Share

bahagianya berkahwin

peTAMA nak mintak maaf sebab post yg lepas org konpius, jiwa tengah kacau menonton lagu di my soju..hehe

keDUA xsempat nak update blog sebab mgu ni sebuk dengan kursus kawen. penat2

keTIGA happy sangat sebab....entah la....suka sangat hari ni

~~~~~~~

2 hari tak menghadap desktop kesayangan rasanya boleh lagi nak hidup. kalau dulu memang nak tak nak sehari mesti online. jiwa meracau kalau tak online, sekarang ni, dah ok. tenteram je di leed

jadikan cerita, 2 hari ni habeskan masa untuk mengikuti kursus kawen. haisshhh, dah ada tiket dah nak kawen. balik ni boleh la kahwin. mak pun rasanya selalu beri lampu hijau, on aje bila2.

satu benda yg xbest pasal kursus ni adalah kene hantar essay. adusss, dah lama tidak menulis essay. entry kali ni nak cerita pasal perjalanan kursus ni, tetapi dimatikan dengan menulis essay. plan awal nak tulis bi, tapi takot xde masa lepas ni, bm aje.tajuk?? xnak bgtau.hehe. layan aje laaaaa. xmasukkan ayat alquran.harap ok diterima la...

~~~~~~

Kebejatan sosial yang melanda negara-negara maju di serata dunia merupakan menifestasi terhadap keruntuhan nilai instituisi kekeluargaan. Perihal ini tidak semestinya menimpa dek negara maju sahaja, tetapi juga tamadun yang gah suatu ketika dahulu. Definisi yang diberi oleh islam sendiri mengenai kekeluargaan cukup jelas betapa signifikannya menjaga instituisi rumah tangga. Soal kekeluargaan ini amat sinonim dengan alam perkahwinan.


Perkahwinan merupakan satu pertalian yang cukup indah. Jika dihayati oleh insan yang belum berkahwin, sudah pasti inilah satu hubungan yang dicari-cari untuk menamatkan zaman bujang. Jika yang sudah berkahwin, soal tanggungjawab pastilah menjadi prioriti dalam kehidupan.


Sememangnya seluruh alam ini dicipta atas dasar logik. Kita memahami bahawa pasangan itu dicipta oleh Allah SWT sudah pasti mempunyai rahmat dan kemanisannya. Lelaki semestinya mempunyai kelemahan. Perempuan juga mempunyai kedaifan tersendiri. Sebab itulah lelaki perlukan wanita dan wanita perlukan lelaki. Berpasangan bersama untuk menampung kelemahan dan kedaifan ini perlulah halal di sisi islam. Inilah sebenarnya membawa kepada nilai satu hubungan yang dinamakan perkahwinan.


Kahwin merupakan satu kontrak. Kontrak yang melibatkan kombinasi dua pihak berpandukan sumber literal sesuatu persetujuan. Jika kontrak ini dilanggar oleh mana-mana pihak, maka batallah kontrak itu. Sama juga dengan kahwin. Atas tuntas untuk menyambung zuriat dan juga memenuhi koata sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW, halallah seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim untuk berkongsi satu hulwah kehidupan sepanjang temooh yang agak panjang.


Hal ini diperhalusi lagi oleh islam dengan mengaitkan soal tanggungjawab. Tidak terelak oleh mana-mana pihak sama ada isteri atau suami untuk melaksanakan tanggungjawab. Inilah sebenarnya latihan kinayah yang digalas di atas oleh bahu suami isteri untuk memenuhi tuntutan masing-masing. Hal ini tidak dijumudkan dengan hanya suami mencari nafkah dan isteri menuruti arahan suami, tetapi diperluaskan konsepnya oleh islam dengan variasi tanggungjawab yang lain. Termasuklah sosial, ekonomi dan pelbagai lagi dan perkara pokoknya, perlulah diniat melaksanakan tanggungjawab ini hanya kerana yang maha esa.


Memang tidak dapat dinafikan pasti ada masalah yang akan timbul. Lagikan lidah dan gigi tergigit, apatah lagi hubungan antara dua hati. Justeru itu islam memperkenalkan komunikasi. Komunikasi berkesan yang melibatkan komitmen dari kedua-dua pihak amatlah sesuai untuk melunturkan masalah yang sedia ada. Pasti ada jalan penyelesaian yang dapat digarap dengan komunikasi ini untuk mengharmonikan suasana yang tegang.


Anak merupakan anugerah yang tidak terhingga. Disebut sebagai “qurratu’ a’yun” dalam al-quran cukup menjelaskan kepada kita betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh seorang anak. Bagi suami isteri yang mempunyai anak, bebanan ini tidak seharusnya dipandang enteng. Nabi kita mengajar anak seharusnya dididik semenjak dari kecil lagi. Suaplah anak dengan santapan naluri yang membolehkan anak itu menjadi seorang yang lebih hebat dari ibubapanya sesudah dia dewasa. Pastikan nilai keagamaan disemat agar nilai inilah menjadi benteng di hari tua kelak.


Menyimpul kembali makna sebuah perkahwinan, cukup berat untuk digalas oleh sesiapa sahaja. Pastikan ilmu menjadi platform unggul agar segala undang-undang yang maha esa dapat diimplementasikan. Segala mehnah durjana yang menyimpang dan mengacau sesebuah alam perkahwinan dapat dielakkan jika ilmu menjadi sumber prioriti. Islam telah menyediakan landasan yang cukup jelas dan hanya menunggu kita untuk menerokainya. Alamilah alam perkahwinan dimana disitulah letaknya kemanisan perkongsian.

~~~~~


ayat last 2, khas untuk pisang gersang.haha
semoga sama2 mempraktikkan ilmu kahwin ini di hari nanti. opsss, yang sudah pergi kursus baru tahu.hehe

nota kaki: dah hantar, so jgn copy paste ek (hanya org tertentu sahaja paham)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 comments:

Ilidina.. said...

ei..happy sbb g kursus kawen ke?hehe...bgos2..pasnih bley cr calon plak ke dh de calon?hehe

pika da polka said...

congratulation nk kawin da~

minx said...

jenuh la...kne tls essay plk..
bt den bru la org tu dpt taw ko phm ke x ape dia ajr..so lulus x?

joegrimjow said...

. mak yg cari.hoho

. hehe, entah bile la yg 2

. haha, essay 2 xtau la ley buat lulus ke x, tulis je

lady D said...

perh!
da nk kawen kewr??
jap2..
bleh kewr tlis in BM??
spe yg nk chck???

AhmAd tAUfIk said...

adus..

aku btau kat ym je la..

td da tulis cane nk buat..

tp skali html punye code

xleh komen kat cni r..

hehe

^_^"

joegrimjow said...

. haha, ustaz mesia gak. boley aje

. okess. da dpt. syukran sipu

roy said...

joe...aku nk copy...hehe...

roy said...

joe...aku nk copy...hehe...

joegrimjow said...

. xley2, sebab da bagi.hehe. lgpon xde ayat quran

one@z said...

KAWIN?...
haha...musty best kalo dapat
kawin..
nak2 yg dah da calon, lagi la
betapa xsbarnyer hati dan perasaan
nak berumahtngga...ditambah lagi
dengn keadaan hidup yng dah
stabil...maksud stabil d sni da
lah, bila dah da keja yg
tetap/sdah mmdapat keje yg
elok..(cth enggineer ker) dan
kedaan uwang yng ukay dlam
smpanan...bwu la leh nak sare ank
owg...kena ingt, kawin bkan
perkara yg leh d bwk men2...cm joe
g tau, Perkahwinan merupakan satu
pertalian yang cukup indah...btoi2
tu joe..tapi kena memahami scre
mndlm mksd ayt tu...kena fkir
sndri ar erk..tepuk dade tnyer selere..

nak tyer, susa ker p kusus kawen
joe..esey tu tlis sal per joe?
kena wajib erk, bis 2 pasni dah
dapt lesen untuk kawen la ea..
cam nak amik lesen keter
lak....bkan guraun tapi serius..

Kamsiah said...

ooo...dah ada lesen L ya...blk nnt amik lesen P la yea...
cukup menarik artikel tu...mgalahkan pendapat sesetengah org yg dah kawen tp tak reti2 peranan dan tangungjawab....tau buat anak tp tak tau nak ajar anak hehe
(ayat yg akak selalu guna bila tgk mak bapak tak tau ajar anak2)
jo...tak nak org copy paste ke...
boh la disable right click...huhu kalau yg amatur pasal internet,sure tak dapat copy punya..

joegrimjow said...

. xtau r kat mesia camne, rasenye tak kot. sbb penceramah 2 yg nak. xtau samada dlm modul ke x.hoo

. waaa, boley ke buat cam 2? xtau la plak..huhu

nur-al-AIN said...

saye pun dh g kusus kawin..

haha x)

ngantok kn..
hiiii~~

joegrimjow said...

. mmg nantok sngt2

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW