Share

BIG WEEKEND (2) : nasyeed extravaganza

26 january 1.00 pagi

'joe, kita ada masalah besar ni'

'nape? pencuri masuk lagi ke?'



'tak tak, ni pasal in team'

'nape dengan dieorang? dah sepatutnya sampai kat london kan?'



'tu la masalahnya. dieorang kene tahan kat uk boarder!'

'haa? dah tu? macam mana?'



'entah....'

'berapa ramai yang tahu?'



'aku, ko dan eica je, eica bgtau aku tadi'

'elok la tu, jangan bgtau ramai ramai. lagipun masalah ni tak confirm lagi sama ada dieorang kene balik ke tak. ko bgtau sarimi, nanti esok kita buat meeting'



keesokkannya, sayang sekali, semasa naik bas ke masjid untuk sembahyang jumaat, ada orang bgtau yang inteam dah balik. haiiipppp???? macam mana dieorang lebih tahu dari aku ni? sedangkan yang sepatutnya tahu ada beberapa orang je. ditanya dari mana dapat tahu, facebook. haha, memang facebook penyebar berita yang sungguh cepat


meeting tergempar


selepas solat jumaat, nampaknya kesemua komiti dah tau tentang ni. tiada lagi rahsia. dari jauh tengok eica dah berair mata. haaai akak eica ni, dah besar besar pun nak nangis. sebab NEXT tinggal 2 hari je lagi, memang tak tahu nak buat apa dah. call ustaz erfino tanya status in team


katanya, kita dah tak boleh berbuat apa apa, high commissioner malaysia pun dah tak boleh buat apa apa dengan pasukan in team yang dipaksa balik semula ke malaysia. memang sedih, 13 jam perjalanan ke uk, terpaksa berpatah balik semula ke malaysia. kejam kan? itulah UK namanya, cukup skima! kami mengambil inisiatif dengan menghantar surat rayuan kepada UK boarder, tapi tiada balasan. hurmm, dah cuba terbaik untuk menyelamatkan keadaan, tapi tidak berdaya juga....



nasib baik!!



seorang ahli kumpulan in team yang sememangnya sudah sampai dahulu sebab bercuti dengan ahli keluarga (abang amin) bersetuku untuk terus membuat persembahan di NEXT. fuuh, lega rasanya sebab abang amin mahu juga buat. ye lah, sebab kekuatan in team bukan pada solo, tapi secara berkumpulan. nasib baik 'sporting' abang amin untuk teruskan juga persembahan, lega di pihak kami


hari jumaat


sebanyak 7 team bertanding. sheff 1 yang diketuai oleh flatmate juga masuk. wah wah, memang mengharapkan kemenangan kepada dieorang sebab berlatih tiap tiap malam. memang kalau menang pun berbaloi. 6 lagi adalah dari manchester, leeds, london, warwick, ireland, leicester. sememangnya kesemua team amat hebat semuanya! kagum


tiada masalah besar


sebab NEXT merupakan acara dewan, memang takde masalah teknikal sangat yang dihadapi. semua perjalanan berjalan dengan lancar. permulaan majlis di mulakan dengan persembahan 'gendang' oleh mat saleh mat saleh. haa, mat saleh pun join nasyeed jugak ok. berdakwah pada mereka ;-)



awet mat saleh yang bersamba


samba samba



host anda!!

kali ini NEXT membawa kelainan dengan menukar mc kepada host. bezanya, lebih kepada tidak formal dan duo kali ni dipilih adalah amar n ikram. sememangnya kedua dua mantap berbicara dalam bi. debater katakan. tahniah kepada host!


amar n ikram menjadi host



persembahan


selepas perasmian oleh yang berbahagia tuan pengarah, maka NEXT dimulakan dengan rasminya, kesemua team yang membuat pertandingan, pendapat personal, kesemuanya cukup hebat dan lebih berkualiti dari tahun berikutnya, memang susah hakim nak pilih!



sheff one



munawwar


warwick



leeds


leicester



london


manchester


lakonan classmate


ada satu video yang ditayangkan semasa NEXT mengenai true meaning of love. haha, memang lawak tengok video tu. walaupun masa NEXT adalah kali kedua aku tengok (sebab dah tengok sebelum ni, hehe) masih lagi gelak tengok video ni. classmate aku, zalina, freda, yana belakon. huiyoo. tak sangka bakat besar ye. ok, sebab masa NEXT tak tunjuk habis sebab ada masalah teknikal. kat sini boleh tengok yang full versionnya. tahniah kepada yang membuat video ni! kagum kagum






persembahan in team


wakil in team iaitu abang amin memberikan persembahan yang begitu mantap sekali. jelas nampak bagaimana professional membuat kerja. memang sistem suara semua dijaga untuk memberi kualiti yang terbaik. suaranya pun, fuhhh, mantap tersangat gitu. merdu sungguh. terima kasih kat abang amin untuk persembahan yang menakjubkan! ustaz erfino pun ada jugak join. duet, sungguh mempersonakan. yang paling tak tahan, masa dipanggil semua untuk nyanyi sama sama, ku pon join, tiba tiba uwais datang. haha, gaya dukung anak semasa nyanyi memang menjatuhkan saham ke tempat terendah sekali. apa apa, enjoy dengan persembahan abang amin! top notch




video nyanyian abang amin dengan ustaz erfino



abang amin



abang amin dengan ustaz erfino


nyanyian beramai ramai


nyanyi bersama.... uwaiisss


interpal


tahun ni jugak untuk julungnya cek diberi kepada pihak yang sepatutnya. NEXT sememangnya dianjurkan untuk charity. jadi tahun ni pihak interpal dipanggil untuk menerima sumbangan dari pihak kami. kebetulan yang datang tu, pak arab ke apa, sebab kagum dengan NEXT, terus dia nak sponsor untuk tahun depan. wawah, nampaknya NEXT dah ada sponsor awal ni ;-)


sarimi(director SG) pengarah MSD, wakil interpal, aku



tokoh NEXT


untuk tahun ni, kami adakan tokoh cinta. sebab tema NEXT adalah true meaning of love (tema kontes dulu tuu) jadi tokoh cinta yang dipilih. kami memilih dr MA, mas afzal yang merupakan orang kuat NEXT. sepanjang tempohnya di sheffield, begitu banyak usaha yang dia buat untuk memajukan NEXT dari tahun ke tahun. dan tahun ini, walaupun dia tidak dapat hadir sebab bergelut dengan cancer di malaysia, roh dan semangatnya berada bersama kami. thank u mas!



pemenangnya adalah


memang susah mahu jadi hakim untuk memilih. tapi dalam satu pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. bagiku, memang semua adalah pemenang. kepada yang tidak menang, jumpa lagi tahun depan dengan latihan yang lebih mantoooppp





pertama:
leeds

kedua:
london


ketiga:
manchester


vote penonton terbanyak:
munawwar


nampaknya sheff one kalah. tak pe tak pe. persembahan dari tuan rumah memang mantap habis lah! tahniah di ucapkan. yang penting, gambar aku yang takde kene mengene dengan pertandingan ni kena ada. tuan empunya blog, suka hati lah. ;-)


eh eh, dah menang dah?


positif feedback


hampir kesemua yang datang memberikan ucapan tahniah sebab penganjuran. abang besar dari leeds, hilfi, abang kacak dari manchester, ben, abang sore sedap dari london, famy dan banyak lagilah nak cakap satu satu, semua berpuas hati. tahniah kepada komiti next

sarimi
qilot
farah
ieca
sopi
zakco
jojo
izwan
nadia
taufik
fiza


banyak lagi la nak sebut ni.huhu. semua volunteer juga semuanya bersemangat dalam menjayakan NEXT untuk menjadikan NEXT satu pengalaman yang menakjubkan. tahniah sekali lagi. jumpa lagi di NEXT tahun depan (nak jadi peserta la pulak!)


pss, ramai yang tanya apa jawatan aku dalam SG dan NEXT, sebagai presiden SMSA, tanggungjawab aku adalah sebagai advisor. bukan hebat sangat pun, setakat boleh tolong, ku tolong. dah terjawab kan? ;-)


nota kaki : akhirnya habis jugak mengupdate weekend@sheffield ni. nantikan pengumuman contest weekend@sheffield!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

25 ulasan:

Jard The Great berkata...

abg amin da kawen.. uwaaaa. =p

i'msosupernotcool berkata...

i dont read dat much..
just browse thru ur pictures..
n dat awek mat saleh is damn gorge.. haha

Tanpa Nama berkata...

eh budak kecik je kew boleh nangis? haha..anyway, thank you jo!!!advisor lagi penat dari kami!

ampun x dapat menjalankan tgjawab sebaik mungkin..

joegrimjow berkata...

akak jard, abang tak kawen banyak lagi kot, cari je ;)

joegrimjow berkata...

eica, pasan x ejaan nama salah? haha, malas nak betolkan da. hehe

green berkata...

tahniah~~

Tanpa Nama berkata...

nape kena tahan di UK broader?

Unknown berkata...

cambest je...

oppa qi berkata...

lagu apa la mat saleh tu bawak ek??intifada???

et berkata...

ouh,sadis sekali.abes tu,tiket balik inteam tu d sponser ke kne tanggung sdrik? aisy..sgt skema.sadis2.xpe2.ade hikmah tu.huk3.

Unknown berkata...

Allah maha kuasa,makhluk tiada kuasa.
Ujian iman utk hikmah dari Allah.
Alhamdulillah semua slmt & berjaya.
"Hujan emas di negeri org,hujan batu di negeri sendiri,baik lagi negeri sendiri (yg baru hujan smlm dgn lebatnya...Alllahumma soyyiban nafi'aa)"
All d best utk sume di sana.
Maaf zahir batin dari kami di sini.
Jazakullahukhairan kathira.
Ilalliqa',Ma'assalamah.

fara berkata...

Ske aktiviti camni.

stiap prog ade cabarannya.
tp bende tu yg akhirnye menguatkan sume ahli team yg handle program tu!

windu plak mase study dlu...
kenangan terindah...
memang best!

MyaFiza berkata...

tahniah...
tp..nape grup inteam dipaksa balik?

Mimie.Candy Cane berkata...

sy pernah berkawan dengan adik abg amin masa kt kolej ..baik sangat.

ape pun,pertandingan yang menarik..seronok tengok gambar peserta2 yg mengambil bahagian..

Nazz@Purple berkata...

tahniah...tahniah..bestnya..=)

Ibu Ammar berkata...

menarik!

gambar last terpaling menarik..phheeww!

JMR berkata...

nape inteam kn tahan?

Hizami Li berkata...

oh.
aku nampak iqbal n taufiq dlm group sheff one.
;D

vidadarisakura berkata...

wah........speechless.hee

su_zul berkata...

tahniah juga untuk NEXT dan Sheffield Games. Amboi, letak gambar dukung uwais..da promote diri la tu..hu3

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Abang hazamin kan nama dia? Mcm muka hang.. Hik hik.. Ku nengok gambar pon ku berkenan dgn leeds.. Weeeeeee.. ;p

mukasurat17 berkata...

ooowhhh aku aku ske tgk muke dia ni nama nya amin...


tahniah mng!!! oyeah!

Firol berkata...

lepas ni sure in team bersara awal..joe boleh buat kmpln nasyid

yiqin's berkata...

Wow. Best ye dapat study oversea.

Suhaila berkata...

TAHNIAH pada semua AJK yang telah menjayakan SG & NEXT 2010. Semua dah buat yang terbaik. Moga program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.

p/s- Joe dukung Uwais ade gaya boleh jadi bapa dah..nnti saham lagi naik la :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW