Share

katak ooh katak

semalam 1st time masuk kelas. antara saiz kelas terbesar di uni of sheffield. 271 student dalam satu tempat. tempatnya di mana? di dalam CHURCH. 1st time belajar dalam church...


~~~~~~



zaigokia merupakan katak yang sering dibuli kawan-kawannya. hari-hari sudah pasti zaigokia menerima kutukan tak membina dari kawan-kawannya. yang membuat dia hebat, dia seolah-olah tak endah dengan kutukan-kutukan itu.


satu hari di kota paris, raja katak jajahan paris membuat satu pertandingan untuk katak-katak di bawah jajahannya. pertandingannya mudah, siapa yang sampai ke puncak menara eiffel dahulu, dia dikira pemenang. walaupun tak paham apa-apa, zaigokia teruja dan mahu memasukinya juga




setelah membuat pendaftaran online, tibalah hari yang dinantikan. hari pendakian katak-katak bahagian paris. hadiah utama adalah dapat dating dengan anak dara raja katak itu. lagi la zaigokia bersemangat


anak dara raja yang menjadi rebutan




pertandingan dimulakan!


seramai 777 ekor katak termasuk dirinya memulakan pendakian. toing toing seekor-ekor melompat. menurut wikianswer(tak tahu betul ke tak) jumlah anak tangga di kota eiffel adalah 1665. agak banyak bagi katak-katak itu semua untuk mendaki!


anak tangga ke 123


dah ramai yang semput. setakat ini zaigokia masih lagi bertahan. keinginan dia untuk mencapai misinya sungguh tinggi dan membara. dia mahu kecapinya. seramai 111 ekor katak sudah gugur. masih lagi tinggal 666 ekor yang masih berjuang


anak tangga ke 400


zaigokia sudah mula kepenatan. baru suku perjalanan tapi dia sudah letih. dia mula untuk mendaki secara perlahan. katak yang kuat staminanya melompat dengan penuh gagah dan berani. tak ketinggalan juga yang dah gugur. 100 ekor lagi dah gugur. tinggal 566 lagi yang meneruskan


anak tangga ke 1000


penonton di tepi mula berteriak 'haha, katak-katak semua dah mula keletihan. tak sedar diri semuanya. berlagak boleh panjat. susah la weeeh!' zaigokia hanya memandang penonton dengan hati yang bungkam. dia masih lagi meneruskan. ada beberapa ekor katak yang putus harapan, gugur seekor demi seekor.. tinggal lagi 200 yang berlumba


anak tangga ke 1300


setakat ini, hanya tinggal 50 ekor termasuk zaigokia meneruskan perlumbaan. suara sumbang penonton yang berteriakan membuat katak-katak yang masih berluma hilang semangat. 'dah la weii, dah la weii. sedar la diri katak. mana pernah katak lain pernah panjat sampai atas!!' zaigokia sudah banyak peluh yang keluar...



anak tangga ke 1400


tiba-tiba ada seekor penonton berteriak. ' aku yakin, takkan ada yang akan sampai keatas ni!! mustahil, tangga ke 1500 sampai la keatas merupakan tangga yang tinggi-tinggi. baik semua menyerah kalah la!' 50 ekor katak yang mendengar hasutan penonton itu terkejut. dah la sememangnya susah nak panjat, tambah lagi anak tangga akan menjadi semakin tinggi, lagi la susah. akhirnya 46 ekor katak menarik diri. tinggal lagi 4 termasuk zaigokia



anak tangga ke 1500


tinggal kurang dari 200 anak tangga untuk sampai. ketika ini zaigokia dengan 3 ekor katak lain benar-benar kepenatan. ada satu ekor peserta katak membisik 'aku dah tak tahan ni, apa kata kita semua berhenti. takde pemenang. jadi kita semua akan menang. memang aku betul-betul tak larat dah ni....' masing-masing berpandangan dan berfikir. akhirnya ketiga-tiga bersetuju sebab sememangnya kepenatan. zaigokia tidak hirau. dia masih lagi meneruskan. akhirnya tinggal dia seekor meneruskan


anak tangga ke 1600


peluh banyak menitik. ketiak dia juga sudah basah. rasa mahu menyerah semakin tebal. penonton diluar berteriak. 'dah la weii dah la weii. ko takkan berjaya punya.' tinggal ko seekor lagi. mesti gugur la lepas ni!' dia tidak endah. masih lagi terus mendaki



anak tangga ke 1660


satu...satu...satu...satu...satu... dan akhirnya... dia berjaya. penonton yang tadi mengutuknya berteriakan gembira. kutukan bertukar menjadi ucapan syabas. zaigokia bangga akan dirinya kerana telah berjaya. dia cukup terharu



penyampaian hadiah


raja katak telah datang dengan anak daranya ke arah zaigokia. raja itu memberitahu, 'zaigokia, kau lah pemenangnya. datinglah bersama anak dara beta ini' zaigokia hanya memandang, kemudian pegang tangan anak dara raja itu dan pulang. raja amat marah, sampai hati zaigokia tidak ucap terima kasih kepadanya pun!


nenek tua yang HOT datang


nenek inilah yang membesarkan zaigokia. dia memberitahu kepada raja yang zaigokia adalah seekor katak yang PEKAK... semua terkejut. penonton mula membisik, 'patut la kita duk kutuk dia dia buat tidak hirau je.' 3 ekor katak yang terakhir mula membisik 'patut la dia tak join kita tarik diri tadi, dia pekak rupanya.'





nak berjaya kadang-kadang kena menjadi pekak
pura-pura tak dengar akan pandangan negatif orang
kan??




cerita di abstrak dari ceria aline balanga : presiden team dari philipine



nota kaki : dah lama tak berkarya...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

34 comments:

shiya said...

best cite ni :)
ader pngajaran yg bleh di amik..

tp kdg2 kita perlu mndgar pndngan ngatif dr org len ntuk kbaikan dri sndri..
brubah mnjadi lbih baik,
bleh kn???

p.i.n.a.t. said...

pekak?
hurmm..baek!
jd pekak.heee.

tp lemah btol tgk gmbr katak tu..
geli!

aRaBeLLa said...

yeah!!! i loikkkee this story!

LotsOfLove-Pearls said...

sokong..
kadang pura2 pekak baik juga kerana kata2 org2 nie tak semuanya baik..

*teringat iklan raya yang bapa dier pekak tue..

Yunus Badawi said...

Patutlah dia tak dengar aku suruh dia naik lif hehehe

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

orang kata pekakkan telinga, butakan mata.

tapi jangan gelapkan hati

nanti parah jadinya.




nape katak? aku paling geli dengan katak.hehe

izzahfarhana said...

xleh bayang ketiak katak berpeloh.bucuk x

nadia said...

entri yg bes :)
dlm mksud dia

thanx lalu kt blog :D

nadia said...

entri yg bes :)
dlm mksud dia


thanx lalu kt blog :D

nursarah87 said...

sokong!

macam cerita luqman hakim dan anak nya yg bersiar-siar dgn keldai...

mana org pnah puas ati dr berkata2..

baik pekakkan telinga..

~Cinta Cukulet~ said...

kalau tak mampu nak pekakkan telinga pun, anggap je kutukan tu sebagai cabaran hehe..buktikan kita boleh!!

Hayatito said...

nak berjaya, hati kena kering.
kalau x, cepat je kecundang.

Anis Mohd said...

owh katak ..
pekak rupa nya kamu ..

memekakkan diri best sbb leh wat org yang kutuk2 kita sakit hati.wahahaa

Lili Puteh said...

tukang cite sudah kembali.
suke!!

cite katak yg menarik.
bila nak wat cite pasal arnab? :)

azuan said...

mana ko dapat nama katak tue wei..

sharamli said...

katak?
geli..geli..

aien~s corner said...

jgn hirau kan kata2 owg.. =)

nottingham said...

Really interesting!

auntie notts!

cik farra said...

froggie yg kacak . hehe

aLeen aVriL said...

best lar citer katak nih...
ermm......tlayan kejap....

sI tEDI said...

huh!! betullah. kadang2 kita x perlu nak hiraukan kata2 org lain. pekakkan telinga selagi kita tau apa yg kita buat.

gambar katak tu macam di buat dr tembikai jek. kekekek

sI tEDI said...

huh!! betullah. kadang2 kita x perlu nak hiraukan kata2 org lain. pekakkan telinga selagi kita tau apa yg kita buat.

gambar katak tu macam di buat dr tembikai jek. kekekek

Encik Azizan said...

hijau sungguh katak kt atas tu..

sophie said...

wow..citer besh.. name ktak tew unik t0wl..

Sharif John said...

Betul la bro... org xkan henti2 nk jatuhkan moral kita... tp apa yg penting... Keep moving forward!!!

||| PöJìé PööH ||| said...

erm, i love ur story!!
ada pengajaran yg bagus utk hari ini!

et said...

owh..penat sggh panjat tgg..huuuu~

eNaSaN said...

aku kkDg nk jD cam katak tue...pekakan jer telinga laupun aku xpekak...


tp klu ade yg elok ituk didengar xeh gak nk pekakkan telinga... (^_^)

teddyblueberrygurl said...

meremang bulu roma tengok anak dara katak tuh.
geli~
cerita yg menarik anyway,
kiki..

Kejernihanku said...

lalala~~

i'm_siCK_n_tiReD said...

wahhhhhhhhh...besarnya katak!!!!

shinawawa eyenie said...

pnh dgr cite ni..
sy da sepasng ktak yg comel..hehe...

Lifesaver said...

btol...pekakkan apa yg org psiko kan

misz beauty said...

wah... katak register online tuh.... ihiks... canggih katak zaman sekarang....=D

yup betul... kene pekak kan telinga if nak bejaya... diorg nih memang suke patahkan semangat orang, kite baru cakap nak start buat itu ini dah dibidas dengan macam2 kata2... wat sakit jiwa jerk... erk...:-~

thanx kongsi cite ni...=)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW