Share

memahami golongan pelawat blog anda

tiba tiba bunyi macam serius je kan?
;-)


kepentingan

betapa penting untuk kita mengetahui siapa sebenarnya pelawat kita. kenapa? sebab dengan entry yang kita hasilkan, barulah ia akan bertepatan dengan mereka. jika entry yang kita selalu hasilkan menepati golongan sasaran, mereka akan kembali lagi ke blog kita seterusnya menjadi pembaca tetap.


macam mana?


terima kasih kepada nuffnang kerana menyediakan poll. poll ditepi ini sudah lama di letakkan dan sudah sampai masanya ku 'reveal' hasil daripada poll ini agar pembaca sana faham, kenapa entryku banyak sedemikian rupa, kisah pak belalang, zaman matrx, herbalife, dan macam macam lagi


membina poll


cara yang paling mudah bagi nuffnangers, setelah log in, klik ke menu poll dan jika anda tidak ada poll lagi, tekan button 'create poll' dan pastekan di sidebar agar pembaca dapat mengisinya. setelah beberapa lama, muhasabah balik poll anda dan fikir macam mana mahu mengambil 'kesempatan' dengan hasil poll yang anda perolehi


contoh hasil poll


walaupun ada orang katakan poll di blog ini tidak releve, orang saja saja je klik, tapi ku rasa tidak. sebabnya orang yang klik poll ini adalah orang yang sayangkan blog kita dengan 'bersusah payah' mengisi poll yang ada. ok, contoh hasil poll mestilah di dalam blog ini. jom kita lihat





u laki ke perempuan?



yess, perempuan lebih ramai!


memang dah agak perempuan akan lebih ramai baca blog ini. tercapai sudah cita cita, mungkin ada di kalangan pembaca blog ini akan terpikat hati seterusnya menjadi isteriku kelak. yess, lepas ini kena bersikap lebih romantik dalam setiap entry!!


penting untuk kita tahu adakah lelaki atau wanita yang suka membacablog kita. kalau macam blog aku ini, lebih kepada perempuan, 3/4 adalah perempuan, sebab itu nak tak nak pasti dalam sebulan ku masukkan juga gambar ketika memasak. ye lah, jiwa perempuan tidak suka baca panjang panjang, lebih kepada melayan gambar. erkk, betul ke? pandai pandai je buat kesimpulan


bahasa yang lebih 'anggun' dan 'sexy' juga perlu. jiwa perempuan yang lembut kalau ku gunakan perkataan 'gua' 'lu' 'bedebah' 'hang teghok' sudah pasti jiwa sensitif ini akan lari dan tiadalah yang akan melawat blog anda lagi. erkk, paham ke?


u umo berapa ya?





separuh terdiri dari umur yang sebaya. baguslah sebab ku tak perlu hipokrit lebih dengan menjadikan umurku lebih matang dengan menghasilkan entry yang berat berat. kalau umur sebaya ni, ku tahu apa yang mereka mahukan dan entry yang dihasilkan pun, sudah pasti akan kena dengan jiwa mereka


sebab dalam poll ini ada juga bertaraf 'atuk' yang baca ( 2 % ) ku akan buat juga entry pasal kena dengan jiwa mereka, contoh kedai mana yang jual gigi palsu yang paling murah. erkk???, apa apa pun, terima kasih kepada atuk atau nenek yang sudi baca blog ni.





u keje ape?




separuh lebih pembaca blog ini terdiri daripada pelajar. kalau perhatikan, banyak ku ceritakan pengalaman di sekolah, di matrx kerana entry berunsur pengalaman ini sudah pasti menarik minat pembaca golongan pelajar ini untuk membacanya


'baguslah blog mamat ni, terkenang zaman aku dulu'


'sukanya, entry ini kena dengan aku , mantap-mantap'


bila kena, blog anda akan di promote kepada kawan kawannya untuk turut mebaca sama. dan inilah yang akan menambah traffic di blog anda tanpa menyepam di blog orang lain. golongan student ini juga penting untuk kita dedahkan isu isu semasa, bagi nasihat berguna supaya sambil kita menarik mereka untuk membaca blog kita, kita dapat pahala dalam memberi nasihat. waahh, 2 in 1


tidak ketinggalan, ada juga golongan professional. hurmm, macam mana ya nak buat entry professional ni?? hurmmm


untuk berbisnes dalam blog, pastikan betullah audience anda. jika mahu jual benda mahal seperti handphone, komputer dan alat mahal lain, dan kalau yang 'unemployed'nya cecah separuh, baik tak payah. penat je promote sebab takkan beli




kemanisan berblog


walaupun orang kata untuk berblog ni tak perlu nak skima skima, tak payah poll ni semua, tak penting, tapi bagiku penting untuk mengekalkan bilangan pelawat atau visitor dalam blog ini. manisnya berblog apabila kita mempunyai pembaca tetap, setiap entry ada orang komen yang membina (stakat wah, nice entry, i klik ur nuff, nuffnang tido, mammie satu, semua tu namanya supaya anda lawat balik blog mereka tanpa baca pun entry anda) dan yang paling best, bila cerita yang anda kongsikan, unique visitor cecah 500 orang sehari, kadang kadang 800. kalau seribu lebih, ku pun tak tahu camne manisnya lagi sebab tak pernah rasa ;-)


harap entry ini bermanfaat dan jangan lupa, ada poll baru. senang senang, isilah
tersenyum lebar baca entry pak belalang kat sini. haha, thank u buat cerita pak belalang ni


nota kaki : menunggu jawapan ya atau tidak awak sangat seksa, kan bagus berterus terang je.....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

42 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

joe nak bagitahu.

yg aritu l0lly jawab poll u umo baper tu.

l0lly keliks over 50 years. MIAHHAHAHAHAHHAHAHA. S0? lalala



nota kaki l0l tak paham owh. ape yg terseksa ape yg trus trang ? ushhh mengusha awek ye ?

Mimpi said...

Mcm ada entry part dua je ni..

joegrimjow said...

hampagas punye cik lolly, tapi kire kamo lah yg atuknye
hehe

Framestone said...

he..23x joe

erm bro berdoa kamu mendapat jodoh dari berblog ek... -amin-

miss lolly pun ok je.. bro merestui he..23x

BroFramestone Blog

joegrimjow said...

thx bro
uda2 la
xmo cik lolly
lollypop nak r

Hami Asraff said...

Oh betol kata anda. Apa pun tanpa pembaca yang budiman siapalah kita kan? Aicehh ~ Weh aku rasa nak buang juga la shoutbox aku tu. Apa kata anda? Bagi2 pendapat!

chah~ said...

ayat yg di italic kn tu x ley blaa..
hahahahhaaa..

semoga dpt ape yg dihajati.. ahhahaa..

joegrimjow said...

shoutbox mmg xbest
buang je

chah, ku aminkan je.. heee

shakinah said...

hahahaa.
siot je niat nak entri romentik2.
kalau banyak sangat entry jiwang aku lari joe.
:P

FarhanaDr said...

Kah kah kah.. Cik lolly upenye atok tu.. Hahaha.. Pape pn, entry hang mmg pelbagai.. Tu yg sume suke baca.. Nanti pas hang kawen, mst lagi bnyk pngalaman yg hang nak share.. Hik hik.. ;p

~ tengkiu sbb snyum lebar baca kisah pak belalang.. yg pling ku ingat psal pak belalang.. Nak dengar satu cerita tak??? Hahahaha..

1tomyam said...

bagus sekali....mantap lagi steady

joegrimjow said...

nak nak
hehe

enyheartsdiamond said...

kdg2 org tipu lah jawab poll tu :)

bUdAk kEnTaNg said...

papehal pon blog anda mmg sempoi..
ntah2 ramai yg dok nipu gak tang umo & sex.. hahahaa...
bkn boleh caya.. :p

bro,salute ar..
toing..toing..toing..
hahaa

touyakaruma said...

Rupa-rupanya umor lolly 50 tahun ....

Dulu pun aku pernah wat survey nak tau apa yang pembaca nak , takut buat entry syork sendiri.

saypOOL rafhtello said...

xsempat nak klik..sudah tukar..

ardinihumaira said...

pekata buat entry romantik tu cepat2? bahaha! :p

syaira said...

sy nak entry romantik!keh!keh!keh!

bEEdLE d' bARd said...

en joe..
kagum sama kau.. =)

i'msosupernotcool said...

sape la pembace ko yg da thp veteran tuh..
aduh..

PuteriSatu said...

akak ke pembaca paling tua kat blog kamu ni.??

joegrimjow said...

hehe, nanti ku buat satu. okes?
hehe

ayeesha qist said...

sabar lah encik menunggu:P

cikgu isza said...

klo buat entri untuk yg berumur tapi jiwa muda leh x?

joegrimjow said...

erkk
camne tu?

et said...

ooo.bgune jugak neh.uuuu~

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.kdng2 org jwp poll pun maen2 ;p

joegrimjow said...

hehe
skit2 je kot yag memain tu

miss keroppi said...

huhu..nice blog...n3 terbaik...tp malas nak baca setiap perkataan...hehe sori..

pink_butterfly said...

joe, pe mksd nuff tdo tu? penah dpt msg cmtu tp sy x paham pon.heheh

Jard The Great said...

hehe.. insyaAllah ku akan ikut perkembangan blog neh smpi ke cucu cicit.. errr.. kalau blog neh masih wujud ar pada mase tuh.... ehehehe..

tapi pada mase skang.. tertunggu2 citer sambungan pada "nota kaki"..

MuNsYi^SaMa said...

br jwb poll br..adeh..br ingat nk klik 50thn & above..hehe

SuFy said...

ouh.....point2 penting telah diamek..trima kasih incik joe...hoho~

uNIqIKA said...

dlm memahami pelawat blog anda yg ini, sy ingin bertanya..knape la contest tu tak dbuat sbg sticky mood??susah bebenar kalo nk dirujuk blk... nk hntr pyertaan ni

joegrimjow said...

er,, sticky mode akan ganggu pembacaan org, hehe

shapikapikabon said...

suka la tu ramai babes kat sini.

p.s : haha.

Nilzaf Melati said...

saya suka blog ini!

Syima Syaz said...

analisis blog joe...
=)

adawiah.zaini said...

xtau knp tp aku rasa ni entri plg kelakar. (bg aku je) gelak terkekeh2 plk. anehhh~

Lifesaver said...

blog laki..mesti ramai pompuan...hik3

eNaSaN said...

joe..


memang dah agak perempuan akan lebih ramai baca blog ini. tercapai sudah cita cita, mungkin ada di kalangan pembaca blog ini akan terpikat hati seterusnya menjadi isteriku kelak. yess, lepas ini kena bersikap lebih romantik dalam setiap entry!!



heheheheh ayaT x menahan la kamu nie....kuikuikui.... Gud lucK moga ko jumpa ape yg ko cari hik3...

NyNaA said...

suke baca sebab mungkin pemikiran remaja ni serupa dan penyampaian pun sempoi..kelakar dan tak berat kepala..i likee

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW