Share

perempuan yang kuat MAKAN



baru je balik dari manchester. kali ni pergi bukan untuk jalan-jalan, tapi ada tugasan yang perlu dijalankan. baru tahu nikmat masa yang kita ada, betapa bestnya masa itu digunakan untuk jalan-jalan berbanding kalau ada masa untuk membuat tugasan...


kbs


tadi menteri dari kbs ada sekali. belia dan sukan. jumpa dengan menteri depan-depan ni baru boleh tahu macam mana karisma dia. karisma ke tak, kena la jumpa sendiri, tak mo bgtau.(lalala~) ada beberapa perkara menarik yang dia sampaikan.


di manchester, ada pertandingan dunia trek basikal yang mana ada pelumba basikal dari malaysia datang berlumba juga. tak ingat dah nama dia sapa, tapi memang pelumba basikal tu memang tengah femes sekarang dan memang ada orang sasarkan dia untuk memenangi pingat emas sukan olimpik di london. harap dapat la kan



pingat emas


tahun lepas olimpik di beijing kita dah kempunan pingat emas dari dato lee chong wei. kalah MUDAH dengan lin dan. ingat lagi? aku masih ingat yang permainan tu lee chong wei cukup mudah dikalahkan. aigoo. memang frust sebab rakyat malaysia memang mengharapkan ada kilauan emas dari lee chong wei. nak marah pun ada kat dia masa tu, kalau kalah dengan bagi fight, ok jugak!!


tapi kan


kalau kita letak diri kita di tempat dia, mana nak lalu makan nasi duk fikir seluruh rakyat malaysia mengharapkan pingat emas. mestilah gemuruh tahap gaban punya. mungkin itulah antara faktor kalah denga mudah. takpe, london 2012 ni masih ada, harap lee chong wei dapat menang kat sana nanati. yeeaahhh!!


bukan ni yang dikongsi tadi oleh menteri kbs tadi, pasal lain. hehe, melalut pulak. apa yang dikongsi oleh beliau, orang malaysia memang SUKA mengharapkan bantuan dari kerajaan. hurmm, memang kena dengan point dia tu, sebab kalau tengok acara-acara sukan terutama di luar negara, contoh uk sendiri, tak ramai yang bagi sokongan akan pasukan negara


contohnya yang berlaku pada pelumba basikal negara tu. nak ikutkan ramai pelajar malaysia di manchester tapi cukup sedikit, boleh dikatakan takde pon yang datang menyokong. walaupun cara menteri tu sampaikan dalam keadaan bergurau, tapi point dia cukup kena dengan situasi sekarang


memang betul


ramai yang suka libatkan diri dengan acara-acara yang boleh beri keuntungan terus pada diri sendiri. ye la, menyokong orang kita ni, apa yang kita dapat selain tekak kering? itulah sebenarnya yang berlaku dan patut kita ubah. taknak kita la, tak layak lagi, yang patut AKU ubah. apa-apa, mesti nak cari kepentingan diri sendiri dulu!


benda ni memang susah nak diubah dengan drastik, kena ambil masa yang cukup panjang untuk ubah. tapi kalau tak ubah sekarang, bila lagi kan? kat sini banyak bentuk JALANKAN SESUATU TANPA KEPENTINGAN PERIBADI, contohnya volunteering dan juga charity. 2 benda ni platform terbaik untuk ubah. ok, start esok. YAKIN BOLEH!!!



perempuan kuat makan



punya la panjang mukaddimah. hahaha, so pasal tajuk ni, kita buat cite pendek2 je la, ok? hehe. sensitif sangat kan. hari ni terjumpa dengan seorang perempuan yang kuat makan. tuhan sajalah yang tahu betapa kuatnya dia makan. ishh, timbul pulak rasa kesian, perempuan ni biar betul, tak pernah makan ke apa?


badan ok


badan dia takde lah gemuk sangat. ok je. tapi kan, jaga-jaga lah sikit makan tu. ni sampai tak ingat dunia makan. kiri kanan tak nampak dah. dah la perempuan tu lawa (sempat lagiu memuji) hilang habis kecantikan muka dek makan dengan banyak. haha, siyes, kalau korang tengok, mesti tak sangka perempuan cantik camtu makan banyak


hipotesis?
semakin lawa perempuan itu semakin kuat dia makan


lalala~


nota kaki : jagalah diri dengan diri sendiri mau ingat akan diri sendiri

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

55 comments:

FiFFyMaFiA (",) said...

yaa.. makan lg penting dri alat2 mekap.. ;p

shinawawa eyenie said...

makan kan keperluan...cntik seseorng tu dlm hati..luaran itu hiasan....jgn memandangkan seseorng dari luaran lelaki dan perempuan....

shinawawa eyenie said...

setiap org mempunyai karisma...smada ianya diserlahkan atau tdk..bergntung pd diri dan org sekitarnya...

Privacy_Resident said...

habis tu lepas ni kene kawen perempuan hodoh?

hipotesis : semakin hodoh perempuan itu semakin sikit dia makan?

hahhahaha~

fndrocka said...

semakin lawa perempuan itu semakin aku suka

joegrimjow said...

haha
macam2 hipotesis da ni

mukasurat17 said...

aku kuat makan means aku chantek lah... hahhahaaha

ayin jemin said...

sy pun kuat mkn gak..
;p

Sitisifir10 said...

pss...dia makan benda yg menyebabkan dia awet muda kot :)

sharamli said...

hip0tesis diTOLAK...ha3

Kujie said...

lepas ni ramai pembaca blog ni dah title G sama nk tanggungjawap?

hiks!

Jard The Great said...

erkk..... aku kuat makan jadi aku chantek la ye? ahaha..

ha chemo said...

hahahaha

hurm..psal sukan tu lee cchong wei ngh rehat kn skang..die injured las few months.basikul tuh hazizulhasni awang..las nite tgk brite die kalah t0k ke semi.tmpt ke 17 lm kepantasan msa.juz 16 peserta trpantas yg layak..hurm..wat a pity kn.ishk3

MALAYSIA BOLEH!
smpaikn ag info2 brguna=)

Hazzy Ishak said...

dia makan sebab senang hati

atau

patah hati uuhuuuu

joegrimjow said...

haah
tu nama dia
huhu
sayang btol
1 je miss

Jard The Great said...

oits joeeee.......... gud nyte...... tibe2 je kan.. haha

ween said...

semakin lawa perempuan itu semakin lawa lah dia.

HAHA ;p

Framestone said...

bro pun dah lupe nama die...azizul kot nama die..budak terengganu....

yup kekuatan sukan kita terletak pada sokongan peyokongnya sendiri...

klu men kat malaysia...gempak je.. g luar... cukup la sekali menang then xmenang2 dah....

perempuan tue menghargai makanan kot

out of topic--> he..23x xckp pun nk kahwin satu je... ala ebok nie just untuk membimbing je.. xde pulak di terbitkan untuk menggalak he...23x lyn kan je

@xiM said...

ada jumpa dato' shabery cheek tak??hehe

Lifesaver said...

perempuan lawa kuat makan???

Fathiadha said...

hipotisis : kalau laki cm ner??

mybe pempuan tu makan sbb terlalu lapar, maklumlah tak jumpa makanan dan berhari2 tp still cool... hehe

nursarah87 said...

takpe kuat makan, asalkan body maintain n kekal sihat...huu

farah said...

badan berisi la best.

ekkekeke.

Tirana said...

Perempuan lawa kuat makan ye..First time dengar hipotesis ni.. Kalau hipotesis ni betul dan benar, makanya kak tirana tak termasuk dalam golongan perempuan lawa sebab tak kuat makan.. Kak tirana kuat memasak aje..hehehe

s h a r v i na said...

ahaha..
mukadimah punye la pnjang!
ley kurus bace..ahaha

tp kn,
asal pompuan tuh mcm mcm tuh..
xpena dpt mknan pe..
yg u nih plak..
ske2 je wat hipotesis mcm tuh!
ehe..

Solehah said...

haa..ada hipotesis bagai..camtu buat la experiment..berkesan kalo kenal kat laman web..1st soalan, awk kuat mkn x?huhu..paham x motif..

penjenayah merah jambu. said...

hipotesis kau tu boleh diterima ke?
sebab kalau macamtu,kiranya kadar ke-lawa-an aku meningkatlah ni..ehe

aku rasa may be metabolisma dia tinggi kot.takpun dia tgh emo.perempuan emo kuat makan.

Koyuki said...

lama tak jenguk sini..rindu lah

layout da lain..komen pon senang dibawa berbincang

sori la joe..dulu nak komen banyak susah..

ni da senang..hari2 kite datang tido kat sini..

mIsSy NiTa said...

erm salah ke kuat mkn..
ok la tuh even kuat mkn pun bdn still maintain..
erm xleh pki la hypothesis u tuh sbbnye i kuat mkn n tak lawa..(gemuk+buncit)huh ni br slh kalo mkn byk..


konklusinya.. hypothesis anda direject..
;P

AyanaAsham said...

suke mkn gak
tp bkn melantak....ermmmmmmmmm

hasni said...

aku kuat makan
tp xcantik pon
maka
hipotesis ko salah
haha

asliani ahmad said...

ek'eleh,x semestinya kuat mkn tu lawa..n slh ke kalo kuat mkn?x salah ckit pun...bese la..n lg 1,org yg kurus ni lg la kuat mkn dr si berisi tau!

chah~ said...

hipotesis x ley bla.. haha..

ni inferens aku.. bukan hipotesis lg.. perempuan akn makan banyak bile terasa diri bahagia.. heh~

hepotesis : semakin bahagia, semakin kuat mkn..

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

x kuat makan salah kuat makan salah.
So bersederhana lah ya huhu.

miss lulu said...

ye2, sy kuat mkn~~~

sueda said...

makan amat penting untuk hidup, tak kesah la pompuan or lelaki...

reading ur blog (^^)

catz_mafia said...

Joe,
Perempuan lawa kuat makan? Pergh.. ni peribahasa baru ni..tak pernah dengar lagi.. hehe..

Agaknya orang tengah senang hati tu.. biarkanlah..:)

joegrimjow said...

senang pon kena berjaga2 jugak
;-)

kawie2020 said...

hahahahaha... hipotesis camtu pon ader gak... lawak2...

bagi aku kebanyakan org malaysia memang yg ramai kurang patriotik... x tahu la kenape...

aku plak kalau tgk movie hollywood, mesti rasa bangga jd american walaupun aku sbnrnya malaysian...

imHepPie said...

nasib baik aku x lawa so x kuat mkn la kan..

errkkk..ataupon...


patutla aku kuat mkn sbb aku lawa rupanya..

Kamsiah said...

pompuan kuat makan kerana
-tak mau mbazir,habiskan makanan anak2 yg tak abis
-selaku chef kat rumah,kena rasa dulu masakan..lps rasa,makan...
-mulut pompuan tak boleh dok diam hehe...selain pot pet pot pet..ngap..ngap..ngap..

atty's said...

adeh..suka ngn statement..nie

semakin lawa perempuan itu semakin kuat dia makan

Kalo betuilah ..takde org nak diet..nyer..

joegrimjow said...

hehe
nanti kena beringat nak makan
bukan xley makan

DeVoTeD LiLy said...

ahhaha...
ok fine nak toreh muka sndri..
dgn arapan bole tuka hipotesis...
'jika muka ta lawa maka makan ta bnyak'..
haha..

piNky LuCiA said...

aku tak lawa.. tapi aku kuat jugak makan.. huhu

tapi ngn kengkawan je kuat makan. ngan org tertentu.. tak.. cover ayu laa hihihihi ~ :D

Zayani said...

azizulhasni awang ke??

sophie said...

makan tew satu nikmat taw!!

sI tEDI said...

tertraik gila aku dengan tajuk entry. tapi muqadimah ko saja dah 80%

aduhai.. dia makan banyak? tapi kalau tak gelojoh cantik lagi.

kalau perempuan lawa.. kuat makan.. gelojoh..

aduhai..

cik EPAL said...

saya tak kuat makan..sebab saya tengah diet...hoyehhh~ ;)

eyena said...

fuiiyooo hipotesis tu yg tak tahan tu.. rasa cam tak kuat makan..

apekah tak lawa haku ni.. uwaaaa :: menagis begolek2.. haish!!

anakcikmad said...

normal je pompuan klu kuat mkn~hehe

Fatt Chin Choy said...

salah hipotesis tu

semakin kurus baru semakin kuat makan

itu baru betul da fakta

joegrimjow said...

betol sesetengah je kot
huhu

Jee said...

betul ke smakin cantik pompuan tu smakin kuat mkn?? emmm....

Lady Dyla said...

mknanya sy adalah sgt lawa!!
Tak rugi makan manyak!! :P

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW