Share

bnyak masalah

ada kala dah ditimpa musibah baru nak beringat
masa tu
semua dah jadi bubur
semua dah jadi kabur
semua dah terkubur


nak guna seluruh keringat yang ada pun
mustahil nak patah balik ke keadaan statik asal


napa susah sangat untuk beringat
kalau lah beringat di awal-awalan zaman
mungkin masalah tak menimpa diri
keadaan pun menjadi senang gembira


semua tu datangnya dari yang maha esa
yang baik ke
yang buruk ke
semua dari DIA


berkawan dengan peniaga burger
jawapannya hari2 kenyang makan burger free



berkawan dengan penebar roti canai
jawapannya hari2 kenyang makan roti canai free


tapi


berkawan dengan pencuri
hari2 barang kene curi



berkawan dengan penipu
hari2 kene tipu





>>><<<
2 event
2 hari berlainan

pergi yang sana bagus
pergi yang sini tak brapa bagus

nak puaskan hati semua pihak
memang tidak boleh sebab tidak mampu

mengelak tahi kucing
terkene tahi anjing
mungkin berdiam diri satu idea bijak
haishhh

>>><<<
4 paper
5 result

last minute study
hasilnya memang la macam ni
runsing.....

dulu pikir class 1 atau 2.1
sekarang lulus atau tidak

besar skala jurang markah
haishhhh

>>><<<

rumah ber4
duduk ber5


kadang2 1 boleh bawa kerisauan kepada 4
tak pa la,
4 member kepada si1
kene lah beralah
kan best kalau si1 mengangap 4 tu member jugak
mungkin satel masalah
haishhh

>>><<<
nak 5ribu
ada 2ribu

besar duit yang takda dari ada
mana nak tampung duit yang tak da tu?

nak korek?
nak gali?
nak tunggu jatuh dari langit?

atau pun berfikiran positif selalu
haishhhhh

>>><<<
semua masalah ada penyelesaian
bukannya berat mana sangat
banyak jatuhnya ke kita tak penting
yang penting berapa kali kita bangun
kan dah tulis benda ni?


nota usrah
sebab kenapa perlu berdakwah kerana
--->prinsip
--->hukum
--->survival ummah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

an an an

(sila pause dlu lagu di kotak paling bawah sebelah kanan untuk effect yang bagus)

kalau naik perahu
tidak akan sampai ke malaysia
itupun kalau bertolak dari uk
mustahil la...........

sebab tu direkanye kapal terbang
boleh terbang jauh2
apa cerita pulak kalau terhempas
probability untuk terhempas
5 dalam sebillion
memang boleh dikatakan selamat

apa cara lagi nak selamat?
dah xde benda ke kat dunia ni
yang boleh mengangkut manusia
dari satu tempat
ke satu tempat dengan sekejap saja?

sora wo jyuuni tobita ina
hai takekoputa

pernah dengar tak?
pernah kan?

hurmmm

susah bagi yang tak tahu
tapi kalau dah sambung
mesti tau

sora wo jyuuni tobita ina
hai takekoputa
an an an
tottemo daisuki
dorae....mon
(minit ke 0.36-0.51 lagu kat bawah)

tahu kan?
pernah kan dengar
ni la salah satu cara org eksploitasi ayat quran

bagi ayat sparuh2
ape kejadahnya
bagi yang bengang campo jahil
ada sikit2 xmo blaja
trime je bulat
last2
murtad xsengaja
masyaallah
mintak2 dijauhkan

ayat alquran itu indah
kalau nak tafsir
kene ada kemahiran
dan bukan calang2 org boleh tafsir
ada ayat yang berkaitan
bersambung dengan ayat berikutnya
baru menjadi jelas

kalau tak....
jadilah macam kisah diatas
lagu doraemon tuu

berbalik semula kisah pengankutan tadi
ada ke tak?
kaitkan dengan cerita doraemon
ok ok ok

mesin merentas masa

hurmmm
kan senang kalau ada benda ni
semua jadi mudah
nak balik malaysia
tak payah beli2 tiket
bukak pintu
dah sampai umah
senangnyaaaaaaa
hari2 boleh makan budu
hari2 boleh makan kopok leko

mustahil ke?
ye la, mana boleh macam tu.
ish2

situasi 1
masa nak cipta kapal terbang
wright brothers....
bukan ke dieorg di label bodoh
bengong dan sewaktu dengannya
masa dieorg ckp nak terbangkan manusia
buat punya buat
last2
sekarang ni benda tu tak dah siap boleh sampai ke angkasa raya
mustahil ke?


situasi 2
cube imaginasi kita hidup di zaman batu
nak nak pulak yang org batu tu pandai speaking mlayu
cite kat dieorg pasal handphone
bukan ke nanti dieorg cakap bengong kat kita
mana boleh brotherrr
cakap kat sini
orang 3 km boleh dengar
bengong
sekarang?
sapa yang bengong?
tak mustahil kan?

situasi 1 n 2
sama saja
teknologi
tiada batasan
cuma sapa yg dapat
die yg terkenal
2 je
pakat2 la kita berlumba

mencari sesenduk ilmu
dicampur sikit sesuap ketabahan
nak sedap lagi taburlah secubit kerajinan
dan jagn lupa sepinggan ketakwaan

menu lengkap
sedap
semua manfaat

mesin merentas masa
tak mustahilkan?


video

nak balik umah.......

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

weekend di sheffield

weekend di cepil
JOM sama2 dtg cepil
ada games n nyanyi2
bercharity sambil berhibur
akan ada satu booth mantap akan dibuka
sama2 meriahkan

Photo of a big bunny rabbit!

mau order tiket?
beli
tak rugi
beramal dengan bersedekah
ada peluang untuk menang hadiah BESAR(klik gambo)

taip NEXT09 dan hantar ke
07517451072 atau 07595601848

mau daftar team?atau saja2 nak nyanyi solo?
boley, bile lagi nak tunjuk bakat(klik gambo atas)
hanya 3 lagi tempat kosong

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

excited sebab liverpool menang
yahuuuu

tapi malang tiket da sold out
huhuk

nota kaki:
penggunaan bahasa melayu diatas sama sekali salah. hanya kegembiraan penulis semata-mata

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

seri je??xde la hebat sangt

0-0

game yg buhsan
man u o
intermilan 0

haha, saje nak bagi peminat man u berapi. ok la game, xboring sangat. tapi xde goal, 2 yg jadi boring.
plik jugak camne rooney ley kene kad kuning, entah la. nasib badan

nanti lawan di old trafford plak. kene cari tiket ni.







esok liverpool lawan, yahuuuu
blasah real madrid teruk2

yeeehhaaaa

-gambo anfield xde, sebab macam gudang, sedey jeee-

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

memilih dan juga menutup

hawa dicipta di tulang rusuk adam
bukan di tulang tengkuk untuk disanjung
bukan juga ditulang kaki untuk diterajang
tapi dirusuk untuk didampingi

hurmmm

sebenarnya tadi sempat menghadiri satu sesi talk sepena islam awareness week. tajuk memang menarik walaupun tidak berapa kene dengan jiwa. tapi untuk ilmu, memang cukup berbaloi untuk pergi.

islam and feminism

memang menarik. penceramah pun kira ok. isu yang dikupas pun cukup mendalam n ada beberapa perkara yang dapat sepanjang sejam suku

memilih

kalau si anu (lelaki)
mahu meminang si ani ( pompuan)
si ani ada hak untuk memilih
tiada paksaan
kalau setuju
on
kalau tidak
xon
senang aje
dalam islam
kawin itu satu agreement
kalau agreement ini tidak dipersetujui oleh 2 2 pihak
bukan nama agreement
bukan namanya perkahwinan
contoh isteri pertama prophet (peace be upon him)
khadijah
sama macam nama ibuku
walaupun seorang usahawan berjaya
sangat2 berjaya
status lebeh kurang billionaire kalau sekarang
memilih prophet (peace be upon him) sebagai suami
yang muda 15 tahun darinya
prophet (peace be upon him) setuju atas dasar cinta suci
on aje sebab wujud agreement

menutup

terlupa
apa rasional kita memakai baju?
si anu atau si ani
pakai baju sebab mahu tutup anggota badan
salah
tujuannya satu
kerana si maha pencipta
terlupa isi yang sangt penting ini
nasib baik ada yang mengingati
apa2 perbuatan yang dibuat
hanya kerana si maha pencipta
cukup mudah
tapi sukar diamalkan
tidak menjadi hairan kalau ditanya kepada seseorang
kenapa memakai baju
sebabnya kerana allah
kenapa perempuan memakai hijab
sebabnya kerana allah
jadi kita ni dikalangan mana?
aku dulu pun terlupa perihal ini
pakaian dibeli berjenama+mahal
tidak salah
kalau kerana allah
salah
kalau untuk bergaya
astaghfirullah
terpesong aku jauh dari landasanmu...


cukup 2,
bukan untuk mana2 perempuan,
tapi untuk diriku,
bekalan ilmu untuk isteriku nanti,
bekalan pengetahuan untuk anakku nanti

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

the girl under the green scarft

hujung minggu yang mengenyangkan. lebih tepat ahad yang mengenyangkan. tiap2 jam makan.

10.00am - maggie
11.00am - nasi dengan kari hot dog
12.30am - fries
1.00pm - yama sushi

haishh, no wonder berat dah naik. timbang tadi terkejut, 74.9. arghhh, da 6 bulan meninggalkan angka 75. nasib baik xsampai. klu tak, memang teruk. memang tak dinafikan. minggu ni memang banyak makan. nak dikira duit, memang teruk. baru minggu lepas kluarkan duit 200 pound, da tinggal 5 pound dalam wallet.

ish3.

petang ahad juga habiskan masa dengan kawan secoursemate menonton wayang. confessions of shopaholic.

BEST
MANTAP
LUCU

3 minit terawal dah gelak2. rasanya stengah jam yang awal penuh dengan babak2 yang lucu. romantik komedi. ntah nape kawan2 pilih cite 2. layan je la. tapi worth it ditonton.

terlintas di fikiran perihal berbelanja. tengok buletin utama online smalam ada pasal cadangan insintif 5ribu untuk menukar kereta baru. mungkin agak bijak cadangan ini. sebabnya krisis ekonomi sekarang menghalang rakyat untuk berbelanja. takut.

memang waktu sekarang memang agak kurang sesuai untuk berbelanja. tapi kalau difikirkan kembali, perasaan ini tidak perlu wujud jika mempunyai jadual perancangan yang rapi. berkeluarga atau berseorangan. semua sama.

duit ekual blanje
xde duit ekual xblanje

tapi xkan nak tunggu duit xde baru tak blanje.
kene pk sendiri
kalau duit da ada 5 hinggit, xkan nak blanje lagi?
kawan kat tepi?
xyah la pinjam

cakap bising kat blakang pun tak guna
pastu mula la untuk pinjam meminjam
si mintak pinjam memang tak ingat yg dipinjam
si beri pinjam memang mudah sngt lupe
last2 hanya simpan dalam hati
dah hati jadi kusut
kusut pula betambah hitamnya
hitam pula betambah pekat
pekat itu lah yang bawa duri
duri yang cocok nilai satu hubungan..persahabatan

mudah kan untuk digadai benda tu
memang mudah
sebab tu tak ditanam dengan nilai yg bgus
juz kawan2
membe2
kengkawan
rilex sudaaa

seorang gadis yang membeli sehelai skaf
warna hijau
tahu nilai skaf itu
sebabnya berjenama
kelihatan gah bila memakai
anggun mempesona
membuat sipemandang tertoleh kali ke2
membuat sipemerhati terjeling keli ke2
rasional yang bersifat rasional

harga=120 usd
memang mahal
tapi tetap beli
sebabnya
dunia menjadi lebih baik
bagai king mendapat putera baru
pendapat peribadi
cakap2 hati yang angkuh
dilayan sampai beli akhirnya
akhir bulan dah sampai bil
baru ingat
hati 2 rupenya salah

hurmmm

berbelanja ikut kemahuan
berbelanja ikut kemampuan

mana yang betul?
boleh fikir sendiri kot...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

harga sebijik roti canai

"anney, roti canai telur satu"
"cancel2, roti canai bawang je la"
"eh eh, bawang xbest, kosong je la"


mampu tersenyum kelat


situasi yang biase kita alami semasa di kedai mamak.
80 sen kalau kosong
1.20 kalau bawang
1.50 kalau telur

dikampung?
60 sen kosong
80 sen bawang
1.00 telur
harga tahun 2005 dikampung peringat

keringat 4 kerat tulang digunakan untuk
menguli doh
menekan doh
menibar doh
menggoreng doh

hanya ini yang diminta untuk dibayar
seciput sekupang
puuuuuuuuuuuuuuun susah nak bayar

hey, kalau rasa mahal, tak payah la beli
buat sendiri
baru tahu susah ke senang buat roti canai

cakap terima kasih jauh skali
cakap kutuk macam melekat di bibir

datang mencari rezeki
datang mencari sesuap nasi
datang mencari duit

tak perlu rasa racist
who are u ladds??

at least
terima kasih
senyum

sejuk hati

haishhh
ni la budaya kita
lekang untuk berterima kasih
susah sangat ke?


mane hilang status melayu terakhir?
perempuan melayu terakhir
lelaki melayu terakhir


hurmmm

kalau pergi mekah
glamer dengan

"malaysian are very polite people"

dah tak ada dah orang sepolite orang malaysia
hipokrit?
entah

ada 2 kemungkinan

orang yang pergi haji memangnya baik2 aka yang separuh dah usianya

hipokrit

at least dengan hipokrit orang pandai berdiplomasi
boleh naikkan nama malaysia
walaupun dikalangan pak arab je

kita hurai lagi hipokrit
kalau dulu masa skolah menengah, slalu pergi surau. leader skolah kene tunjuk baik. tu namaya hipokrit
sekurang-kurangnya
hipokrit tu mampu jadikan platfom
training diri sendiri
kat cni ringan skit tulang ke masjid
xelok ke hipokrit tu?


kata cikgu HEM
minggu depan ada nazir (pemantau) nak datang ke sekolah. cikgu mahu dorm dalam keadaan tersusun hari tu. tegangkan cadar. tandas bersih. dorm kemas

alaaaa, cikgu ni tak habis-habis nak hipokrit

sesuka hati cakap kat orang 2 hipokrit
mudah je keluar ayat tu

beze cikgu HEM ni dengan orang hipokrit,
walaupun dia arahkan dorm bersih hari tu je, dia slalu cek dorm 2 atau 3 kali seminggu.

ramai budak skolah lain yang tak tahu
sebab dieorg xnampak
aku tahu die bukan hipokrit
sebab aku nampak

nampak
lihat

bukan ke ALLAH nampak apa yang kita buat??
memang nampak
astaghfirullah...


balik semula pasal terima kasih,

"anney, sedap woo roti canai, lain kali bagi la lebey skit kari ni"

senyum lebeh manis, nampak gigi putih
sapa yang tak suka untuk dirinya diterima ucapan terima kasih?
suka sangat-sangat
terima kasih la
tak susah pun
kan?









mahu pergi manchester hari ini
bukan pasal bola
tapi main ping pong
wish me luck

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cinta penggali kubur

bangun di awal pagi hari ini terkenangkan kisah lalu bersama arwah ayahku yang tersayang. entah mengapa begitu senang hati ini terkenang kisah lalu.


ku hembus keringkan air mataku..
bisa hilang bersama angan indah..
melayang pada awan..


begitu indah jika seseorang masih ada ayah untuk
dirasai.
dicintai.
dikucupi.


kasih ibu memang berlainan. kasih ayah juga berlainan.
masing-masing mempunyai kekuatan


terkenang kisah kembali bagaimana ayahku mendidik anak2nya berjaya.
cerita dari abangku
kisah dari kakakku


7 orang adik beradik. mereka ber5 memang diajar cukup2 akan erti kesusahan. cuma aku dan kakakku yang tua setahun dariku yang hanya diajar dengan cara KELEMBUTAN. mungkin disebabkan faktor umur.ayahku bukanlah seorang yang hebat dimata orang ramai. tapi cukup hebat dimata kami semua.



cerita abang sulungku

pernah dikurung didalam tandas selama sehari suntuk. ketika itu usianya hanyalah tidak sampai belasan tahun. hanya melakukan kesilapan kecil. baginya, jika ditafsir dengan fikiran yang kebudakan, pastilah kecil. ajaran mengurung selama sehari suntuk mengingatkan dirinya perihal betapa besarnya masalah yang dibuat, ingat sampai sekarang!

sekarang dia seorang doktor




kisah akak sulungku

dipulas telinga sampai merah. ayahku tidak kejam. juga tiada ilmu yang tinggi. tapi cukup tahu apa jenis pengajaran yang boleh diberi kepadanya. seorang anak perempuan kecil yang hanya mengambil barang kepunyaan kawannya, mungkin itu balasan yang patut diterima setelah berjumpa dengan kawan untuk meminta maaf

dia seorang lulusan peguam, bekerja sebagai PTD



cerita abang ke2

memang seorang yang nakal. apa yang dapat diajar oleh seorang ayah kepada anaknya yang hanya berumur setahun jagung yang nakal? pernah di ikat tangannya kedalam telaga buta, sehingga melibatkan atukku untuk membebaskannya. melastik kawannya, itulah kesilapan yang dilakukan. kejam? tidak, itulah sayang

sekarang memilik syarikat francais jepun sendiri




cerita kakak ke2

tidak elok untuk bercerita tentang kesilapan yang akakku buat. nescaya memang akan di gelak oleh koarang semua. lebih baik tidak diceritakan. memang memalukan...apa yang ayahku buat, menyuruh ibuku untuk menasihati. kadang2 naluri ibu lebih berkesan dalam menangani sesuatu situasi

sekarang juga seorang doktor




kisah abang ke3

manja menjadi bongsu selama 6 tahun sehingga kelahiran akak ke3 ku menjadikan die disayangi oleh ayahku. sayang untuk dirotan jika melakukan kesilapan. kasih untuk dimarah jika melakukan kekhilafan. inilah erti sayang. tiada alasan untuk terlepas walaupun anak bongsu. heret dirinya ke kelas tadika akibat lari masa hari pertama.

sekarang seorang akauntan



kami berdua memang tidak dilayan dengan agak keras. faktor umur? mungkin. tetapi cerita abang dan akak kami cukup membuat diri ini merasakan takut dengan ayah kami. takut inilah lahirnya perasaan hormat


setelah dirotan
disapunya ubat ketika sedang tidur

setelah dimarah
disuruhnya ibu memujuk kami



mereka ber5 telah lulus babak pertama dalam hidup. bagi diriku, inilah membuatkan diri ini untuk terus menelaah. menjadi secemerlang mereka semua. mungkin ada yang lebih hebat dari abang dan kakakku, itu bukan persoalannya. bagiku, bagaimana didikan itu menjadi agenda sesuai untuk didebat



ayah meninggalkan kami kerana pelbagai penyakit

bermula dari merokok
masa usianya lewat 30an
doktor menasihatkan dirinya berhenti merokok
dia berhenti
mungkin tidak mahu melihat
kami ber2 tiada ayah diusia setahun jagung
berkat ketabahannya
dia berjaya
awal 40an
kencing manis dikesan
bergantung akan ubat
penisilin
dan macam2 ubat lagi
darah tinggi pula menyerang
seterusnya masalah jantung
dibedah di ijn
berulang alik kami semua ke kuala lumpur
sedih ketika ayah meninggal wasiat
usia ini baru darjah 5
sedih
melihat ibuku menangis
melihat abang dan kakakku teresak
ku hanya mampu merintih
diusia itu?
itulah kufaham
allah panjangkan usia ayahku
syukur pembedahan berjaya


2 3 tahun kemudian
buah pinggan pula
banyak masalah
ayahku tabah
tidak mahu melihat diriku
berasa susah
terpaksa hemodialisis
3 kali seminggu


hingga 4 tahun
ayahku tidak tahan
tidak mampu lagi bertahan
sakit tersangat
kutahu kerana dia tidak pernah merintih
walaupun sesakit mana
glenmarie kami tuju
hospital terbaik orang katakan
tapi hanyalah buruk kami peroleh
ayahku kene strok
saat terakhir sebelum strok
kubersama dengannya


"jaga tanggungjawab tu"


ku hanya menganggap itu hanya kata2 informal
tapi itulah wasiat
ayat terakhir dari ayahku kupegang
mulut ayahku mula tidak betul
senget sebelah
doktor kami panggil
kepalanya dihantuk2
mungkin itu sakit
air mataku mula mengalir
oksigen dipasang
doktor cina mengalih tempat
ayahku kembali tenang
tapi dalam keaadaan koma
tidak sedarkan diri
buat seketika...


kata doktor, peluang untuk berjaya dalam pembedahan hanyalah 50-50. mungkin lagi teruk sebab ayahku bekas perokok tegar. ibu dan ahli keluarga yang lain tidak bersetuju untuk pembedahan. kami bawakan ke kelantan


hospital kubang kerian
hari pertama masuk ke hospital
cukup ramai yang melawat pada waktu petang
ibuku menjaga malam itu


hari ke2 di hospital
juga lagi ramai yang melawat
ku menjaganya pada petang itu
hanya bacaan yasin dapat kubuat
mengelap air matanya
tidak sedar
tapi ku pasti
ada sesuatu yang ingin dicakapnya


hari ke3 di hospital
bertambah2 ramai yang melawat
hanya kakakku yg ke3 menemaninya malam itu
kerana ada majlis bacaan yasin dirumah
9 malam
saat yasin untuk di baca
telefon berdering
dari pihak hospital
ku tidak tahu mengapa
hanya abangku menyuruh semua ke hospital
sesampai kami ke hospital
kakak ke3 menangis
dia cakap ayah dah tak da
.......................................






aku berjalan sendiri
tabah dan sabar
tanpa disedari kakiku terkoyak batu
batu mungil tetapi tajam
menusuk kecil tetapi dalam
aku pasrah

aku mahu menjadi si cinta penggali kubur
yang selalu mengingati didikan ayahku
coretan benar dibuat untuk beri pengajaran bagiku
agar lebih tabah untuk menghadapi hidup ini



nota kaki : tolong sedekahkan alfatihah kepada ayahku

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pride....may be

akhirnya sudah selesai khatam drama pride. not bad la cite die. yang paling best masa ending. cukup romantis, tak sangka drama jepun pun boleh feeling. terkenang zaman dahulu kala. tapi itu dulu. rasanya cukup mentah untuk menelaah ungkapan keramat cinta. cukup besar pengertian. bagi yang mengalaminya sekarang, peliharalah cinta itu. jangan di campur dengan unsur yang membejatkan di dalam kancah dosa. cukup pedih disana nanti

hari ini terasa gembira. 1st lab. design project berkenaan dengan antena. PRINTED ANTENNA. hurm, 1st day kira ok sebabnya cuma ambil masa 32 minit. cukup sekejap sebabnya makmal komputer untuk di simulasikan under maintainance. sabar aje la





persoalan mengenai ilmu antena. satu ungkapan yang sering kita dengar adalah terima dan hantar signal. isyarat.

dalam ilmu kejuruteraan, antena di gunakan sebagai medium untuk menghantar dan menerima gelombang elektromagnetik. lain mendalam, menukar gelombang ini kepada arus elektrik

kalau kita analogikan dalam kehidupan, perihal menerima dan menghantar selalu kita gunakan. komunikasi? mungkin hidup ini tidak lengkap jika tiada komunikasi dalam seharian.

begitu penting sekiranya ada sesuatu perkara yang ingin disampaikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. ini berkaitan dengan amanah

bimbang dengan dunia tanpa sempadan sekarang. begitu banyak sumber yang boleh di ambil untuk menjadi tatapan. menganalisis politik dunia, sifat ketidaktelusan dalam menyampaikan sesuatu maklumat, begitu mudah untuk ditafsirkan oleh si jahil it.

baca
terima
percaya

inilah sebenarnya agenda untuk merosakkan sesebuah masyarakat.
tidak perlu menghantar satu bahtera askar
tidak perlu menghantar satu armada tentara

jika sistem komunikasi berada dibawah tapak tangan, segalanya menjadi mudah. yang susah menjadi senang. yang besar menjadi kecil.

tidak perlu melalut lagi jauh. rasanya cetek ilmu ini untuk membicarakan soal politik dunia. nak tak nak, la budda min, kene ambil tahu juga. sekadar memahami sudah cukup.

politik malaysia??
hurmm
no komen. boleh berfikir dan menganalisis sendiri

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

6.00-1.10 n 1.10-12.56

semalam pergi berjalan-jalan dengan teman secoursemate. plan asal untuk pergi ke york (lebih kurang 2 jam perjalanan) terbatal kerana uncle tak buat lagi lesen recovery. meadowhall je la. mungkin lain kali.

ke meadowhall dengan kereta memang sesuatu berlainan. macam 1st time naik kereta perasaan. macam budak2. seingat otak ini, dah hampir 6 bulan tak membawa kereta. entah ingat entah tidak cara pemanduan dengan betul.

sebelum balik singgah di kebabish dan menghabiskan duit sebanyak 13.80 pound (darab 5.2=duit malaysia) memang dengan jumlah itu memang banyak sekali hidangan yang boleh dapat. kenyang sekenyang kenyangnya.

balik sahaja kerumah, setelah solat maghrib , ambil masa untuk bermanja dengan housemate. plan untuk baring2 atas katil housemate sambil berbual2 kosong. mata terkulai layu. rasa berat sekali mata ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan pk bukan2, tak ada benda terjadi antara housemate dengan ku. cume yang pelik, bangun2 sahaja sudah pukul 1.10 pagi. kesian kat housemate, tido beralaskan sleeping bed. nasib baik maghrib sudah...

sesudah solat isya, terasa ringan pula mata untuk sambung tidur. apa lagi, online time!! bukak fs, ms, fb, main chess, check yahoo, gmail n sebagainya. tetiba terlihat status ym kawan.

watching pride

buzz
buzz
buzz

pride?macam best je tajuk. bukak veoh, ada drama bersiri tajuk pride. haaa, boleh layan. tapi malangnya, subtitle bahasa spainyol. haram kejadah nak faham! nasib baik pak cik yt ade. try nasib kat pak cik yt, ADA!!!! apa lagi, layannn

episode 1
episode 2

mengambil doritos (snek)

episode 3

tersengeh sorang2

episode 3 part 3/5
episode 4

sembahyang subuh

episode 5

ambil epal,
kunyah2
makan2

episode 6

tersengeh sowang lagi

episode 6 part 2/5

perut berbunyi,
layan kerenah perut dlu

episode 7

dahaga,
layan tekak

episode 8
episode 9

warghhhhh
da pukul 11 lebih.
terpaksa stop.
nanti sambung lagi.
tapi cam tegantung je ni, layan satu lagi r

episode 10

STOP!!!

ada lagi 20 part ( lebeh kurang 4 episode kot) lagi. nanti la sambung.
best.
layan.

nasib baik ada perut, die berbunyi lagi. die la yang stopkan dariku menghabiskan cerita ini.

hurmm

mau mencari sesuap nasi. nanti tulis pasal cerita ni nanti.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

rambutku pendek kembali

rambutku telah dipotong. agak kekok dengan berambut panjang, mana taknya, xpernah lagi tak potong rambut selama 4 bulan. time kacey pada shasha(lelaki).rambut oh rambut.

semalam telah diberi kekuatan oleh allah untuk tidur di rumahNya. teman yang mengajak memang seorang teman yang boleh di jadikan sahabat. walaupun niat ada yang bercampur untuk bermain ping pong, tapi layan.

pukul 10 malam bergerak ke masjid. sampai je disana terus berhalakah dan berdiskus tentang 2 surah. agak menarik kerana sudah lama hati ini tidak terpaut dengan kalimah allah. baca tanpa memahami dengan baca dan paham, cukup-cukup berbeza. mengetahui mukjizat allah ini dengan mendalam, memang satu kepuasan yang tidak terhingga.

habis sahaja berdiskus, terus main pingpong. haha. inilah masa ditunggu-tunggu. best. dalam masjid ada meja pingpong. main punya main sampai 2 pagi.

menariknya pasal pingpong ni membuatkan diri terfikir tentang status kedudukan masjid. kalau melihat suasana di malaysia, tanah tumpah darahku, memang peranan masjid cukup jumud, tertutup.

segelintir orang mengangap masjid tempat sembahyang

ada yang jahil sikit menganggap masjid untuk sembahyang jumaat

ada lagi hanya menggunakan masjid untuk sembahyang raya sahaja

yang paling teruk, masjid sebagai tandas

hurm

masing-masing ada tanggapan. semua tak salah. cuma, jangan sempitkan pemikiran kita yang hebat ini dengan menganggap masjid mempunyai 4 fungsi itu sahaja.

salah siapa?

pemimpin?
pak imam?
penduduk setempat?
atau kita?

teringat dahulu masa tingkatan 3. ada lawatan. tapi malangnya, bas rosak di tengah jalan pukul 10 pagi. ramai-ramai menuju ke masjid, oleh kerana masjid paling dekat dengan tempat bas yang rosak. malangnya, masjid tertutup. kunci. hurmmm

teringat satu ketika dahulu di sekolah menengah, memang di wajibkan untuk ke surau untuk sembahyang berjemaah. hasilnya, surau di sekolah di makmurkan untuk 5 kali waktu solat.hurmmm

teringat semasa belajar di BMI. bangun satu pagi, dengan keinginan yang membara, mengharungi pagi yang sejuk untuk ke surau. malangnya hanya ada seorang sahaja. terpaksa azan dan teman itu jadi imam. 2 orang sahaja. hurmmm

teringat semasa di kampung. surau di jadikan tempat untuk warga emas menghabiskan sisa-sisa mereka. beribadah. siap berjemaah, menggulung rokok daun, hisap rokok sambil berbual kosong.alhamdulillah.sekurang-kurangnya ada yang memakmurkan.itu mereka. yang muda? entah la. hurmmm

hurmmm
hurmmm
hurmmm
hurmmm

moga2 keadaan ini tiada lagi nanti....

terpaksa stop sebab kawan ajak pergi jalan2, shopping

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

untungnya aku

beza dengan orang lain. sememangnya jauh ketara antara hidup aku dengan hidup dia.kenapa perlu ada perbezaan ini?

dia anak jutawan. aku anak kedana

dia budak pandai. aku budak lembap

dia pandai bersukan. aku kaki bangku

dia seorang lawa. aku muka buruk

memang ini tidak adil. kenapa perlu ada jurang sebegini? status membezakan. ramai oarang suka akannya sebab dia seorng yang lawa, pandai, kaya dan bersukan.

aku???
apa yang ada???

lembap. mahukah orang berkawan dengan si lembap?
buruk. mahukah orang berjalan bersama si buruk?
kedana. mahukah orang keluar bersama si kedana?
kaki bangku. mahukah orang bersukan dengan si kaki bangku?

mustahil. impossible. tak mungkin. takkan terjadi.

hurmmm

walauapapun. aku tetap bahagia. kerana aku masih dalam hidup dalam islam. nikmat yang terbesar.

aku bersyukur kerana di kurniakan muka yang elok. walaupun buruk. ak masih ada mata. aku juga ada hidung. mulut. telinga. semua lengkap. beza dengan dia. memang aku tidak puas hati. tapi dengan mereka. aku bersyukur. ada kalangan mereka yang tidak dikurniakan wajah yang sempurna.
buta kerana tiada mata
pekak kerana tiada telinga
bisu kerana tiada lidah

aku? bersyukur pada yang satu. dikurniakan dengan semua lengkap



hurmmm


perihal kedana. aku memang bersyukur kerana masih lagi boleh untuk makan nasi. makan roti. dan macam lagi. aku juga boleh untuk membeli barangan yang tidak seberapa mahal. banding dengan dia. bagai langit dengan bumi. dia ada BMW. rumah 3 tingkat. kalau keluar berjalan. teman semua di belanja. tapi kalau banding dengan mereka. aku sememangnya bersyukur.
mengemis kerana makan.
meminta kerana lapar.
tiada duit untuk menyuap sibiji nasi pun.


aku?? bersyukur pada yang RAHIM




hurmmm


pandai? memang satu anugerah. yang bodoh. juga anugerah. bodoh untuk belajar menjadi pandai. pandai untuk pandai bersyukur dengan nikmat yang satu. banding dengan dia. memang aku bagai tikus dan dia lah kancil. study last minute pun cemerlang. berkata-kata pun hebat.tapi banding dengan mereka. aku sangat berterima kasih. ada tempat untuk belajar. menimba ilmu yang terbentang luas. mereka?
hampar tikar untuk menuntuk ilmu
berpanas terik untuk mencari ilmu
berhujan basah untuk minimba ilmu

aku??? rasa cukup nimat dengan apa yang ada




hurmmm


kaki bangku memang tidak popular. apatah lagi sering dipandang remeh oleh teman. sakit memang sakit. sakit hati. banding dengan dia, hebat dalam bersukan. badan atlet. berketul-ketul otot. di kaki. di badan dan juga di tangan. sebuat saja apa jenis sukan. memang nama dia yang akan disebut dahulu. tapi banding dengan mereka. aku sangat bersyukur.
aku masih ada kaki untuk berlari
aku masih ada tangan untuk memukul
setakat untuk bermain suka-suka. aku boleh. mereka? mengalir air mata kerana melihat orang lain berlari. tiada kaki. menghembus hela yang panjang melihat orang lain bersuka ria. tiada tangan.

aku???cukup bersyukur


teman,
tiada guna untuk banding dengan dia yang hebat
tiada guna. memang tiada guna.

teman,
bersyukurlah dengan apa yang ada.
kerana ada mereka yang tiada apa yang kita ada

tidak rugi masa kita untuk mengucap
alhamdulillah
tiada rugi bagi kita untuk berdoa
kepada yang maha esa

basahkan bibir kita dengan ungkapan mulia
memuji kebesaranNYA

andai kita di tempat dia, bersyukurlah
andai kita di tempat mereka, bersyukurlah
andai kita di tempat kita, bersyukurlah


pss: salam hari jumaat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

laksa, karipap n kek

5.45, hari yang indah. pagi yang ceria. semngat yang baru. almaklum la, kelas hari ini 9 hingga 1. 4 jam straight. mana taknya kene ada motivasi yang tinggi. kalau tak, memang di rumah la jawabnya.

pagi yang indah juga untuk menulis blog.
sekarang menulis sambil2 mendengar lagu yuna.
dan sebenarnya.
layan ajela.

sekitar beberapa hari lepas

cooking time


sape cakap kat uk xde laksa????




sape cakap karipap tu susah nak dibuat??



sape cakap kek n muffin hanya pompuan yang boleh buat??


walaupun rupa takda
rasanya cukup sedap
semuanya tidak mustahil, selagi ada kemahuan
disitu ada jalannya.

JOM BELAJAR MEMASAK

ps:jangan percaya dengan gambar

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cinta putihku


khas coretan untukmu

kekasih putihku






Tak dinafikan kau sememangnya putih

Membuatkan nafasku menjadi letih

Kau tetap menawan bagiku wlpun kau sememangnya rupawan


Rangsangan aura yang kau miliki

Menjadikan hariku penuh dengan teka-teki

Kau tetap menawan bagiku wlpun kau sememangnya rupawan


Ku ingin sangat mendampingimu setiap masa

Tapi ku tahu tubuhmu hanyalah untuk tontonan manusia

Kau tetap menawan bagiku wlpun kau memang rupawan


Indah wajahmu tak dapat di ukir dengan pahatan kayu

Takut-takut nanti mataku terkulai layu

Kau tetap menawan bagiku wlpun kau sememangnya rupawan


Disaatku diberi peluang untuk bersamamu

Disaat diberi peluang mendekati dirimu

Bolehkah kau memaafi diriku?

Kau tetap menawan bagiku wlpun kau sememangnya rupawan


Andai kata kata-kata ini melukai hati yang kudus itu

Kan ku susun jari jemari ini untuk meminta maaf terlebih dahulu

Bukan niat untuk mencelakanmu

Apa tah lagi membuatmu sangat2 membenciku

Kau tetap menawan bagiku wlpun kau sememangnya rupawan

~~~~

Bolehkah auratmu dijaga?

Sebagaimana ibumu menjagamu

Tidak susah menjaga aurat

Apetah lagi itu sememangnya kewajipan


~~~~~

Bolehkah dirimu bangkit dari jatuh?

Sebagaimana ayahmu bangkit mencari rezeki untukmu

Tidak susah untuk bangkit

Apetah lagi itu memang untuk masa depanmu


~~~~~


Bolehkah perhiasanmu ditutup?

Sebagaimana teman-teman menutup aibmu

Tidak susah untuk menutup

Apetah lagi perhiasan itu membuat orang lain tidak senang melihatnya


Tidak bisa bagiku untuk

Berpuisi

Berpujangga

Bermadah kata

Mahupun

Bergurindam jiwa

Hanya coretan ini boleh ku lahirkan


Kata-kata mungkin sakit didengar

Apetah lagi untuk ditelan


Cakap-cakap mungin penat untuk dilakonkan

Apetah lagi untuk dilaksanakan


Nasihat itu satu tanda

Tanda seseorang itu menyayangi dirimu


Ugutan itu lahir dalam desakan

Desakan seseorang dalam keaadan terdesak

Tapi ku bukan dalam keaadan terdesak

Justeru bukan ku mengugutmu untuk berubah


Rubah itu seekor binatang

Lain pula dengan perihal berubah

Berubah itu sifatnya baik

Tambah2 lagi kearah kebaikan


apa apa pun doa dari seorang sahabat sentiasa bersamamu

aku tahu satu

Kau tetap menawan bagiku wlpun kau sememangnya rupawan


-kekasih putihku-

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

oowh mapin

hari ke dua bermulanya lambaian baru menempuh sem baru yang penuh pembaruan. tapi yang menyedihkan, hari ini terbangun lewat walhal class start pukul 9 pagi. tidur ditemani kawan di atas katil yang sama (jangan risau, tak buat pape, katil mi beso) bukan lah senyenyak yang disangka. maklum la, hidup bermasyarakat, kawan nak tumpang tidur pon, bagi je la.


8++, baru disedarkan dari mimpi yang jaga, terus mengambil wuduk untuk solat. tanpa membuka tingkap, terus menghadap ilahi.(kalau bukak tingkap konpem dah cerah). selesai berpakian, terus mengayuh basikal ke mapin.

kayuh punya kayuh, mi melihat salji yang tidak lagi segan2 mahu cair. indah sunggup salji. teringat cerita senior


"salji ni sama la macam perempuan, time die mula2 turun, fuuhh, lawa, putih. semua pon suka. orang siap ambik gambar lagi. TAPI, apabila telah panas, salji mula mencair. kadang2 menyusahkan orang. mana taknya, jalan licin, berlumpur, susah hidup. sama la macam perempuan, nak jadi HOT, make up sana, gincu sini, rantai emas berlian di sana sini, terus hilang madunya. nak pandang pun macam dah menyampah"


betul juga cerita tu, bila dah cair, susah. nak kayuh basikal pun kene agak2. tak bileh terlalu lahu, tak boleh terlalu perlahan. agak2 gitu. terus mengayuh basikal menuju ke mapin


sesampai nya di mapin, terus menuju ke LT 4, terdetik dihati, tak pernah lagi masuk dalam LT 4, tak mengapa la, sem baru, tempat mungkin baru. intai disebalik pintu, melihat semua begitu ramai orang yang tak dikenali. betul ke ni tempatnya????

intai mengintai, terperasan ada seorang teman, cam sebab die je ada tatu di tangan, tapi baik orangnya, duduk di depan. apalagi, terus mengagahkan diri untuk masuk. didalam LT4, terpinga2, mana lagi kawan mi seramai 12 orang(student malaysia). tak kan la dieorg tak sampai lagi....

syak mula mengcengkam jiwa, mungkinkah tersalah tempat? terus memberanikan diti untuk keluar dari sana. masa di depan pintu keluar, terdengar beberapa orang tergelak, mungkin dieorg gelakkan mi sebab salah tempat. apa kisah, xyah nak malu, kluar je. walaupun memang malu tahap gaban ketika itu

rupa2nya memang tersalah tengok, bukan LT4, tetapi LT14...sabo je laa

esok mahu datang awal ke kelas

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

budusnya MAXIS

Dear En. Faridzul,

Thank you for contacting Maxis.

We refer to your query via our website in regards to your Maxis Mobile 60176050346 and would like to inform that the mentioned number has been barred since the 1 December 2008 due to non payment for the past 4 months. Kindly refer below for details:

Statement date

Amount


24 September 2008

RM18.65


24 October 2008

RM74.55


24 November 2008

RM74.55


24 December 2008

RM74.55


24 January 2009

RM74.55


Total


RM316.85

Although there was no usage for the past few months the monthly commitment fee is still applicable on a monthly basis. We would also like to inform that you can suspend your Maxis Mobile line temporarily for a maximum period of 90 days. After 90 days, the line will automatically be deactivated by the system. However, should you require an extension on the suspension period; you may proceed with 1 of the following:

  • Downgrade the line as an active supplementary line
  • Convert the line to Hotlink 365 plan


We would also like to inform that you will not be able to make or receive calls once your line is suspended and there will be no charges incurred during suspension. Kindly provide the below details for verification and reconfirm your request before we could proceed further.

  • Maxis Mobile or Account Number
  • IC Number
  • Correspondence Address
  • Alternate Contact Number


We hope the above information is helpful and hope to hear from you soon. Should you require further assistance, please do not hesitate to contact us at 603 749 22123 or *120*123#.


ARGHHH, melayang duit 300 lebey, padahal xgune pon.

---dulu memang guna plan 30, mmg sah 30
tiba2 die call cakap mi guna value 50

---ok la kalau 50, still ok, tapi nape sampai 74 sbulan??
die cakap sebab charge, otak die charge sampai 50%????

---ok la ok la, silap mi sbb caye kat minah 2, nak terminate no r...
die ckp xley sbb alamat salah, WHAT THE FISH???



sapa2 ingat alamat mi?gtau la...mi dah bgtau alamat yg sebenar kat dia, guna ic lagi, die cakap salah. bila masa la plak duduk kat pasir mas? mi duk kat kota bharu, jaaaaauuuuuuhhhhh dengan pasir mas

ohh umiku, adakah rumah kita telah berpindah ke tempat lain? skrg nak sangat call umah, tapi xbley sbb semua ngah tdo, kul 2 waktu malaysia

cepat la jam berlalu....
KU BENCI MAXIS

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Otak kanan bergetar, otak kiri berdentum

dah hari ke3 mengalami kesejukan yang melampau. tak suka. ni lah perangai yg teruk, bila tak ada, mintak. dah ada, jadi jakun, lama-lama sangat, xnak plak. ingatkan snow tu hang yang punya? senang2 nak arah kan itu ini, haishh, mintak2 dijauhkan perangai tu.


mi pelik dengan beberapa kawan mi kat matrix dlu, study last-last minutes pon ley dpt 4 flat, xpon 3.8, 3.7. mi yg study tunggang terbalik, nak hafal formula kima, buat tutor math, physic xpaham siap p tanye lecturer(owh cg madihah) pon xley lepas dieorg. wujud prasaan cemburu. dieorg ni GENIUS ke?


baby ni pon nak genius gak

pandai atau genius. mungkin itu betol. untungnya orang itu kalau ada 2 entiti itu dalam diri mereka. study pon xpayah bnyak, cepat je masuk. CEMBURU? memang cemburu, kenapa lah allah tak jadikan ak seginius imam syafei, enstein pon jadilah. kenapa ek?



bestnye jadi genius.......


belajar di universiti, pun jumpa dengan orang yang sama spesis. lagi genius. kelas dengan tdo lebey kurang bnyak. tapi score jugak. haisshhh. tak ape la tak jadi genius pun, allah dah bagi akal, gunakanlah akal itu jalan yang betul. apa lagi, jadilah RAJIN.


bagi mi, untuk menjadi seorang yang berjaya, rajin n genius sama sahaja. tak perlu ada ciri seorang yang genius untuk menjadi seorang yg sukses. ramai je yang lulus pangkat satu degree bukannya cemerlang di peringkat persekolahan. kalau die genius, mestilah dari sekolah sampai la ke universiti asyik score je. logik tak?


beli benda ni pon ley buat jadi genius(gambar hiasan)

GENIUS VS RAJIN


kenapa yahudi bijak?
"sebab dieorg genius"
"dieorg sikit, allah bagi la sikit keutamaan, jadikan otak dieorang genius"
"yahudi tu sapa, tak kenal"


antara jawapan selalu diterima, tak tau sapa tu yahudi? astaghfirullah...mengucap. setelah membelek beberapa artikel mengenai yahudi, rasanya mi sepatutnya menjawab dengan jawapan ke3, TAK KENAL yahudi!!!


memang banyak perihal yahudi yang mi tak tahu. yang tahu, depa tu MUSUH ISLAM yang nyata.
tapi
sapakah mereke?
bagaimana ekonomi DUNIA dieorg conquer?
90 % perniagaan di US dieorang sebat?
dieorang serang paletine pon, kenapa pemimpin dunia duk sibuk berbincang je, xde tindakan diambil?

kenapa ek????????????????????????????????


ekonomi US dah milik dieorg


disaat memperbudakkan rakyat palestine, pimimpin dunia turut sama menjadi budak hingusan


diorang guna satu, praktik satu.
guna GENIUS
praktik KERAJINAN

ini mi dapat simpulkan melalui pembacaan mi kat laman web dieorang. mugkin akan ada entiti lain yang timbul kalau mi baca lagi panjang, nanti akan d update

so sekarang ni, xde peluang la kita nak potong dieorg. sebab dieorang GENIUS n RAJIN. sampai bila la kita akan ditindas.... itu kata mereka yg MALAS

ada satu teori dari mi yang rasasye boleh mengalahkan orang israel ini. insyaallah, orang pertama yang akan mencuba teori ini adalah mi sendiri,begini

rajin=a
genius=b

let b=a
nak jadi hebat, rajin sama je penting dengan genius


yahudi=rajin+genius=2a


mi tak genius,
tapi boleh menjadi seorang rajin


mi=rajin+rajin=2a

jadi,
mi=2a=yahudi
????????????????????????????????????????????????????


mi bukan yahudi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


apa yang akan mi buat


mi=rajin+rajin+rajin=3a
3a>2a

hasilnya? mi menang lebih satu.menjadi tanda tanya sekarang, mampukan untuk jadi rajin triple dari sekarang?hanya allah yang tahu n apa yang boleh dibuat,cuba menjadi serajin yang boleh.

mi telah membuat kajian ini keatas mi sendiri. pernah mi main chess dengan orang di negara israel. chess online. memang kalah dengan senang. keesokkannya mi lawan balik, tapi setelah membuat sedikit ulang kaji dengan bermain dengan komputer. hasilnya, mi menang. nyata RAJIN ulang kaji itu ada hasilnya.

lepas ini mahu praktikkan dalam dunia yang sebenar pula....


seorang pendakwah singapura di tahan di kastam israel. "kamu datang ke sini kamu nak berdakwah kan?" "ye" "kamu datang kesini untuk mengajak saki baki orang islam disini mengikuti ajaran allah kan" "ye" "kami akan lepaskan kamu selepas ini, kami tidak takut dengan islam kamu, selagi jemaah zohor di masjid tidak seramai sembahyang jumaat, selagi itulah kami tidak gentar dengan kebangkitan islam kamu"


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

tak salah jadi jakun

teringat cerita DRAGON BALL, telatah goku yang begitu melucukan. peristiwa bagaimana bulma menjemput dia ke bandar, setelah semua dragon ball dikumpulkan. begitu jakun. teringat satu dialog

goku: cam mana org ni boleh berada dalam kotak yg kecik ini
~~mununjukkan kearah televisyen~~
bulma: tu bukan peti, tu tv
goku: tv? apa tu?
bulma: untuk siaran baru, berita, semua guna tv.
goku: sedap x?
bulma: cuba la kalau boleh(bergurau)
goku:xsedap
~~sambil rambut mencangcang~~
bulma:&£&&!+_$£^

memang jakun betul, tv pon xkenal. goku goku, zaman tu dah berubah, rindukan cerita dragonball. versi manusia betol bulan 3 ni, tak sabar nak pergi tengok

sekarang situasi berbeza

yang jadi bulma, PENDUDUK UK n yang jadi goku, MI...haha

jakun BERMAIN SALJI!!!


ramai orang kerja makan gaji
mi suke timbus diri dalam salji


potong kayu guna gergaji
mi suka bergolek2 atas salji


pergi mekah naik haji
mi suke sembam muka dalam salji

ramainya orang pergi berzanji
mi suke berguling2 atas salji


tudunglah lauk dengan saji
mi suka meniarap atas salji

nasi adalah makanan ruji
mi suka merangkak2 atas salji




jangan berkawan dengan orang yang keji
mi suka meluncur atas salji



ada pahat ada taji
mi suka MAIN SALJI



dengar beritanya, hari ni adalah yang paling lebat dalam 18 tahun di UK. beruntungnya.yang pasti hari ini mi sangat enjoy. dan bukan saja mi yang jakun, classmates yg lain pun turut menjakunkan diri.hehe. berasa penuh kesyukuran kepada allah sehingga membuat sujud syukur(dah lama xbuat). sebabnya bukan hanya salji, tapi juga

--->dah habes exam
--->alhamdulillah paper hari ni xsesusah yg lepas, mi luv tozer
--->apa lagi, jadi jakun sebab MAIN SALJI

pss:nanti nak honeymoon dengan istri di tempat yang bersalji, sejuk la best!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Perjalananku hijrahku

nasi kalau bnyak airnya akan jadi bubur, lebih elok daripada kurang air kerna akan mentah la nasi itu

lebih2 kan lah amalan rohani kita yang menjerumus kearah kebaikan.
lebih2 kan lah senyuman kearah insan lain, mana tahu senyuman itu azimat pada mereka
lebih2 kan lah pertolongan agar tangan ini sentiasa ringan untuk berada diatas


apa yang akan terjadi kalau sebaliknya?

kemungkinan mentah la rohani kita yang sememangnya dahagakan ilmu allah yang meluas
kemungkinan juga bibir merah itu akan dibenci orang dengan cebikan yang memualkan
kemungkinan jugalah sifat peribadi akan bertambah akan comot dengan menerima segala subsidi dengan mentah2, tanpa memikirkan sinisnya pemberian itu.

sekurang-kurangnya bubur lagi sedap dari nasi mentah, tak gitu?

diikutkan roda putaran maya, yang atas kadang-kadang akan kebawah. begitu juga yang di bawah sudah pasti merasai kenikmatan, kemanisan, hulwah berada di puncak atasan. tetapi, kadang-kadang ada juga segelintir umat, berasa selesa berada di bawah.

tanpa mahu memahami bagaimana syoknya berada di atas
tanpa mahu bergerak walau sejengkal pun untuk berubah
tanpa mahu membuat seinci hijrah pun

umat ini selesa dibuai dengan status kebawahan. rugi sebenarnya mereka kerana tidak mengikut kronologi putaran maya.layunya melayu diufuk timur.
sedih...
benci...
pasrah...

kenapa mahu membiarkan tanah itu diambil orang?
ahhhh
lalang tumbuh melalang, MALAS aku nak potong
walhal kalau ditanam nenas, coco d nata la hasilnya

kenapa mahu membiarkan anak leka dengan isapan membakar duit?
ahhhh
anak aku, kau peduli apa?bukan bakar duit kau pon
walhal rakyat palastine sangat2 perlukan HABUK yang berada di dalam ashtray itu

kenapa mahu menunjuk hero dengan mengadai nama pusaka, semata2 untuk berada di atas?
ahhhh
aku hebat, orang atas sekarang cam taik, aku je layak
walhal hero pon tak kemana, balik-balik dapat zero

HEBAT, CANGGIH, KAYA, MAPAN

agak-agaknya bila umat ini akan jadi sebagaimana di atas?
rindukan saat itu
nantikan detik itu

mutahil?
ya jika kita tidak berubah
tidak jika kita berubah

hijrah
hijrah
hijrah

mr. bean lakukan hijrah dengan mengadaptasi kegeniusannya kearah lawak yang sangat bodoh
sekurang-kurangnya kita mampu bergelak ketawa.

melayu dahulu hijrah ke arah perpaduan yang sangat2 jitu, satu minda-merdekakan tanah air!!
sekurang-kurangnya kita mampu membaca pena ini sekarang

tidak boleh kah?
salah kah?
mustahil kah?

allah sentiasa ada.
doa.
pedang terbaik.
asahlah pedang itu sentiasa.
agar bertambah tajam.
agar kita mampu mengubahnya.

mi mahu hijrah
bukan kerana mi melayu
tetapi mahu merasai
KENIKMATAN HIJRAH
kamu? bila lagi??

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Perjalanan saat2 xbley lelap mata

adusssssss, kenapa mi mata sungguh ringan pagi ini untuk berjaga. dah pukul 5.02 pagi. kalau nak ikutkan sejrah, memang kali ni strugle gila2 untuk exam. ni pon mi baru balik dari ic(kire macam libry r). runsing, risau, takut, semua ada. mungkin inilah yang dikatakan demam exam. maklum la kali pertama sit exam kat luar negeri n pengalaman of coz berbeza. takut jugak untuk sit exam last ni, DIGITAL DEVICES, sebab nak tak nak paper ni kene score. semua paper ku hancus. MATH la yang paling hancus. dlu math paling senang nak score n memang tolong cover subjek lain, skrg, fuhhhhh. kelu lidah mi untuk berkata

--->ya allah, berikanlah joe class 1 dalam math n subjek lain<--- thank sebab doa wlpon xprasan berdoa td..hehe. skrg hanya bergantung harap yang MAHA ESA. harap semuanya berlalu dengan aman n damai.


mi sayang math, math pon sayang mi. mi n math saling sayang menyayangi.







semalam gak bestday one of mi classmate, datin zalina rahman. happy bestday gurl, sowwie xsempat nak beli hadiah.bagi kek kire ok la ek

allah selamatkan kamu,
allah selamatkan kamu,
allah selamatkan zalina rahman
allah selamatkan kamu.





perancangan selepas lelapkan mata kejap

masak nasi lemak
bawak bekal pergi ic
stay kat ic sampai malam
balik... tido

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW