Share

FORM 4

form 4 tahun 2004. nice kan yang lahir tahun 1988 ni. form 1 2001, form 2 2002. so kalau nak tulis hb, senang je, kalau form 4, mesti tahunnya 2004 (aku pon tak paham apa yang aku duk bebel ni!) ok ok, nak cerita pasal tahun 2004.


memori
kenangan
pengalaman


semua dalam satu rangkuman ;-)


-smka melor...google-



sebelum dapat result pmr, dah buat tekad. kalau dapat 9a, akan kekal sambung blaja di sekolah sekarang(smka melor) kalau tak dapat, nak pindah skolah!! malu sebab mak bekas ustazah sana, jadi kena jaga status mak (alasan semata-mata) jadi sebab tersangkut di arab, kena la pindah skolah sebab tekad di awalannya


2004 - ke kuantan!







yeah, dapat offer di sbp. sbpi kuantan. skolah baru. subjek spm? 12. arab pun ambik! haha, plan nak balas dendam sebab pmr tak dapat a, jadi kena balas dengan spm. yee haaa. sbpi kuantan jugak merupakan skolah pertama yang terpaksa berjauhan dengan family terchenta. selaku anak macho, ku takde la apa-apa perasaan, tapi ketika itu familyku menangis dengan pemergian anak bongsunya jauh dari negeri kelantan. aku?? masih lagi macho... ;-)



sampai disana, wahhh, akulah senior!!


-adik2, abang nak makan maggie 2 bungkus ya-



sebab sekolah tu skolah baru, jadi yang masuk form 4 sememangnya akan automatik menjadi senior. junior kami? pelajar form 2 dengan form 1. hehe. apa lagi, memang gaya senior betul la. heii! basuh baju tu, heii!! urut kakiku ini, hei!! makan maggie tak ajak? nak sikit, lepas tu budak tu terpaksa buat maggie lain ;-)



pemilihan ketua pengawas



sebab tiada lagi kp di sana, jadi kena pilih kp yang pertama. wahh, bunyi macam gempak ni. dah la jadi kp, lepas tu jadi kp pertama pulak. bagaikan orang yang dapat duit, duit pulak dalam nilai pound. macam tu la perumpamaan dia. apa lagi, terus mencalonkan diri sendiri dan akhirnya dapat



-saya tak mahu kesalahan sama berulang! paham semua? paham tak??-



kehidupan sebagai kp?? kena la jadi skima seskimanye. hehe, habes semua benda nak skema. tak SUKA sangat bila orang langgar peraturan. orang tak kemas cadar, dorm bersepah, ke dataran lewat, dalam kelas main daun terup, PIJAK rumput kat tempat tak sepatutnya, ke dewan makan dengan kain plikat, mengorat makcik dewan makan untuk amek makanan lebih dan macam macam lagi la. da jadi kp, semua tu kena benci!!!


kesalahan besar-rokok


memang kat mana-mana skolah, rokok mesti ada! maklumlah, sebab skolah baru, ku dah bertekad untuk membasmi rokok dengan habis-habisan! semua pelosok tempat persembunyian rokok ku geledah dan dapat. ini membuat beberapa kawan yang merokok tidak senang dengan perbuatan aku tu. jadi???


-gambar flikr : mahu rokok bang?-



satu perjumpaan diadakan. perjumpaan yang secret punya. kalau cg asmui baca, mesti cg baru tahu yang perjumpaan ni pernah dibuat. masa tu group pengawas memang ada masalah, di pulau oleh orang lain. rasanya aku berlagak terlalu macho, menyebabkan tak rasa apa-apa pun kena pulau. tapi pengawas lain mengadu yang mereka kena pulau, aku sebagai leader kena berbuat sesuatu. dan perjumpaan ini bakal mengubahnya!



'joe, ko ni ape kes selalu rampas rokok kiteorang?'


'dah salah, aku rampas la.'


'ko tak cukup dengan masalah lagi ke? dah la semua pengawas ko kena pulau, nak cari gadoh dengan kami?'


'aku taknak cari gadoh, aku jalankan tugasan je. orang tak jalankan tugas ni DOSA besar kau tau. aku taknak masuk neraka (jawapan skima)'


'arghhh. benci aku. ok ok, kita buat satu perjanjian?'


'apa?'


'ko tau kan yang pengawas ko kena pulau. ok, aku akan bgtau kroni-kroni aku jangan pulau lagi pengawas ni. sebab yg pulau dieorang tu, memang kroni2 aku gak pun'


'wahh, bagus betul ko'


'tapi dengan syarat..'


'apa dia?'


'ko kena cover aku. kalau jumpa rokok, jangan bagi kat ustaz naziran ke ustaz fakhzan ke. ko bagi kat aku balik. ala, kalau ko tak buat macam ni pun, org tetap akan isap jugak, baik ko bagi kuasa kat aku, boleh la aku control2 sikit'



baik punya perjanjian kan? hahaha, si pembuat janji tu dah masuk u dah pun. hehe, ritu jumpa dia kat skolah. ok, pasal perjanjian ni, mesti la aku tak trima. aku diam je, tapi diam tanda tak stuju. hehe. rokok-rokok diorang tetap kena rampas dan jadilah permusuhan antara aku dengan kawan-kawan satu batch



perghhh



baru aku terasa bila kena pulau macam mana. macam tu rupa-rupanya. memang ramai yang pulaukan aku, aku pon tak tahu nape. dieorang cakap tak suka dengan perangai aku yang suka merepot dan tak pandai cover line. nak je merepot. dan ini berlarutan sampailah penghujung bulan 8



bulan 9


aku agak tertekan, dengan dipulau la, dengan masalah kesiahatan ayah aku lagi la. ingat lagi yang ayah aku masuk ward awal bulan 9 di hospital. memang sebelum ni ayah aku banyak penyakit, sebab tak tahan sangat, dia pun nak masuk ke ward di ampang. gleanegles(eja pon salah)


sebab keadaaan masih teruk, aku dan akak aku yang kerja kat kuantan masa tu ke kl untuk melawat ayah aku. memang dah lali dah sebenarnya sebab ayah memang selalu keluar masuk keluar masuk ward. tapi kali ni, feel dia lain sikit. mungkin sebabcampo kena pulau kot. entah


9hb9 2004


ayah aku meninggal. memang la sedih. tak pernah lagi berpisah dengan ayah tercinta jauh-jauh, tapi sekarang, berpisah untuk selama-lamanya. dah tak dapat mendengar suara ayah, dah tak dapat nak cium2 dia, dah tak dapat nak urut2 peha dia, semua tu tinggal kenangan si anak bongsu. ooh, aku masih muda, baru umur 16 tahun, tapi ayah dah tiada meninggalkan aku....


yang masih ada ayah tu dan tengah bergaduh dengan ayah dia, baik baik la semula. manfaatkan masa yang ada ni dengan sebaik-baiknya. dah dia takde, merana kita tau... mendengar kematian ayah aku, semua batch aku jadi simpati. balik je ke sekolah, semua cikgu dan kawan2 ucap takziah. aku dengar pun macam nak nanges, tapi takpe, yang hidup pasti mati juga


hubungan rapat


setelah kematian ayah aku, aku dah tak jadi skima dah. dah mula jadi matang. perepot handalan dah bertukar jadi penegur handalan. kadang-kadang kita hanya perlu tegur dengan kesilapan yang kawan kita buat tu, tak payah la terus repot, hubungan dengan kawan pun akan bertambah baik. dah mula berbaik-baik dengan kawan sebatch dan jugak junior2


hasilnya, aku semakin disayangi. oooh, adakah aku disayangi kawan-kawan yang membaca ni? perasaan tu sampai sekarang aku terkenang....



pss : ada contest menarik dari maggie, klik la iklan klu nak tau. takpon tinggal email, nanti ku send



nota kaki : nanti sambung cerita form 5 pulak. cinta kanggaroo ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

63 ulasan:

HEMY berkata...

sekolah menengah mmg aku tolak jadi pengawas..aku malas dh kat sekolah rendah dr darjah 3

aku PMR...bahasa Arab tak penah B...A semedang...ahaha...riak riak

joegrimjow berkata...

riak2
;)

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

OTAI rupenye brader kita ni..
takutt

lumut berkata...

perghh..
kite ade jurang.
ku bukan kp.
haha..aku anti kp.=p.

nak tau kontes megi.
nak tau!
haha

putihpurple;) berkata...

wah2..
dat was sooo kenangan..

mm berkata...

hahahaa..

~report je keje ko dulu ekk..
~apalah rasa kena pulau joe?..

Just_najmiE berkata...

oh, mmg seronok lahir tahun 1988, senang nk ingat tahun belajar.. haha..

jd pengawas biasa pun kena pulau gak kdg2, apatah lg kp.. haishh..

takziah for ur loss.. I lost my dad in 2000, lepas upsr.. accident..

misz beauty berkata...

waaaa, buat beauty teringat kat zaman sekolah jugak... sangat best even sekolah kat kampung.... rindu rindu!!! =(

fut note * maggie tu macam best je... nak ckit..;-)

Tanpa Nama berkata...

joe..

izansalleh® berkata...

pembuli jalanan rupanya ;P

*tetibe ternanges*

chapter 18 berkata...

part ayah memang sedih dan kita serupa, cuma ayah syifa meninggal masa tu umur syifa 11 tahun. rindu sangat2.
kawan2 : pengalaman pahit & manis

Aleen Afifi berkata...

ketua pengawas upernyer c joe nih....
ermmmm....kaki repot jugak ek....

huhuhuhu..naseb die da insap lps abah diew ninggal...huhuuh

Tanpa Nama berkata...

bagus la joe..aku pon penah rasa dipulau..walaupon aku tak penah mereport..dia org pulau prefect2 ni

ciK LyndaWawa berkata...

memang best zaman sekolah dulu2 yer......

Hazzy Ishak berkata...

saya pengawas skema jugak...haha

miss lolly berkata...

huh. ketua pengawas rupanya.


mmg berkepimpinan rr joe ni.

Atiqah Adnan berkata...

alahai budak baik rupenye joe ni masa sekolah kan..? bagus lah..

kehilangan orang tersayang adalah kejutan paling sedih dalam hidup..

hasni berkata...

besala
pngawas memg dibenci
huhu
da klik iklan ko
bg ko kaya ngan nuffnang
ahakz

s h a r v i na berkata...

ahaha..
pjg tul u bercite..
tp smart kn org lahir 1988..
like what you have say, kalo form 1=2001 and so on la.. ;)

intanurulfateha berkata...

.zman skola mmg best!

Taufik Jusoh berkata...

haha teringat jadi pengawas dlu.
tapi pengawas yg jahat mcm mawas.
wahaha.
;)

Sesopie berkata...

perghh..KP kot..first lak tew.. emm,sophie p0pular kot kat klngn pngawas..jdi dak slaloo kantoi spotcheck.. x shuke pngawas lu..

miss lulu berkata...

oo.. xpnah taw lak kp aku ni kaki retot dulu..haha

ops, sowi~~

Ibu Ammar berkata...

kp pertama beb..cayalah!

err..mee maggi tu kelihatan sungguh enak!

takziah atas kehilangan ayah tercinta..sob.sob

wah! disayangi ke?, erk!

Azym Azizi berkata...

Sama kita 1988.

Aku pernah dicalonkan utk jadi pengawas. Tapi aku tolak. LAst2 jadi Ketua Kelas je. Tu pun jenis gila2 jugak. Haha. Aku lah ketua kelas yang paling disayangi..haha..=p

Neeza.Areef berkata...

taun 2004 akak bz wat preparation nk kawen..heheh

farah berkata...

cinta kanggaroo?

kenapa?

:D

Unknown berkata...

tak suka laki merokok...

Tanpa Nama berkata...

teringt lak masa ujong thn form 4 kene paksa jd pengawas... sumpah stress giler kalau bab2 pulau ni.. dah la gang2 semua nakal tahap hantu, pastu jd pengawas.. serba salah pilih antara kwn n resposibility..arghh xnak ingt dah

chika berkata...

1. Budak lahir 86 pon nice juga (sebab, tak dapat nak dijelaskan) tapi taknak kalah.

2. Maggie makan sekali 2 bungkus? tak bagus utk kesihatan. (boring kan fakta ni siapa pedulik)

3. Takde siapa tak pulaukan KP. Itu perkara biasa.

PuanPepel berkata...

aku penah rs dok pulau langkawi..hihik...


skula aku girl skul..so tade prob rokok... skola dak2 baek lak.... senang2...hehe..

tp..stakat jdp di anti dak2 skula sbb teguran pkara bese la kn...

Sidratul Muntaha berkata...

sakit perut aku ,joe oii time baca statement disayangi tuh weih!!!
tpi engkau mmg skema
laki aku pun skema gak
hmmm...

joegrimjow berkata...

senyum sorang2 bile baca
;)

kawie2020 berkata...

hehehehe.. teringat jd kp dulu... thanx mengingatkan memori dulu.. best arr...

i'm_siCK_n_tiReD berkata...

joe.. suasana macam nie memang selalu berlaku kat sekolah2.. kesian sape2 yg tersepit kat tengah2..haha..

hurm...penyelesaian tradisi nie...xde penyelesaian...haha..

[z@ck] berkata...

Masa di MRSM dulu..
ku jadi BWP..mmg rasa paling berkuasa la dlm mktb tu..eheheh

Unknown berkata...

oo anul eksen psl bahse arab eh.. akak pon bole laaa

bahse arab akak x penahnye B, E..... je semedang. haahhahahaha

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Haha.. Ade gaye dak skema lagi smpi skang.. Readers mst sayang kamoo.. Kalau tak blog ni tak se-gah mcm ni.. Heehee.. ;)

~ Jauhi rokok.. Laki tak macho pn kalau mrokok!!!

chah~ berkata...

kp rupe nye.. hoho. tringat 2004 gak. juga form 4. kls aku di conquer oleh geng BWP n LPD. gile mantap. bole bilang budak kls ak yg pkai uniform mktab yg biase. ade skali tu, sume dak kls ak pkai uniform biase. sume BWP n LPD mau letak jawatan. ahaha..JDM xnak buang sorang budak yg mmg bwk masalah. sbb dy ank YDP maktab. hoho.. pnjang lak crite nye.

epalkopi++ berkata...

rindu kawan2 masa skoloh..SBPIK--hoho bnyk kngn tuuhhh!!=)))

joegrimjow berkata...

kp kenangan terindah ok ;-)

joegrimjow berkata...

epalkopi, skolah sbpik jugak?

mr.syazwan berkata...

so sweet... =)

Jard The Great berkata...

hehe.. pengalaman neh buat ko cpt matang... tgh risau gak neh.. bapa ku pon tgh dialisis.. huhu

nways.. mmg ku berhajat nk masuk contest maggie tu.. jom.. jom!

sharamli berkata...

bt0l2...

tp ku lgik best k0t..
2oo5
f5
klas 5A5
rumah pang5

hu3

beskot berkata...

oo..ini upenye mat pot tu..
jom blasah..
haha..
mcm la ak skola kt situ kn..
kakaka..
btol².xbley jd skema sgt..
sbb akn menyusahkn dri nnti..
kontes mkn megi ke joe??

joegrimjow berkata...

yup
makan maggie
seb bek sini ada maggie
hehe

3rdmarch berkata...

(n.n)v

Tanpa Nama berkata...

haha, eh ada sumtin yg bes sket kt cni..

tahun 2001>>
kamu= form 1
saya= standard 1

n d yers go on...kakaka...pny berbeza...so da tau ur age... ;P

hmm...penah gak kene pulau sbb repot kt ckgu kesalahan diorg...ye...zaman ini (skola menengah)...dgn kwn2 sendirik...haha...situasi yg sama...ayh sdg saket... :(
hmm...
hmm...

T^T

insya-ALLAH...ayh akn sehat! :)

Tanpa Nama berkata...

thn 90 pun best, thn 98 umo 8 thn, 2009 umo 19. ekeke

epalkopi++ berkata...

yela...sbpik jugop laa..(^^D)v

Syima Syaz berkata...

cian joe kene pulau....

sue berkata...

hahaha..sian ko.tula saper suh skema sgt..ala joe zaman dulu2 kut.zaman skolah2...ak pon tergelak sdiri bile ingat balik memori silam...x pe, y pntg pglmn lepas sgt2 mematangkan ak n ak hrp d same goes to all my friends out there.btw, tenkiu gak kt ko coz jd kwn ak kt skolah dlu..all the best!!

Signorina Syima berkata...

time sekolah dah terdidik sifat merahsuah ni... haih....

FaRHaN SyAHiR berkata...

haha...
joe2..
ak pon xtaw ade meeting tuh,.,,
hehe..

lel berkata...

korg pun panggil KP yea?
ingatkan skolah aku je

cepat ahh nak tengok cemana kanggaro bercinta

Amal berkata...

haha.
dila ade bgtau aku ko ni kp..
=p

.millalara. berkata...

yeah.. f1 2001,, f5 2005..

n scol kite adek-beradek ghupenye.. sy sbpi mersing.. tp skang da tuka nama jd sms sultan iskandar.. ktorg d only batch yg gune sbpiM.. tak tahulah kamu ingat ke x,, our kp- irwan miswan si botaks.. huuu~

*sudah tahu kamu kp sbb zmn dolu2 time kite berFS,, ada my kenalan tanya,, 'eh, macamana ko kenal kp aku si joe tu?' and sy menjawab,, 'sape tak knal otai FS tu' huuu~ tak tahulah kamu knal dia ke x.. nama dia pokdi..

wendu arwah ayah sy jugaaa :(

no7 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
no7 berkata...

huhuhuuuu...
sy pn x taw juge psl meeting 2...
of cos la kn sbb sy dak pmpuan..
+ sy jnior tyme 2...
aishh rndu plak kt skola...

p/s:da rmai cg2 sbpik ade fb..
cg asmui ble nk join??
bleh link ke post nih...
hehehe...

Lutfi berkata...

haha, baloh sokmo dgn si joe ni raso dulu.. tp buat suke jelah skrg ..haha

M. berkata...

joe! cimut knl blog joe pon dr junior joe! HIHI.

dye kate hah kau bace blog joe grim joe nie! dye kp aku! best blog dye! ade komik! dye kate gak joe nie chubb siket dulu tapi skunk! fulamak! cimut nengok! machooo doeee!!!! smart gile! serius ! HUHUHU

psssss: bkn ayat mengorat okay! HIHI

Miss N berkata...

wah..kp first neh..hah..skunk sy plak senior kat skool ni abg kp weh...hmm...cerite la lg psl skool wktu dulu erk..keep it up ..:)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW