Share

fakta blog : cabaran 3 bulan terawal

kedudukan internet yang kian mendapat sambutan di kalangan umat manusia di dunia kini membuat industri blog kian pesat membangun. keadaan positif ini mendorong banyak blog blog baru yang wujud, bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan



apakah???



hehe, bunyi skima semacam je. ok ok, sebenarnya ni entry yang berkait rapat dengan buku hari tu yang dibeli. ni ha, kat entry ni. jadi, serba sedikit kita akan kongsikan. tapi kali ini mahu kongsi hasil dari pembacaan satu ebook percuma mengenai dunia blog. banyak dan tebal, sini aku ringkaskan



cabaran 3 bulan awal



banyak sebab kenapa mula menulis blog, ada sebab kawan aku ada, aku pon nak ada, ada juga sebab nak ngorat awek tu la, kena tulis ni, tak lupe juga mahu buat pendapatan sampingan. semuanya macam macam. tapi kalau melihat trend berblog, zaman berzaman, dari tahun ke tahun, tidak berubah! setelah 3 bulan berblog, blog kembali sunyi sepi. tengok graf di bawah



graf blog aktif dan tak aktif



walaupun ini statistik tahunn 2006, tapi masih boleh dipakai sekarang. jadi kali ini aku nak kongsikan serba sedikit agar yang baru baru menjinakkan dalam dunia blog ini tidak menjejak langkah seperti yang tewas setelah 3 bulan berblog. ade nasihat yang berguna tentang ebook yang aku baca tu kongsi



1) berblog secara konsisten tidak mudah


nampak mudahkan. update sehari sekali. takde la susah sangat. tapi percayalah, susah! benda ni rasanya semua orang sedar, hari ni rajin update, esok update lagi, dah seminggu dua, dah kurang 'perasaan' nak update sebab........ macam macam. memang tidak dinafikan untuk jadi macam aku ni tak mudah. kat mana mana pun, mesti nak post entry. tiap tiap hari WAJIB kena post entry walaupun kemudahan internet takde. jadi, nasihat kepada blogger baru, kalau dah 3 hari tak berupdate, update update kan lah. kalau dah seminggu tak berupdate, minggu seterusnya tiba tiba bersemangat, percayalah minggu berikutnya dah akan hilang kemanisan berblog




2) bersabar dengan traffic


ingat lagi hari keberapa traffic anda cecah lebih dari 100 orang view sehari? kalau ingat, bestkan? kalau pengalaman sendiri, traffic yang lebih 100 orang view sehari ni rasanya bulan ke2 baru blog ini cecah. memang lama! sebab itu kesabaran itu penting. ramai yang berhenti berblog sebab susah nak maintain traffic, kadang kadang naik, kadang kadang turun. hari ini 500 orang view, esok ade la beberapa ciput yang datang menjenguk. sebab itu membuat mereka gugur awal. tak mampu bertahan lama. nasihat? bersabarlah, jangan kejar sangat traffic, kejar benda lain contohnya blogger2 cun ke. kot kot boleh jadi bini nanti. hehe




3) gagal mencari 'kepuasan' dalam berblog


sebenarnya ini main reason kenapa banyak blog tidak aktif setelah 3 bulan. gagal mengenal pasti kenapa berblog. kepuasan berblog sudah kurang. kalau perasan blog fynn, walaupun teori satu blog dia tak boleh nak pakai (dia jarang update), tapi kenapa dia masih terus berblog dan followernya tak kurang kurang, sebab kepuasan inilah yang dia rasa. kepuasan untuk berkongsi. dia tidak kisah ada orang baca ke tak, yang penting apa terbuku, dia tulis. sebab tu blog dia ni walau jarang berupdate, tetap masih banyak loyal reader. nak jadi macam fynn ni susah, sebab dia manusia pelik. hehehe. satu lagi blogger yang mencapai kepuasan yang 'pelik' sikit si luffy, maintain je entry dia berbaur 'pelik' ni. haha. respek respek




4) peruntukkan masa untuk berblog - time management


banyak yang hanya bina blog sebab nak isi masa lapang. dah masa sudah tidak ada lapang, blog pun terabai. bukannya salah untuk jadikan blog sebagai hobi, cuma ini adalah pendorong untuk ramai yang tidak aktif lagi dalam berblog. bagi yang mahu terus bertahan dalam industri blog, peruntukkan masa untuk berblog! bunyi macam paksaan kan? tapi percayalah, kalau peruntukan masa untuk berblog tidak ada walaupun 10 minit sehari, 3 bulan kemudian, pasti blog anda akan terkubur. mati. sepi. atau anda sudah delete blog itu. hohoho




blog blog aku yang terkandas awal


1) http://copypastefromemail.blogspot.com/

blog ini sempat beberapa bulan je bertahan. dulu buat blog ni sebab banyak sangat email2 yang menarik. kebiasaannya aku akan menukar email yang menarik ini jadi cerita syok sendiri. sebab banyak sangat, copy paste je. tapi lama kelamaan, rupa rupanya email yang aku dapat ni pun ada yang copy dari website. untuk mengelak plagiarism, delete je la blog ni



2) http://www.blog.joegrimjow.com

ini blog pertama aku post guna hosting sendiri. sebab terlalu bermasalah dengan hosting, aku bertukar balik kepada blogspot. ooh, ini juga merupakan blog pertama aku gunakan WP sebagai platform. blog ini masih tidak ku delete, cuma tak update je. masalah hosting, membuat ku terpaksa melupakannya


3) http://www.live.joegrimjow.com

blog ini merupakan blog live yang aku selalu type di iphone. apa apa perkongsiam aku akan menaip di blog ini dengan gunakan bahasa english sebagai bahasa perantaraan. sama juga dengan yang diatas, sebab masalah hosting, terpaksa melupakannya


4) http://joegrimjoe.blogspot.com

baru je delete blog ni. hehe. ni blog english yang kedua aku tulis. dulu beriya nak tulis dalam bahasa english, tapi lama kelamaan, macam tak kena dengan jiwa je. haha. alasan. takpe, blog ni ku akan aktif kembali buat beberapa ketika nanti. setelah keadaan dah kembali ok. setelah semangat nak menulis kembali ada




blog ini akan ku delete?

tidak sama sekali!
blog ini cinta pertama aku. sangat sayang akan blog ini dengan perasaan yang mendalam.
tapi....
sebab sekarang ni cinta aku hanya untuk dia, terpaksa slow slow mencintai dia lebih dari blog ni

sweet tak i?
;-)



layan video ni, merdu gile kot suara budak ni!. credit to hilman


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

46 comments:

Jard The Great said...

uish.. joe.. tak nak kenalkan pada kami sepa 'die' tuh?

hehehhee

joegrimjow said...

cepat btol komen jard ni
haha

HiLMaN said...

pergh. cepat giler video masuk. blogger yang efisien ;)

joegrimjow said...

kekeke
credit to hilman
haha

Hazzy Ishak said...

mood nak update dh kurang lah
kdg2 buntu tatau nak taip pe
T_________T

Eryati said...

huhu..sy jugak kadang2 jumpa jalan mati nak apdet...hihihi

joegrimjow said...

tgok youtube
hehe

Sharif John said...

Betul lah bro joe. Setuju. bukan mudah nak update secara konsisten. Saya tertarik dengan perihal trafik yang bro bangkitkan.Dulu traffik saya tinggi disebabkan kekerapan mengemaskini blog. Tapi sekarang tidak lagi selepas saya ubah cara penulisan dan kurang melawat blg orang lain. Di sini saya nak rumuskan bahawa orang kurang berminat untuk membaca, membaca kerana mengejar populariti(ko baca/buka aku punya aku baca/buka ko punya) dan yang paling saya kurang gemar, berblog kerana wang. haha. panjang pula.
Owh ya. Saya mau beli domain. Tapi tak tau cara nak buat bayaran haha

Sharif John said...

Lawak gile komen aku

Hami Asraff هامي أشرف said...

Joe, honestly aku seorang yang tak mementingkan trafik. Yang aku rasa hepy bila berblogging is orang baca 'karya' aku. That's all!

p/s : gua memang busy gila 3 minggu ni. banyak benda nak update. cuma tak ada iphone yang boleh update selalu. (err, macam tu bolehkah? hehe ~ )

Arra JaSmY said...

salam..ola joe,tahu tak pew,bila tak update,nak bukak blog pown tak dew mud.tpi skang ngah minggu exam..kena slow ckit la ngan blog nih..huhu

joegrimjow said...

john, tulis kat status facebook, ade je kot orang yang tahu beli. domain ku dulu pon org yg belikan
;)

joegrimjow said...

hami, bukanke orang baca tu ada kaitan dengan traffic? hehe

cik arra, camne exam?

Hizami Li said...

yep.
agreed.
bkn mudah nak konsisten update blog.
kene ade passion.
bkn skdr nak ikut trend.
[nasihat kpd diri sendiri]
hohO~

HEMY said...

ahaha..aku plak siap tukar2 blog ko yg aku follow upanya yg aku follow skang yg dh delete..hahaha

joegrimjow said...

hee
seb bek jugak buat post ni kan?
at least org tau nak follow yg mana
;)

BEN ASHAARI said...

ok bro.. dah post.. hehe.. nak komen ke atau nak betul atau nak tambah ..sila la...

http://www.benashaari.com/2010/03/diari-blogger-perantau-its-all-about.html

.::WaNiE::. said...

betul bro

susah nak maintain. nak hilangkan rasa malas tu susah gak.

belum lagi bab nak perah otak buat entry :D

tapi betul kalau 2 hari biar blog xberapdet tu kan, aa siap la mood malas tu terus menerus :P

Jeff Syiru said...

aku adalah contoh terbaik "seorang yg tak consistent mengupdate blog" kalau rasa rajin n ada bahan nak di kongsi baru aku post... kalo takda mood mmg bersawang la blog aku....

thanks joe coz melawat blog aku.

Bro Framestone said...

cabaran 3 tahun bro pulak

1) alhamdulilah bro mampu berblog hampir setiap hari.. even kebanyakannya autopublish atas kekanggan waktu berkerja dan kekadang ada perkara mustahak yang perlu bro buat...

2) bro xpandang sangat trafic asalkan ada yang sudi membaca rapu rapan bro... yg penting ada yang tinggalkan jejak

jejak spam xnk.. coz ade kekadang trafic naik mendadak sebab spam..

3) kepuasan...?? tiada manusia yang puas dengan kehidupannya.. pasti ada benda lain yg die nk... pe2 pun bro kegersangan idea he..23x bukan gersang lain

4) bro selalu berblog selepas subuh.. if xsempat diawal pg di ofis.. if xsempat, waktu rest awal pagi.. if x.. waktu lunch.. if x, waktu petg.. if x, waktu sampai rumah.. if x waktu malam.. if x, esok je la

5) blog bro yg terkandas
- he23x (bro berpindah ke blog lain)
- kerangkabatu (tutup terus)
- belibuy (dah xaktif dah, coz dah berhosting sendiri)

BroFramestone Blog

aduka said...

x tau nape aku suka ko berblog dlm malay dari english.. :)

md nasir said...

salam..
betul tu bro,time management tu penting..kita kena konsisten,lawat blog org ngan update blog sendiri..

+akufobia+ said...

joe sweet?ha.ha.

AnakJati said...

meh jalann-jalan blog saya ... http://anakjati2009.blogspot.com/

Vee Violet ~vLockheart~ said...

tengok tue...
ada lagi nota kaki...
hahaha...
betul kata jard, taknak kenalkan kat kitorang?
:)

FarhanaDr said...

Blog dah jadi satu industri.. Heehee.. Betul tu.. Bukan snang nak kekalkan passion, matlamat yg kita sebut2 nak update sehari sekali.. Ku dah rasakan.. Huhuhu.. Mgkn perlu ubah sdikit cara dan atur strategi baru.. Heehee..

ainShahajar said...

comelnya!!!

vid tell me why tu =)

menyanyi penuh perasaan

Kujie said...

Kak Jie pun ada bnyk blog..free kan..tapi semuanya hangat2 taik itik...kalau taik ayam lebih hangat kot...huhuhu

Nur Su'aidah said...

joe: sweet gila !! ;D

Encik Mimpi said...

joe mmg kool la! hehe!

bellar0ssa said...

banyaknye blog joe.huhu cayalah..

cinta pertama memang susah nak lupa.hehe.

joe amik award kat blog aku.

Kapten said...

betul kata Jard
siapa dia??????

Nurul Hidayah Bt Jamal said...

comel ada bakat hebat budak tu nyanyi.
mmg susah nk post belog. tanamkan minat berterusan utk blog jea.
sweet. ler, patutla blog bi hang dah tadek post :'( sapakah gerangan nya cinta slow2.
Cinta kan Allah berterusan~

AyanaAsham said...

blog ok lagi la pd fb wat mase ni.ngehehe
hlg mood pd fb kdg2

nursarah said...

3 bulan pertama aku berblog tak penah pk pasal 'masa depan blog', taktau pasal traffic segala, hanya tulis blog sesedap rasa.

joegrimjow said...

ben, thx u, hoho

wanie, teori terbukti la kan? ;)

jeff, sama2

joegrimjow said...

bro, xtau plak banyak blog, hehe

aduka, mgkin english ku xpower lagi kot.

vee, biarlah rahsia

mimpi, kool? hehe

joegrimjow said...

bella, thx u, susah aje ;)

kapten, xmo xmo, nanti2 la

sarah, sesedap rasa tu yg susah nak maintain tu

Azel Hojoin said...

salam
thank you bagi info ttg blog
sgt hrgai
:)

nurinkhairi said...
This comment has been removed by the author.
nurinkhairi said...

eh aku setuju dgn sorang commenter yg tulis, sharif

kalau tujuan utama blog mainly untuk dpt duit, blog jd hambar and restricted to one broad topic (contoh: kereta). which can be good kalau orang tu ske topic tu. kalau orang lain yg x ske pasal kereta, mmg that's the first n last time aa lawat

lagi satu point dia (i.e. krn mengejar populariti, cam ko aa hahaha!) , aku kurang gemar follow blog tu kalau mmg aku x suka. a lot of bloggers mutually agree to follow each others' blogs to increase each others' traffic. tp kalau dah mmg blog dia mmg bagi aku x best lgsung or xde kaitan with me (cth: bukan sheffielder, bukan rakan sekolah etc), apakah aku nak follow jugak and baca and comment slalu?

ada orang guna search engine and forums instead of mutual interest in reading (cam aku). returning visitors + unique hits.

pjg lak merepek.

teruskan usaha blogging. time aku start blog dulu, aku rasa aku dgn iman je yg ada blog among malaysian sheffield ni haha. skarang perkembangan positif. :)

yusuf mujahidin ™ said...

salam jo

aku salu nk komen blog ko ni....
tp asik dpt last je...hahahak

tensen!

joegrimjow said...

banyak org komen panjang2
suke2
;)

Free Makeup said...

Thanks!!!!

ARieF said...

yea..
i got reason to blogging..
memburu awek2 cun..
hahaha.

nice info bro..
thnxs

mahaliul falah said...

kulonunwon..!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW