Share

pasal kalori lagi dan kali ni lebih detail


rasanya ramai dah yang tahu yang ku buat bisnes HERBALIFE ni. yang selalu melawat blogku sudah pasti ketahuinya. dengan menurunkan berat badan 12 kg dalam masa 3 bulan, ku dapat energy sehingga bulan lepas income ku cecah rm 3000. fuuuh, nikmat



entry ini bukan promote bisnes, tapi fakta kesihatan. nak tau bisnes, klik kat tulisan atas ya



kita bercakap pasal kalori dan ramai lagi masih kabur dengan kalori. sebab itu semakin ramai rakyat malaysia yang gemuk dan menjadi obes. anda boleh menjadi obes apabila BMI anda cecah 28 keatas. semua tahu kan apa itu BMI kan?. sekarang sekali lagi ku mahu cakap pasal pengambilan kalori


1kg = 8000 kcal


nak naikkan berat 1 kg anda kena makan sebanyak 8000kcal
nak turunkan berat 1 kg anda kena buang 8000kcal
lebih kurang



perhatian, anda kena baca 2 2 tentang tambah dan buang kcal untuk lebih faham akan istilah kcal ini



tambah kcal!


cara untuk tambah kcal adalah dengan makan. setiap makanan kita makan terdiri dari macam2 kandungan dan antaranya adalah karbohidrat dan lemak yang akan ditukar kepada kcal. banyak makanan berlemak dan berkabohidrat, banyak lah anda tambah kcal. list pengambilan kcal akan ku post nanti. sebab banyak sangat dia punya list. hehe


ok, bayangkan anda makan, Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori, Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori, Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori, Karipap (sebiji) = 130 kalori, Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori.... total dalam sehari anda makan lebih kurang 2600kcal, jadi dalam 3 anda akan naik 1 kg (8000kcal=1kg, ingat lagi?). hebat kan? makan lah banyak untuk naik berat badan. hehe





buang kcal!


banyak cara mahu buang kcal anda bergerak sedikit pun kira anda dah buang kcal anda. kcal adalah unit tenaga, kita bergerak kita gunakan tenaga kan? jadi kira kita dan buang kcal kalau kita gunakan tenaga. ada satu istilah dan mitos anda kena faham akan buang kcal ini.


BMR


basal metabolic rate. ini adalah tenaga yang anda gunakan di waktu anda rehat. ingat, WAKTU REHAT. ehhh, kita rehat pun guna tenaga ke? yaa, sebabnya jantung kita berdegup, jantung gunakan tenaga untuk berdegup. faham? BMR di pengaruhi oleh komposisi otot dalam badan. semakin banyak otot anda, semakin tinggi BMR anda


contoh mudah, BMR ku adalah 1789 (guna alat timbang yang ku beli khas). jadi, hari-hari ku buang 1789 kcal pada waktu rehat. masa ku tidur, masa ku jalan sikit2, buat kerja rumah sikit2, tengok tv dan macam-macam lagi aktiviti yang tak gunakan tenaga dengan banyak, badanku bakar 1789. ok la kan?


ini waktu rehat, kalau anda exercise, anda akan tambah lagi pembuangan kcal itu. contoh kalau BERJOGGING 7 KM/H SELAMA 10 MINIT, anda bakar lagi lebih 120kcal (sama makan dengan karipap sebiji). banyak lagi contoh exercise yang lain, boleh tengok sendiri di internet. nak listkan semua banyak pulak.



nak jaga badan kene tahu pasal kcal


jadi ini adalah antara tipsnya. buang dan tambah kcal. ada sesetngah orang ambil pil untuk kurus, memang berkesan sebab ada pil yang merangsang degupan jantung, buat jantung kerja dengan lebih cergas, ada yang menambah hormon ni la hormon tu la, macam-macam, tapi kesan jangka panjang? boleh sebabkan kematian kalau ketagih. dah ada dah contohnya. jadi?? jangan ambil pil untul kurus




masalahkan sekarang ni? jadi, carilah apa-apa makanan yang memberi nutrisi, tapi kcal nya sedikit je. barulah boleh anggun semasa raya. hehe.my suggestion, herbalife. ku dah minum sampai sekarang, bahagia je. sihat pun dapat, duit pun dapat.



ok


itu saja tips. semoga anda semua menjaga kesihatan di bulan puasa ni. nak berbuka, ingat-ingat kah orang yang memberi tips ini ;-)


nota kaki : tak sabar nak bercontest ya? sabar-sabar. esok pukul 9 first entry

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah...full explaination..lecturer shz kem slm..syabas2

sharamli berkata...

kal0 igt yg bg tips ni leh kurus x?

HidayahFadziL berkata...

wah good info.... leh jdikan input ni...

Ungku Nor berkata...

tapi tak larat dia punya rega laa..

Unknown berkata...

ngaa.siapa nak kurus la kan selalunya ambil berat pasal benda ni.eh.taktaktak.yang nak sihat.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

huhuhu~

jaga kesihatan..jaga makan..

geeds berkata...

ouhhhh....
mkn byk pown bdn xnk naek~

Ummi Aini berkata...

smgt wak bgi tips..
tips cinta xda k?hehe

ezzati berkata...

waa..nice info :)

Ummi Aini berkata...

jg mknan n jogging selalu..p gym k..i`allh c-hat ler badan

hasni berkata...

salam joe
amcm kalu nk naikkan berat bdan dengan jayanya??
any tips??
really need it
haha

Sharif John berkata...

Err... Aktiviti saya akan bakar 4000kkc dalam masa 8-9jam... tp makan saya lebih kurang mcm jin la bro wakaka

Tanpa Nama berkata...

mr KE penah try herbalife..hehehe

Jard The Great berkata...

selamat pegi dan balik ke Taiwan ye Joe... =)

Precious berkata...

Cam susah jer nak kurus ...

misz beauty berkata...

if nak kecikkan lengan and kempiskan perut je cane pulak ye??? adeh =(

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW