Share

tutorial : mengetahui mana yang perlu

terbaca dalam satu blog (dah lama, link dah tak jumpa) mengenai ayat yang ditepi blognya. ada satu ayat yang indah dan membuat diri ini terkesima sekejap. bagai jantung berhenti mahu menghayati bait bait perkataan itu. ok, ini terlampau over pula



setiap masa kalian di blog ini adalah hutang bagiku
ku harap hutang ini dapat ku jelaskan di akhirat nanti
dengan kalian membaca karanganku secara berilmiah



erkk, beberapa perkataan yang buat terfikir sekejap. blog.... hutang.... akhirat.... ilmiah... tengok? adakah blog ini membawa hutang yang akan dituntut di akhirat melainkan entry yang berilmiah? haa! sebab itu buat aku terfikir. disebabkan blog ini boleh melalaikan dan juga kebaikkannya banyak, kita ambil kesempatan ini untuk hanya menggunakan kebaikkannya sahaja. ok?



apa yang penting?


masa yang diperuntukkan sememangnya sama 24 jam seorang. tapi kalau ada apa apa kerja, pasti kualiti yang dohasilkan sangat sangat berbeza dari seorang ke orang yang lain. kenapa? ini disebabkan walaupun mempunyai masa yang sama, tapi penjagaan masa yang dilakukan amatlah berlainan. contoh mudah berblog, kita ketepikan artis yang sememangnya kalau buat blog pasti ramai yang baca, kita ambil blogger2 yang glamer disebabkan blog. kenapa kualiti blog kita dengan blog mereka yang hebat hebat ini jauh berbeza? jom kita lihat bagaimana. kali ini kita bagi contoh yang general, dalam kehidupan seharian






graf diatas menunjukkan (macam karangan BM pula) 4 suku yang boleh kita pecahkan kepada 4. ada penting dan urgent, ada tak penting dan urgent, ada tak penting dan urgent dan ada tak penting dan tak urgent. bila kita mengasingkan segala aktiviti kita dalam suku suku ini, sudah pasti kita akan lihat bagaimana masa kita di'bazirkan' dalam seharian


senaraikan aktiviti yang kita buat dalam seharian

tidur
blogwalking
tulis entry bagus dalam blog
berfacebook
pergi kelas
buat tutorial
study
makan
minum
mandi
bersukan
meeting
main playstation
baca buku ilmiah
baca alquran
kerja part time
meeting
masak
bersosial
bercuti rehat minda
melihat blog sendiri dan tersengih sorang sorang



ok, ini antara aktiviti aktiviti normal yang kita lakukan dalam seharian. errkk, apsal banyak sangat main main ni? hehe, layan je la ye kawan kawan. sekarang jom kita agihkan dalam jadual yang kita sediakan tadi



tak penting dan tak urgent
perkara ini adalah paling tak penting. peruntukan masa untuk benda ini adalah tak banyak sangat sebab kalau tiada pun takpe. kena pandai agih agihkan supaya banyak benda yang lagi penting kita buatkan


contoh :
berfacebook
blogwalking
main playstation
mandi (apakah???)




tak penting dan urgent
ada sesetengah perkara, walaupun tak penting, kita perlu lakukan dalam masa terdekat. conth aktiviti ini adalah perkara yang melibatkan orang lain ataupun kesihatan badan, kalau bertangguh, akan mengakibatkan kemarahan orang


contoh :
masak (kene ikut masa selalu!)
tidur (macam baby pulak)




penting dan tak urgent
kita sudah masuk part yang penting tapi tak perlu kita lakukan dalam masa terdekat. peruntukan masa untuk benda ini adalah paling banyak kita perlukan sebabnya kebanyakan aktiviti yang kita buat banyak yang penting, tapi tangguhkannya pun tak mengapa


contoh :
bersosial
kerja part time
study
tulis entry yang bagus dalam blog
makan
minum
baca buku berilmiah
baca alquran
bercuti rehatkan minda




penting dan urgent
perkara ini paling penting! walaupun peruntukan masa untuk lakukan benda ini tidak perlu banyak, tapi perlu dilakukan dengan terus. kalau kita gagal melakukannya, akan mendapat keburukan kepada kita sendiri.


contoh:
meeting
buat tutorial
melihat blog sendiri dan tersengih sorang sorang



ok, sampai disini saja tutorial mengetahui mana yang perlu. cayalah, benda ini amat berguna kalau kita buat. tak buat kita takkan tahu. mengikut ujian personaliti, aku adalah antara orang yang tidak bersistematik. urmm, mungkin anak bongsu? tapi takpe, dengan jadual macam ni, sedikit sebanyak dah mengubah ujian personaliti itu kepada positif. selamat beramal ;-)

dah baca tutorial yang ni?



nota kaki : selamat bermaulud semua

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 comments:

MuNsYi SaMa said...

tu la. kalo boleh, selitkn benda2 ilmiah dlm penulisan blog ini. sikit pon xpe. ingatan utk sume.

pentingkah sengih sorg2 tu? haha

MuNsYi SaMa said...
This comment has been removed by the author.
joegrimjow said...

of koz pentg
haha

FarhanaDr said...

Berusaha untuk terapkan lagi banyak benda berilmiah.. Heehee.. Ku juge suke senyum sorang2.. Blog memang boleh wat ku senyum.. :)

lea said...

kena buat jadual waktu
baru teratur sikit

Mimpi said...

Tak terfikir pulak pasal jadual...tapi ada la planning timing tu skit2.

joegrimjow said...

sama2 buat
sama2 beramal

Nurul Hidayah Bt Jamal said...

mengetahui mana yg penting dan perlu. thanks fr reminding. slmt beramal tu. mandi pentingla!

Mohd Nasri Md. Nasir said...

solat...
1st priority...
bru tgk blog n sengih sorg2...
:)

rhapsody LiN said...

most of ur en3 pun ada pengisian apa.. :))


ku nk apply lah kotak tu

Vee Violet said...

nice...
joe, nak share sthg.
joe mesti jenis yg ade target dlm hidup kan?
ape kata joe tulis dalam satu kertas...

Joe (5 tahun lepas)
Career :
Financial :
Love life :
...etc...

Joe (present)
Career :
Financial :
Love life :
Etc...

Joe (5 tahun akan datang)
Career :
Financial :
Love life :
...etc...

Insya-Allah membantu untuk buat Joe lebih jelas dgn mision & vision hidup Joe

beautiful_rose said...

erkk,siap dgn jadual sekali ehh???

geeds said...

at this time, i guess this will help the lazy me.
haha.

miloicekaw1119 said...

nmpk sgt kamu xsuke mandi..
hehhehheheeh

joegrimjow said...

mandi sekali sehari dah r
erkk
haha

lieya orange M.I. said...

...so, blog ni blh melalaikan jika kita takpandai jg masa...huhuuuu


,,,susahla nak jaga masa...yeheee=p

P A U L I N E said...

hye there.. ^^ trus terang sy kata.. memang tak pernah terlintas nak buat perbadingan seperti itu sebelum ini.. nice topic.. =)

shandye. said...

dah belajar konsep lipat kertas kepada empat bahagian ni dlm subjek pengurusan masa semester lepas.

betul2 'eye-opening' experience. selama ni aku sambil lewa je ttg semua hal.

hurm...

Najwa Najihah said...

Setuju sgt bro.post kali ni memberi manfaat yang jelas.

joegrimjow said...

macam biasa
selamat beramal

Lifesaver said...

bila ada program motivasi..sure ada jadual tu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW