Share

cerita rumi

pernah dengar cerita rumi? alaa, cerita budak-budak dulu. kali ni macam biasa, ku olah dengan gayaku sendiri


~~~~


farihen wajde(nama anak sdareku) merupakan seorang peniaga minyak wangi yang cukup terkenal di bumi zokostan (nama rekaan). setiap perempuan mahupun lelaki yang berlagak metro mesti kenal akan farihen wajde.



cukup hebat dalam penjualan minyak wanginya!



tapi ini sebenarnya hasil daripada tarikan yang terdapat dikedainya. memiliki nama kedai yang menarik, ton ton too nyak ngi. nama yang pasti selalu kedengaran di mulut masyarakt bumi zokostan. dan satu lagi memiliki seekor burung kakak tua yang begitu petah berkata-kata.


zargosa nama burung kakak tua itu. hari-hari farihen wajde akan meluangkan masa untuk memandikan dan memberikan makanan kepada zargosa. sebagai balasan, zargosa akan mula menarik perhatian orang yang lalu lalang dengan percakapannya


zargosa : datang lah datang lah ke kedai kami


semua orang di sekitar pandang


zargosa : kedai terbaik di zokostan, macam macam adaaaa farihen wajde


orang lalu lalang akan tersengih


zargosa : ton ton too nyak nyi, macam macam jenis minyak wangi adaaaa


pasti akan ada yang membeli di kedai farihen wajde dek terdengar telatah burung kakak tua itu berkata-kata. tertarik dan terus beli. farihen wajde berpuas hati, dengan memiliki zargosa, perniagaannya menjadi laris!!


sampai la satu ketika


kawan farihen wajde, fatin amira mahu berkahwin dengan p-joq squarda. nak tak nak, farihen wajde mesti hadiri majlis kawan baik dia sejak dari tadika lagi tuu. jadi, kedai ditinggalkan begitu saja. zokostan adalah negara sifar pencuri. jadi, walaupun basikal anda berada di sana, takkan kene curi punya!


apabila farihen wajde balik dari majlis itu, dia melihat botol minyak wanginya yang paling mahal tertumpah dek buatan seseorang. dia mengesyakki zargosa.dia menjadi marah!nafsu marah meguasai diri, terus di ambil gunting dan memotong jambul burung kakak tua itu sampai botak di tengah!


zargosa marah, tapi apakan daya seekor burung kakak tua boleh menumbuk balik tuannya? zargosa membuat keputusan untuk boikot tuannya!! dia takkan bercakap selama-lamanya.


farihen wajde menjadi kalut. zargosa yang tidak membuka mulut selama beberapa hari telah membuat bisnesnya menjadi kurang! tiada lagi custemer baru yang ingin membeli. kedainya sudah tiada penarik!


-muka zargosa ketika merajuk-


farihen wajde telah memujuk zargosa.
dibelikan zargosa makanan burung yang paling mahal, maggot berwarna warni, tapi masih gagal memujuknya
dibelikan zargosa perhiasan badan yang paling mahal, cincin artistik intuitifistika(ayat takde dalam kamus), tapi masih gagal memujuknya
hari-hari memujuk, tapi gagal


sampai la satu ketika, akhirnya si zargosa bercakap. nak tau macam mana? masa ada seorang lelaki yang lalu lalang, berkepala botak ditengah, zargosa menegur lelaki itu


zargosa : brotherrrr
lelaki itu: aik, burung boleh bercakap?


zargosa : biasa la
lelaki itu: ye napa?


zargosa : brother botak kepala sebab tumpahkan minyak wangi jugak ke macam aku?? lepas tu jadi macam aku, botak!!!
lelaki itu: ha???


akhirnya zargosa bersuara disebabkan mengingatkan lelaki itu botak kepala macam dia disebabkan macam kes macam dia daaaa~~~~


~~~~~


kita selalu ada pengalaman yang enak dan tak enak.
bila ada pengalaman yang tak enak,
akan membawa kepada pelbagai mehnah yang mencerminkan kita membuat kesalahan


dan

bila mana ada orang melakukan kesalahan yang sama seperti kita buat,
dengan senang kita akan menganggap orang itu sama macam kita.
sama taraf dengan kita
sebab melakukan jenis kesalahan yang sama
walhal mungkin berbeza


itu dinamakan
taklid buta


selain itu


kita juga selalu membenarkan nafsu marah
menguasai diri kita
memarahi orang lain
tanpa soal selidik


walhal mungkin itu hanyalah satu kesilapan kecil
tapi membawa satu durjana yang besar!


bila mana marah
otak akan menjadi buntu
hanya nafsu yang menguasai diri


jangan jadi si pemarah
kot kot jadi nanti jadi parah!







Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

36 comments:

ayin jemin a.k.a ain said...

hehehe
nama rekaan tu...
amboii
bukan main..apapun,pndai kmu mengarang cite yerkkk

haruan tasek said...

kesian burung kakatua itu dan secara otomatiknya di tukar nama kepada burung kakabotak.... ha..ha..ha

naqiubex said...

jangan marah marah..

momentinlife said...

ikut marah, parah
ikut nafsu, susah selalu..
=p

rhapsody LiN said...

wah...tuan yg sangat kijam!!

lalala~

momentinlife said...

ikut marah, parah
ikut nafsu, susah selalu..
=p

xuen adyla said...

marah dan parah satu caranya
satu ideanya
marah parah kehidupan dunia

titik cuma sabar dan nafsu diri

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yes2! first comentor!

jap2.. mahu baca. ngeeee.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yes! first comentor.

jap2. mau baca.ngeeee.

ayong said...

marah kadang2 ley jadi parah.

susah gak.

tp camne pon, amarah tu kena kontrol gak.

Monkey D Luffy said...

memang org bersalah membuat perbandingan dengan org bersalah

"dia lagi teruk dari aku"... cthnya

itu PENAFIAN untuk menghalalkan jer

salah tetap salah

cik syahira said...

assalamualaikum.
ehhehe.
kisah tauladan yg menghiburkan.
bagus..bagus.

ezzati said...

ehhh..xde org komen lagik???

alaaa..nape citer zargosa tu xde klimaksss..huhuhhu...

p/s: intuitifistika tu mcm mustika ke?

Eazy Izzuddin said...

huhu
betul3x...
jgn jadi pemarah
nnti parah
huk3

ku pun botaks
xS

naDDy said...

pelik-pelik sunggoh watak dalam cite ni..

jangan cepat marah....lagu pak nil.

cikeYda said...

saya x suka marah.. cahhh!

John Iverson said...

Serius nama mmmg market abis hahaha

iva saionji said...

~cik iva susah sangat nak marah..tapi kalau marah pon amik masa..hindarkan diri dari terus terjerumus ke arah langkah2 memarahi org..aduh ape cik iva repek nie..hehehe..senang je agak2 nak marah tarik nafas dalam2 lepas n fikir bagus sangat ke ko nak marah2..hehehe..ops..jangan lupa istighfar ya..sekian...hahaha~

piNky LuCiA said...

farihen wajde.. sedap nama.. amik nama ni laa nanti untuk anak aku. hehe

KhairiL's said...

yg baik dijadikan tauladan
yg buruk dijadikan sempadan

insaf jap

NaqeebLukhman said...

1st... hehee
aku tak marah........

NaqeebLukhman said...

aaaaa silap! tak per... rupanyer ada moderate hehehee

joegrimjow said...

ada apw yg pertama?
huuu

~Cinta Cukulet~ said...

sabar itu separuh daripada iman huhu

Anis Mohd said...

sabar tu mmg sng nk type.

mo0ney said...

joe.aku nk dok kt zokostan lah.supaya hp aku xkena curi lg.uhuhuhu

LotsOfLove-Pearls said...

cian plak aku ngn burung kakak tua itu..

mcm2 ada dlm nie.
nama yg pelik
tapi yg penting penuh ngn pengajaran..

so, jgn marah2 selalu..

MamaFaMi said...

Moral of the story : Don't simply jump into conclusion!

azuan said...

aku pun nak burung kakak tua camtue...

Miss Hazzy said...

kalau dah marah berapi-api dah tak ingat perkataan "sabar"

huhu

NaqeebLukhman said...

huuu ramai tu yang nak jadi 1st commentor kot2 dapat hadiah ngeeeeeee
heehee

hasni said...

haha
comelnya c zargosa
lusuuuu
lawak seh!!
yup
jgn jd pmarah
kena sntiasa cenyum:-)

asis said...

hebat burung tu

DilOt said...

comelnye burung tu..

Lifesaver said...

burung itu sape punya???

+akufobia+ said...

marah itu tak best.haha.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW