layan beberapa gambar



kaum ibu menyiapkan makanan



hampir 100 orang yang hadir tadi



bersama ustaz mazlee


mengenai forum tadi, ada diceritakan mengenai keperibadian baginda yang membawa rahmat ke seluruh alam. semangat ini perlu kita bawa dalam memberi selagi terdaya. banyak yang dikupas yang tak sempat nak tulis satu satu. ada jugak isu kahwin yang diceritakan. haha, menarik menarik. terima kasih kepada panel2 yang mantap2 gitu



nota kaki : malam ni perap ayam, esok ada bbq!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

40 ulasan:

Nazz@Purple berkata...

Cite yg menarik tuk dikongsi..=)..buat bbq..igt2 kat sini eh..

joegrimjow berkata...

bbq esok
;)

Mrs Nurul berkata...

the last pic, u two kinda similar.

saiful mohamed berkata...

paling best perarakn time kat sekolah...

NAZ berkata...

yang penting pic kita sama niat kita sama hahaa

Zoul berkata...

Ya Allah.. seronoknya dengar ceramah maulidurrasul kat oversea.. tentu suasana berbeza, org yg berbeza tetapi menuju ke arah yg sama..

pudding pie berkata...

baru jek nampak perarakan tadi..hehe

dulu join gak pertandingan perarakan kat hostel..siap buat banner sape paling kreatif

Syima Syaz berkata...

saya sambung masa sekolah agama dulu je,pastu tak...

starsyeea berkata...

sokong muafakat tnp politikkn isu agama...syg rasul amal la sunnah bgnda elok2 kn..kn..kn..;)

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Berarak masa zaman kecik2 sekolah dulu mmg mngimbau memori.. Heehee..

Ku suke point yg hang cube tekankan kat atas.. Tntang benda baik kita ikut..

enyheartsdiamond berkata...

kalau rindu..cpt2 la pulang!

Ibu Ammar berkata...

-> bila lagi joe nak balik malaysia? boleh tempah BBQ. haha

Aduka berkata...

joe.. muka ustaz ngn ko hampir2 sama aaarr.. haha..

zai berkata...

bdk2 plg suka part perarakan, and satu2 event best bila ada nye perarakan.
oh yea nota kaki mcm best.bbq !!

ZACK ENTRY berkata...

atas permintaan joe sndiri..hehe


anda telah ditag..
kalo xnk jwp xpe..ini bkn paksaan k..=)


ZACK ENTRY

joegrimjow berkata...

perarakan hanya salah satu cara untu manefestasi kecintaan kepada baginda, tak salah untuk buat benda lain lagi

Amir berkata...

bagusnya kat sana.. ada sambutan maulidur rasul. kt sini x smpt nak buat. maybe sbb masing2 sibuk.. maklumlah kt sini kelas br bmula.. sume org baru balik bcuti.. hrp2 pd masa akan datang, dpt buat program mcm kat UK ni..

et berkata...

ouh,aktif btol korang2 kat sana.bagos2.

joegrimjow berkata...

ada program
join saja
;)

Farazila berkata...

baguslah...kalau kat jabatan kerajaan still bt perarakan..sumtimes siap buat pertandingan lagi...

wow...tolong bakar satu ayam utk sy...

Jard The Great berkata...

program2 camneh mmg bnyk di peringkat uni.. tp bila da masuk alam pekerjaan.. diorg tak berapa aktif

AJ berkata...

anak kelantan rupanya...hik3..samalah my wife..

IntanBerlian berkata...

hmm joe,bestnye.duk kat oversea pon sambutan dan kehangatan maulidurrasul masih terasa.

kt india ni.entahlah.komuniti terlalu sikit..bestnye ade ustaz.. bestnye ade ustazah.. sini kalau nak pergi ceramah..semuanye tamil yakpon hindi mahupun urdu..

Azuan berkata...

pernah masuk pertandingan azan haha...memang semua mantap3 huhuu

rhapsody LiN berkata...

baru2 nie skolah yg lin mengajar tu bru je buat smbutan maulidur rasul peringkat sekolah.

sweet! :))

joegrimjow berkata...

bini cg org klantan kat mane?
kot2 skampung

Adziim berkata...

Dah lama gua tak join berarak maulidurrasul. Zaman sekolah2 dulu ada la.

Rindu jugak. Tak tahannya sambil duk berarak tu, mata duk skodeng ppuan. mmg tak bleh blah kejahatan tu.

aNoZ berkata...

eh.. dah lepas ke? bia betul??

ISZA berkata...

sambutan kat sekolah pun buat perarakan, berarak sekitar2 kampung sambil selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Berarak bukan kemestiaan tapi sekurang2nya menambahkan ingatan kita pasa junjungan Nabi, lebih parah jika tiada perarakan.. kecintaan belum tentu d jiwa.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

tak salah politik kan bro..yang salah bila sempitkan pikiran angkara politik..

iman berkata...

perarakan itu bukanlah negative, tapi bukanlah ritual.

Birthday Nabi,m berarak.

Tapi buat perlu ada objective.

Objectivenya mahu menanam rasa cintakan Rasul dalam hati manusia adanya.

Andai aktiviti lain mampu mencapai objective dgn lebih berkesan, apa salahnya beralih pada aktiviti tersebut? Ceramah, forum, kempen Mari Amalkan Sunnah Rasulullah? , Mendedahkan masyarkat pada hadith2 Nabi?

Bagaimana mahu mencintai seseorg?dgn mengenali mereka.

Bagaimana mahu mencintai Allah?
Bacalah al-Quran

Bagaimana mahu mencintai Rasul?
Bacalah hadith2 nya..

wallahualam..
p/s:mari amalkan sunnah Rasulullah.

Hadith hari ini: To acquire some useful knowledge is of greater merit than to perfom a hundred devotional prayers voluntarily- Ibn Majah

Surau Al-Ghafur berkata...

salam..
bagus la..moga terus istiqomah dgn prgram2 mcm ni..agama sentiasa diingati walau dimana kita berada..

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. berkata...

seronotnye! x aci la,,nak jgk sambut menyambut nih.huu

Abd Rahim berkata...

mesti best sambut kat sana kan?

e e e n a n a berkata...

best lg maulidur rasul mse skolah dlu kan?
huhuhuhu...
rindu klate..;)

Ajey Mahat berkata...

sambutlah dgn penuh semangat.. selawat..meriah..meriah..

Sayang Amirah berkata...

mcm best je kat sheffield:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

syoknya Joe!!

joegrimjow berkata...

kenapa ku pula yg syok ni?

Tanpa Nama berkata...

tahniah!even bukan kat m'sia..penghayatan tu tetap ada

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW